Friday, October 19, 2012

Bersangka baik dengan Allah



"Jodoh yang baik. Selepas melakukan solat istikharah, 
bila dengar namanya, kita rasa tenang. Hati tenang.
Itu jodoh yang baik." - UAI


Friday, October 12, 2012

Itulah kehidupan

Membuat keputusan bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai manusia normal, keputusan harus dibuat supaya kehidupan dapat diteruskan dengan lebih baik. Allah kurniakan akal untuk kita mempertimbangkan semua aspek yang bakal mempengaruhi keputusan tersebut. Semua faktor perlu diambil kira. Termasuklah redha Allah!

Dengan niat yang satu, ingin memudahkan semua orang disekeliling. Ya, mungkin bakal menemui masalah di kemudian hari. Tetapi, inshaAllah...uruskanlah dengan baik.

Masalah tidak kekal selamanya. Instead, you accept and try to solve it step by step...then, it will be fine, inshaAllah~


---------------
Makin lama hidup
Makin banyak keputusan di ambil
Itulah kehidupan

Saturday, September 29, 2012

Belong to Allah


Di universiti, doa ini kumohon padaNYa saban hari...
"Ya Allah, aku sibuk mengejar dan mencari ilmuMu yang sangat luas bertahun-tahun. Ku mohon padaMu, panjangkanlah umur mama dan abah supaya diri ini punya peluang untuk berbakti kepada mereka selepas selesai ijazah ini. Kurniakanlah kepadaku kejayaan dan kerjaya supaya mereka tersenyum. Berikanlah apa saja yang terbaik buatku kerana Engkau Maha Mengetahui. Mohon redhaMu Ya Rabb"

Subhanallah~
Allah maqbulkan doa itu! 
Kadangkala, tidak sedar Allah maqbulkan doa kita satu persatu selari masa yang berlalu.

Menyusun makanan di atas meja. Selesai memasak untuk mama dan abah hari ini. Harap kena dengan selera mama abah, ya! Alhamdulillah, masih punya kesempatan dan peluang lakukan sesuatu yang baik untuk keduanya lagi. Kenapa? 
"Kerana mama dan abah bukan milik kakak selamanya...mama dan abah kepunyaan Allah! Suatu hari nanti Allah pasti ambil kembali hak milikNya. Bila sampai masa itu, inshaAllah...kakak akan relakan sebab segala-galanya Allah yang punya. Allah hanya pinjamkan buat kita saling menyayangi kan"



-------------------------

Ya, segalanya Allah punya hatta jari yang sedang menaip ini sekalipun!

Sunday, September 23, 2012

Lubuk ilmu

Ilmu Allah sangat luas dan membaca adalah salah satu kaedah mendapatkannya!
Selesai hingga ke bab terakhir penulisan. Alhamdulillah. 
Sangat mengagumi kata indah nukilan Ukhti Fatimah.
Ya, membesar dengan cara penulisan beliau sejak di awal remaja, bermula dengan hasil pertamanya "Seindah Mawar Berduri". Hebat nasihatnya kepada mujahidah solehah melalui novel tersebut. Moga Allah merahmati, ameen~



----------------

Kisah kita tidak serupa
Tetapi
Kisah kita hampir sama

Saturday, September 15, 2012

Bersyukurlah


Sunday, September 2, 2012

Manusia adalah manusia

Manusia punya tanggungjawab. 
Kenapa? 
Kerana manusia adalah manusia bukan tumbuhan atau haiwan.
Seorang hamba tidak derhaka pada Tuhannya
Seorang ayah tidak culas mendidik diri dan keluarganya
Seorang ibu tidak membuang anaknya
Seorang anak tidak menengking ibunya
Seorang anak tidak menghalau ayahnya
Seorang suami tidak curang pada isterinya
Seorang isteri tidak mengenepikan suaminya 
Seorang pekerja tidak letih menjalankan tugasnya
Jaga dan pelihara amanah yang dipikul. Manusia bertanggungjawab atas segala yang diperlakukannya. Mohon bantuan, pertolongan dan lindungan dari Allah, Tuhan Maha Hebat~

Wednesday, August 29, 2012

Hempedu ka berudu?

Seronok berkongsi ilmu dengan mereka hari ini. Alhamdulillah. 80 minit padat dengan input berkaitan ekosistem dinamik Bab 8, bab terakhir untuk tahun ini! Sempat juga membuat lawatan kenali organisma baru di taman sekolah. You did great job guys! 

Khusyuk memberi penerangan berkaitan komuniti dalam kolam. Ikan, teratai, oksigen, karbon dioksida, fotosintesis..bla...bla...bla... Tiba-tiba pelajar India bertanya...
Pelajar: Yang itu anak katak hempedu ya teacher? (kebetulan bab sistem pencernaan baru selesai sebelumnya)
Cikgu: Aihhh...itu bukan hempedu!! hempedu dalam sistem pencernaan, dalam badan kita (Pelajar lain semua dah mula ketawa berdekah-dekah...)
Cikgu: Itu berudu...tadpole my dear~ (sambil tersenyum...)
p/s: macam-macam...hehe

Saya mahu pasangan yang...

Apa kriteria yang kamu rasa perlu ada pada bakal tunang atau bakal suami?
Itu adalah soalan yang sering di dengar dalam perbualan anak-anak muda. Maka, tersenarailah semua sifat baik juga positif yang dirasakan perlu untuk diri sendiri.

Baik, memahami, penyayang, romantik, mengasihi...bla...bla...bla...

Tetapi...kenapa perlu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti walaupun 30% berjaya?
Tiada siapa pun yang tahu jodoh baginya melainkan Allah s.w.t.
Mengharap?
Berharap pada sesuatu yang tiada kepastian adalah meletihkan.
Penantian satu penyiksaan!

Makanya, apa yang diri perlu buat?
Jawapannya adalah sediakan diri sendiri dengan sehabis daya. Persiapkan diri sendiri dengan sifat-sifat yang telah disenaraikan pada calon yang diinginkan. InshaAllah, Allah pasti memberikan pasangan yang sesuai, sama, sefikrah.

Diri sendiri baik, maka pasangannya juga baik
Diri sendiri memahami, maka pasangannya juga memahami
Diri sendiri penyayang, maka pasangannya juga penyayang
dan semua sifat-sifat yang lain...
Surah an-Nur ayat 26: Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

Komen Ukhti Fatimah Syarha

Jom baca bait indah dari Ukhti Fatimah Syarha apabila ditanyakan tentang perkahwinan jarak jauh~
Salam sayang adikku bakal pengantin solehah.
Ampun maaf, akak baru terbaca mesej adik ini.

Situasi adik
1. Adik telah redha agama dan akhlak si dia, bukan di paksa-paksa.
2. Adik telah mendapat restu dari keluarga kedua-dua pihak.

Berbahagialah adikku. Faktor-faktor ini mempunyai impak yang besar dalam perkahwinanmu nanti.

Berkenaan pandangan masyarakat, ianya penting tapi tidaklah sepenting pandangan Allah dan restu ibubapa kita.
Dahulukan yang lebih penting daripada apa yang penting.
Masyarakat bercakap sekejap sahaja, lepas tu dia lupa. Bahkan, jika adik menunjukkan contoh cemerlang ketika belajar, ramai insan yang mempunyai sitausi sama dengan adik akan membuka mata, mempunyai contoh untuk dirujuk.

Berkenaan cinta jarak jauh...
take it positive. Ini zaman IT. Cinta boleh bersemarak di alam maya,, SMS, CALL, E-MAIL dsb.
Bahkan rindu yang disubur-suburkan selepas nikah ini berbuah pahala yang tidak sudah-sudah. saling meneguhkan. saling memberi perhatian.
Bila bertemu, penuh 'kehangatan'. Nikmatilah cinta halalmu!

Pejamkan Mata

Jika rindukan seseorang , pejamkanlah mata dan ucaplah:

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..
 

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan
‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan
‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
 

Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.." amin..

Sunday, August 12, 2012

Merayu pada siapa?

Prof. Dr. Muhaya:
"Semakin kita meminta dari manusia suatu indikato kebergantungan lemah dengan Allah. Jangan cerita masaalah pada orang lain. Banyak merayu pada Allah bukan hamba Allah!"
Setuju dengan kata di atas. Segala percaturan di muka Bumi adalah dengan izinNYA. Tiada guna merayu pada hamba, iaitu yang dicipta! Lebih baik memohon pada Sang Pencipta kerana DIA lebih tahu dan Maha Mendengar malah boleh mengubah apa yang berlaku~
 
 p/s: Jangan rendahkan kehebatan Tuhan kerana Dia tidak pernah mengecewakan hambaNYA
 

Sunday, July 22, 2012

2 Ramadhan

Alhamdulillah, hebat Allah!
Banyak-banyak minggu yang masih berbaki dalam tahun 2012, Allah letakkan nama dalam senarai guru bertugas di minggu pertama bulan Ramadhan. Lega. Input buat pelajar lebih terkesan kerana masih di permulaan, 2 Ramadhan.
Alhamdulillah, hampir 1500 pelajar memberi fokus pada isi pengucapan walaupun separuh daripada angka tersebut adalah non-Muslim. Islam itu universal. Mudah diterima. Inputnya tidak berat. Sekadar tips untuk pelajar lebih bersemangat dan bertenaga untuk terus melangkah ke sekolah setiap pagi. Harap berguna. Antara perkongsian pagi tadi;
"Pada zaman Rasulullah s.a.w, Baginda bersama para sahabat berperang ketika bulan Ramadhan. Malah mencapai kemenangan dalam perang tersebut! Letih berpuasa tidak boleh jadikan alasan untuk tidak membuat kerja harian atau kerja rumah"
Sempat berkempen. Sengaja ingin meraikan kemeriahan Ramadhan.
"Sempena meraikan kedatangan bulan penuh barakah, Cikgu harap semua pelajar lelaki Muslim yang ada songkok boleh pakai ramai-ramai. Tahniah yang dah pakai hari ni...alhamdulillah. Yang lain pun boleh pakai, inshaAllah. Baru nampak hensem! Untuk pelajar perempuan Muslim pula tolong hormati bulan Ramadhan, jaga aurat dan tingkah laku"
Mereka dahagakan kata-kata yang baik, kata-kata yang indah. Diam serta khusyuk mendengar termasuklah pelajar non-Muslim.


p/s: haihhh kamu semua dengar apa yang Cikgu cakap atau kamu tengok Cikgu saja ni? hehehe =P

Saturday, July 21, 2012

Masa berlalu


Sekitar tahun 1994
Dah siap, lengkap berstokin!
Sangat bersemangat nak ke sekolah!
Moga menjadi nisa' solehah harapan mama & abah, ameen.

..............................
Hidup hanya seketika

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem

Ahlan ya Ramadhan

Bulan penuh kemeriahan
Bulan pesta ibadah
Bulan penuh keberkatan
Bulan dilimpahi rahmat Allah

...........................
Alhamdulillah~ Ramadhan ketiga =)

Jangan lurus?

Mama : 
Jangan la lurus sangat...pandai-pandai jaga diri ya..dekat luar sana bukan semua orang baik
Kakak : 
Ohhh...macamana ya? Mama dengan Abah ajar Kakak jadi baik ja...tak ajar jadi tak baik...sebab tu tak berapa pandai nak putar belit hehehee =)

..........................
Biasalah, ibu bapa pasti risau akan anak-anak
Fitrah kejadian Allah

Thursday, July 19, 2012

Sejak kecil

tekad di dalam hati...
"Andai tidak mampu membawa dan memimpin abah dan mama ke syurga Allah...
Cukuplah andai tidak menjadi penyebab utama Allah masukkan mereka berdua ke neraka"


Terkesan dengan kisah pada zaman Rasulullah. Seorang anak perempuan yang menjadi penyebab ayahnya masuk ke syurga Allah kerana sangat taat kepada suaminya atas didikan si ayah!

...........................
Wanita itu fitnah dunia
Jaga dirimu wahai nisa' solehah

Kerana Jilbab

Wahai muslimah solehah, tahukah sahabiah kerana jilbab...
  • kita akan lebih dihormati
  • kita akan lebih disayangi
  • kita akan lebih dikasihi
  • kita akan lebih dilindungi
  • kita akan lebih disegani
dan yang pasti kerana jilbab itu kita sentiasa dalam rahmat Allah, inshaAllah. 
Hebat perintah Allah, pasti ada hikmah kan?

p/s: mungkin kerana lain dari yang lain, cikgu bertudung labuh mengajar Biologi, Sains juga Matematik...hmm dare to be different!

Friday, July 13, 2012

Pertama Kali

Suka pada apa saja 'yang pertama'
Masih ingat lagi di hari pertama...
masuk ke tadika di belakang sekolah rendah
menyertai perkhemahan Puteri Islam peringkat Kebangsaan di Kelantan pada tahun 2002
abah katakan mahu tukarkan dari SMK (harian biasa) ke SMKA (berasrama) yang jauh di Alor Setar
melangkah masuk ke pintu gerbang SMKAK bila berpindah untuk Ting. 4 dan 5
tinggal di asrama yang penghuninya sangat ramai berbanding di rumah sendiri
mendaftarkan diri di UPSI juga di kolej kediamannya
dilantik sebagai Naib Pengerusi ke-II PBA UPSI
menjejakkan kaki di SMKPS untuk penempatan guru baru
belajar memandu kereta
bla...bla...bla...(banyak sangat...bakinya, cukuplah di simpan di dalam hati hehehee)
Kenapa masih diingatkan? Kerana perasaan itu sangat unik. Setiap kita berbeza bukan...

p/s: suka perasaan apabila pertama kali bertemu dengan kamu juga! =)

Thursday, July 12, 2012

Rahmat Allah

Abah kata...

Kadang-kadang kita tidur sat saja..dari pukul 1 pagi, pukul 5 dah bangun...tapi dah tak rasa mengantuk..tetapi kadang-kadang, kita tidur dari jam 11 malam, pagi esoknya bangun masih mengantuk...itulah rahmat Allah!


Sunday, June 24, 2012

Lima tolak satu

...kerana kenaifan atau kesilapan yang satu itu,
terlupa kebaikan yang bersusun-susun sebelumnya...
muhasabah wahai manusia, kita tidak sempurna!

p/s: Lima tolak satu jawapannya kosong ya?

Warming Up


Syaaban sudah menyapa, Ramadhan bakal tiba...
mohon Allah panjangkan umur untuk memasuki bulan penuh barakah, InshaAllah.
" Ya Allah, sampaikan kami Ramadhan, tuliskanlah untuk kami (pahala) puasanya dan qiamnya dan terimalah daripada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui "
p/s: mencari idea untuk pengisian bulatan bahagia buat mereka yang comel =)

Friday, June 22, 2012

Kura-kura



Abah: Kak, jangan simpan lala ni nanti busuk...kena masak hari ni juga tau (sambil bawa beg plastik ke sinki)
Kakak: Ok2...ehh? ni ka siput lala? (dalam hati: hmm, selalunya besar dan cengkerangnya putih!)
Abah: Haihhh!! dak...ni kura-kura! hahahaha
Kakak: erk!!! (ok, versi anak kot sebab tu lain sikit rupanya) hehee




Thursday, June 14, 2012

Satu Ciuman

"chuuuppp!" Melekat satu ciuman di pipi.
"hah?!" Terkelu.
Erk...tak sempat nak kata apa-apa. Senyumannya di balas walaupun masih terkejut.
"Kenapa cium Teacher?" 
Soalan itu diungkap di dalam hati. Tidak sempat mulut bertanya, dia dah berlalu pergi dengan pantas sambil lari-lari anak. Memang menjadi kebiasaan pelajar perempuan bersalaman seusai kelas berlangsung. Pelajar seterusnya pula ambil turn untuk bersalaman.

Siapa tu? 
Salah seorang daripada 10 pelajar perempuan dalam kelas tingkatan 2. 2 hari terima nasihat mungkin berkesan di hatinya dan itu mungkin tindak balas positif! 
Apabila menerima nasihat dengan cara yang baik dan berhikmah, mungkin penerimaan mereka lebih positif. Seperti kakak menasihati adik. Tersenyum. 
"Macam-macam budak-budak ni..."


Monday, June 11, 2012

Prestasi Menurun

Lebih kurang 20-30 minit digunakan untuk menasihati pelajar hari ini. Ya, menasihat bukan membebel. Bila ada keperluan, sesi ini sangat diperlukan supaya mereka mereflek dan muhasabah diri. Cukup masa yang diperuntukkan itu, alhamdulillah. Kalau dipanjangkan lagi, itu dah dikira membebel. Pelajar TIDAK SUKA. 
"Cikgu membebel? Hmmm...ala..biasalah tu... Di rumah lagi teruk aku kena bebel...cikgu nak bebel, apa sangat nak kisah! huh!"
Begitulah penerimaan pelajar. Kata-kata itu dikongsi oleh seorang guru berpengalaman suatu ketika dahulu. 


Apa yang dinasihatkan? Antaranya...
"Cikgu tidak suka guna perkataan-perkataan yang negatif dan tidak baik kepada kamu semua. Kamu suka kalau Cikgu guna perkataan 'bodoh', 'bangang', 'lemah', 'kurang ajar', suka? suka? Kata-kata yang negatif tidak baik untuk pembentukan hati kamu sebagai seorang pelajar. Kamu akan rasa rendah diri, tidak bersemangat. Kata yang keluar daripada mulut seorang guru adalah doa. Sebab itulah Cikgu tidak suka marah, berleter, guna kata yang tidak baik. Makanya, ubah diri kamu semua. Pelajar yang cemerlang kalau prestasi menurun maknanya sikap kamu yang tidak kena. Betulkan attitude kamu. Hormati guru sebaiknya"
Alhamdulillah, pendekatan ini nampaknya berkesan. Bagaimana tahu berkesan?


Seusai kelas, pelajar perempuan datang bersalaman dan salah seorangnya memohon maaf. Dalam hati terdetik, Ya Allah, mohon kata-kata nasihat yang ku berikan itu masuk ke hati mereka supaya mereka lebih mencintai ilmu~


Seorang lagi pelajar lelaki...
P: Teacher, boleh tambah markah nak naikkan gred tak? (sambil sengih-sengih macam kerang busuk)
C: Nak tambah? Mai sini Teacher nak tengok (faham sangat dengan perangainya, sangat minat dengan sukan, tapi pelajarannya masih dijaga baik. Keputusannya ok! alhamdulillah, lebih baik daripada jangkaan)
P: Ala...boleh la Teacher..
C: Ha, tiru dak ni? (saja pasang perangkap)
P: Alaa...(rasa bersalah) Teacher, saya tiru satu ni saja 5 markah....ok2, Teacher potong la 5 markah saya...
C: Ha, tengok....Teacher tahu kalau kamu tiru...
Alhamdulillah, syukur. Eh, pelajar meniru pun suka? Bukan... Empati. Niat sebenar dia datang bertanya bukanlah kerana mahukan gred yang lebih baik. Sebenarnya dia mahu maklumkan yang dia telah meniru dan dia tahu itu tidak baik, tidak berkat. 


Buat pelajarku sayang...Teacher doakan kalian berjaya.


p/s: panjang entri kali ni ya! hehe =)





Saturday, June 2, 2012

Belajar Mendidik

bila diberi satu pertolongan, didiklah diri untuk memberi sepuluh pertolongan
bila diberi satu bantuan, didiklah diri untuk memberi sepuluh bantuan
bila diberi satu penghargaan, didiklah diri untuk memberi sepuluh penghargaan
Cakap memang senang, tapi nak diusahakan itu bukan mudah! betul...sebab itulah perkataan yang sesuai adalah menDIDIK. Kita tidak sempurna, fitrah manusia berlaku normal tetapi usahakanlah untuk melakukan sesuatu yang Allah suka.

Bagaimana kalau bila kita memudahkan orang lain, tetapi diri sendiri tidak dipermudahkan? Fikirlah secara rasional dengan bantuan iman. Kita punya Tuhan Yang Maha Hebat, Dia sentiasa ada. Andai tidak dipermudahkan oleh orang disekeliling, bantuan Allah pasti ada. Yakin. 

Thursday, May 31, 2012

Konsep Bahagia

Bahagia itu hakikatnya dari Allah. Cuma ia disandarkan melalui manusia disekeliling kita. Hebatnya Tuhan kita kan?
Suami sayangkan isteri
Ibu sayangkan anak
Adik-beradik saling menyayangi
Jiran saling menghormati
Guru dan murid saling mengasihi
Allah Maha Pencinta,
Dia sebarkan kasihNya buat segenap pelusuk alam, subhanallah
Kita bahagia bukan kerana suami, isteri, anak, jiran yang menyayangi tetapi kerana Allah titipkan rasa indah kebahagiaan itu. Allah segalanya~

Monday, May 28, 2012

Mohon kekuatan


Mohon bantuan Allah untuk menyusun langkahan demi langkahan di BumiNya, inshaAllah~

Friday, May 25, 2012

Islam tidak selekeh

Islam itu hebat!
Suka melihat umat Islam gah menyusun langkah di atas muka bumi Allah. Hebat sekali. 
Suka melihat anak kecil yang tuturnya mengagungkan Tuhannya
Suka melihat ibu dan ayah yang beragama Islam mendidik anak-anaknya berbangga dengan Islam
Suka melihat huffaz yang hebat agamanya, hebat dunianya 
Suka melihat orang Islam berjubah, berkomunikasi dan bergaya dengan peralatan canggih
                 sama ada kamera, handphone, iPad, Note book, apa saja yang terkini

Suka melihat orang Islam bertudung labuh dan berstokin, mengajar anak muridnya subjek teras mahupun elektif di institusi pendidikan sama ada English, Sains, Biologi, Fizik, Kimia mahupun Matematik
Suka melihat orang Islam berkopiah, berjanggut keluar daripada kenderaan yang hebat
Suka melihat orang Islam bertudung litup, memberikan ceramah bertaraf 5 bintang di konferensi ternama 
Suka melihat doktor pakar Islam membedah pesakitnya dalam bilik pembedahan
Suka, suka, suka!!!


Ya, sangat berbangga dengan kalian dan siapa saja yang hebat menjulang agama Islam di mata dunia. 
Biar dunia melihat Islam itu tidak selekeh
Biar dunia melihat Islam itu tidak lekeh
Biar dunia melihat Islam itu bukan pengemis
Biar dunia melihat Islam itu universal
Bagaimana mahu menunjukkan sedemikian pada dunia? Ya, kitalah 'alatnya'. Kita adalah aset bagi agama kita. Muslim sebagai penyampai maklumat, penyambung warisan Nabi Muhammad s.a.w. Sejarah Islam menunjukkan Islam hebat di pandang seluruh dunia. Rasulullah hebat di pandang semua. Maka, kita perlu teruskan kehebatan itu. 

Tetapi...zuhud bagaimana? Kita punya akal yang sihat, berfikirlah secara rasional. Zuhud itu biarlah bertempat. Islam punya hak untuk diagung-agungkan kerana ia agama Allah. Kita sebagai penganut, perlu tonjolkan agama Allah. Riak pula bagaimana? Ya, riak adalah syirik kecil. Ia berlawanan dengan ikhlas. Maka, refleksi diri sangat penting. Kenapa perlu riak dengan apa yang kita ada sedangkan ia bukan pun milik kita yang hakiki! Segala yang kita ada, segala kemahiran yang kita punya...segalanya milik Allah. Fikir-fikir wahai hati beriman. Jom, tonjolkan agama Allah!

p/s: subhanallah, hebatnya Islam~

Monday, May 21, 2012


Kamu pasti tidak akan melihat saya menangis kerana saya akan berusaha untuk tersenyum dengan bantuan Allah...kerana Allah sentiasa ada buat kita semua!

Saturday, May 19, 2012

5 minit lagi...


Wednesday, May 9, 2012

Lupakan saja

Yes, I've deleted all the negative! Sebab tu kalau di tanya berkaitan dengan kenangan pahit, dah tak berapa nak ingat dan tak tahu nak di jawab...kerana yang disimpan hanya pengajarannya. Kalau asyik ingatkan kenangan pahit, kamu bakal menjadi pendendam tegar. Senyum, jom! =)

Saturday, May 5, 2012

Masih berusaha...

"Harap tudung je labuh.... perangai..... ??''

Kenapa perlu disalahkan tudung bila si pemakainya yang tersalah langkah..??
Tudung tak salah...yang salah pemakainya...
Dan yang bertudung labuh tak semestinya baik...benarlah... Tapi kami sudah mecuba sedaya upaya untuk menutup aurat kami dengan sesempurna  yang mungkin...dan ketahuilah dengan bertudung labuh, kami juga bukan malaikat yang terpelihara dari lupa, alpa, nafsu dan sebagainya...
Kami hanya wanita akhir zaman yang masih mencari nilai SOLEHAH dalam diri ini...

p/s : Andai kami salah, tegurlah...bukan cemuhan yang diberi. Usah disalahkan labuhnya tudung kami...kerana hakikatnya kami juga insan biasa  yang masih tercari-cari nur keIMANan....
sumber: Tudung Labuh Litup

Budak-budak...

Generasi baru yang makin terdidik. Celik hati, celik minda =)

Punya Pilihan


Bayi dalam kandungan si ibu juga diberi pilihan oleh Allah. Andai sanggup menghadapi cabaran dunia, barulah Allah tiupkan roh pada jasadnya dalam rahim si ibu. Andai tidak sanggup, berlakulah keguguran seperti yang sering kita dengar.
Kehidupan adalah pilihan. 


Misalnya, makanan di depan mata. Ya, kita punya pilihan sama ada mahu makan atau tidak. Andai dipaksa, ia juga pilihan! Mahu ikutkan paksaan atau abaikan saja. 
Tuhan kita tidak zalim. Allah sentiasa beri pilihan pada kita dalam apa jua situasi. Kenapa? Kerana DIA kurniakan kita akal yang sihat untuk memilih. Maka, pilihlah yang baik dan terbaik. Yang mendatangkan faedah. Yang menambahkan kadar pahala kita menuju akhirat. Yang boleh menjamin kita ke syurga, al-Jannah. InshaAllah

p/s: always choose to be good, young musleem~ walaupun kadang-kadang kamu tersasar...Allah pimpin kita, inshaAllah. 

Saturday, April 28, 2012

Teruskan langkahan


Teruskan langkahan...moga ada saja tangan yang sudi memimpin menuju Jannah, inshaAllah~

Wednesday, April 25, 2012

Kenalan Baru

Sementara menunggu pelajar-pelajar berbincang dalam aktiviti berkumpulan, sengaja mendekati mereka. Perbualan agak lama (kira-kira 30minit -1 jam). Great sharing with them, its such a lovely conversation. Dari kiri Mrs. Lai dari Georgetown, Penang bekas akauntan bank, di tengah, adik ipar Mrs. Lai yang datang bercuti dari England bekerja sebagai arkitek (umur mereka berdua dalam lingkungan 77tahun) dan paling kanan Hayat dari Perancis datang ke Malaysia untuk bercuti selama 5 hari (mengembara dalam Asia dalam jangka masa 15hari).

Mrs. Lai: Hey, you can speak English very well, fluently! 
Me: Not really but I'm trying to 
Orang Islam tidak lemah. Kita juga hebat! Bangga mewakilkan diri sebagai seorang Muslim yang mampu berbicara dengan mereka. Kenapa? Pakai tudung litup, berkopiah dan berserban tak pandai cakap Bahasa Inggeris? Alaaa...bukan susah pun. Cakap saja!

Suai kenal. Jangan takut mulakan perbualan dengan orang yang berbeza bahasanya. Then, you'll improve yourself students!

Perkhemahan KPA 2012

Perancangan sangat penting sebelum sesuatu event berlangsung. Berjaya atau tidak sesuatu program dilihat daripada bagaimana perancangan disusun. Semua aspek termasuk pengangkutan, kewangan, keselamatan, peserta dan lain-lain. 

Cenderahati tanda terima kasih atas jemputan. Alhamdulillah. 

Seronok melihat mereka semua tersenyum. TQ my lovely students~

Monday, April 16, 2012

Berhati-hati

tanpa segan atau malu,
kita mengharapkan padaNYA agar DIA memaqbulkan permintaan kita satu persatu,
itu dan ini... tetapi,
adakah kita LAYAK untuk mengharap dan meminta?
adakah kita jalankan setiap suruhan/arahanNYA dan tinggalkan setiap laranganNYA?


~berhati-hati menapak di bumi Allah

Isnin Khamis

Puasa sunat Isnin Khamis...

Mengapa Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan kita mesti puasa sunnah pada hari Isnin dan Khamis?
Dalam sebuah hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:


"Segala amal perbuatan manusia pada hari Isnin dan Khamis akan diperiksa oleh malaikat,
kerana itu aku senang ketika amal perbuatanku diperiksa ketika aku sedang berpuasa."
(HR. Tarmidzi)

Saturday, April 14, 2012

Larangan VS suruhan

Yang dilarang seperti disuruh-suruh!

Larangan pasti ada kemudharatan...
Tiada keizinan pasti ada sebab musababnya...
Kenapa perlu keraskan hati?
Kenapa perlu dipertikai?
Kenapa perlu dipersoal?

Ingat, Allah tidak pernah menzalimi hambaNYA!
Setiap arahan dan larangan pasti punya hikmah.

Friday, April 13, 2012

Menjauh tetapi mendekat

abah: semalam kuliah maghrib, Ustaz tu cerita pasal uzlah. Uzlah maksudnya menjauhkan/
melarikan diri daripada dunia...
kakak: a'a...kadang-kadang, manusia memang perlu larikan diri daripada dunia
untuk bersendiri
abah: hmm...nak kena beruzlah la lepas ni...nak pi duduk pondok la macam tok wan dulu..
kakak: ohh..oh.. melarikan diri na..kalau kakak beruzlah, pi shopping boleh tak? hehe..
abah: aihh..tu mendekatkan diri dengan manusia tu hehe..

Alhamdulillah, hujung minggu masih berpeluang bersama mama & abah, berbual dan tersenyum bersama mereka. Riuh walaupun 3 beranak ja =)

p/s: Ya, menjauh daripada manusia tetapi mendekati Allah Yang Satu

Monday, April 9, 2012

Simple

Berkesan.
Kalaupun tak sempat tidur seketika, cukup sekadar tarik nafas dalam-dalam atau lemparkan SENYUMan! =)
Hmm...boleh cuba tengok awan pula lepas ni...

Sunday, April 8, 2012

Syukur

Saya menghargai apa yang saya ada, dan tidak memperkecil-kecilkannya,
tanpa berfikir banyak apa yang saya tiada dan membesar-besarkannya.

Saturday, March 31, 2012

Pelbagai rasa


Semasa tercetus idea
Bersemangat
Excited
Pelbagai idea / cadangan tercipta
Gembira
Mencipta dimensi baru
Apabila Allah titipkan idea bagi menjalankan program hebat ini buat pelajar, itulah rasanya. Dalam usaha membuka minda para pelajar untuk mendekatkan diri dengan dunia luar yang penuh cabaran. Padang Serai tiada apa-apa. Luar sana lebih hebat!

Sebelum program berlangsung
Tertekan
Tercabar
Putus asa
Keletihan
Tidak dihargai
Tidak dihormati
Sedih
Lemah
Kerdil
Tiada apa-apa
Semangat yang tinggi turun mendadak.
Apabila susah, payah, jerit, perih mula menyelit...itulah sebahagian rasa yang ada.

Semasa program berlangsung
Berhati-hati
Waspada dalam setiap tingkah
Bersyukur
Gembira
Letih
Berbaloi

Kembara Ilmu @ Tour of University selesai. Senyum mengiringi setiap fasa pelaksanaan program ini. Tadhiyyah yang diberi bukan apa-apa. Cuma ingin belajar sesuatu yang baru sebagai pengalaman hidup dan... alasan yang paling kukuh adalah kerana mereka, para PELAJAR. Minda mereka perlu dibuka. Allah suka makhlukNYA menghargai dan menikmati dunia ciptaanNYA. Solat hajat, doa dan sujud syukur mengiring, alhamdulillah...betapa Allah Maha Pemurah~ Hebat Tuhan kita =)

Tuesday, March 27, 2012

Di mana kamu?

Suka gambar ini~
Tidak tahu siapa si pelukis. Kredit kepada yang melukisnya~

Saturday, March 17, 2012

Hehe..

Garangnya...


Mengukir senyum memang cara menjadi positif yang paling mudah. Tetapi...kekuatan buat kita mungkin menjadi kelemahan buat individu lain. Bahaya pulak...

Teringat semasa di universiti dulu (bukan takat universiti, ,masa sekolah pun sama rasanya..huuhu..) sangat payah nak ukir senyum kecuali dengan sahabat-sahabat terdekat saja. Kenapa? Sebabnya, matlamat di universiti bukan untuk belajar mengukir senyuman tetapi belajar untuk mengukir kejayaa.
Hmmm...patutlah kawan-kawan dulu kata saya garang...payah nak senyum rupanya~
Nah, sekarang kejayaan dah tercapai. Senyuman terukir dengan sendiri. Alhamdulillah, ya Rabb..terima kasih atas segalanya~

p/s: ahaiii...bahaya...bahaya...

Friday, March 16, 2012

Semangat!

Seminggu bercuti.
Hilangkan semua kesan negatif.
Padamkan semuanya.

Cetuskan semula semangat!
Pelajar-pelajar menjadi subjek utama pembakar semangat.
Jom, teruskan perjuangan yang baru bermula!

Wahai pemuda pemudi agama, teruskan bersemangat.
Allah mengira setiap langkah dan tingkahmu, inshaAllah.
Keep smiling =)

Thursday, March 15, 2012

only YOURS

If you want to be someone in life,
If you want to achieve something,
If you want to win,
always listen to your heart.
And if your heart doesn't give you any answers,
close your eyes and think of your parents...
And then you will cross all the hurdles
All your problems will vanish
Victory will be yours, only YOURS

~Kabhi Khusi Kabhi Gham~

Dot-dot Yang Comel



Cuti terisi.
Alhamdulillah, percubaan pertama dan kedua menjadi.
Tunggu cuti lagi~ =)

Friday, March 2, 2012

Ubat gigi apa cikgu guna?

Tersenyum memikirkan situasi lucu dalam kelas bersama pelajar :)

Si guru beria-ia memberi penjelasan tentang tajuk penting dalam bab ke-3 iaitu jenis-jenis larutan (hipertonik, isotonik dan hipotonik). Bergerak kiri dan kanan makmal bagi memastikan slide presentation berfungsi sepenuhnya beserta penerangan tambahan melalui lukisan di papan putih. Fuuhh~ berpeluh-peluh menyusun kata bagi memastikan input penting sampai kepada para pelajar. Ujian 1 bakal menyusul minggu hadapan. Si guru yang cuak! Tiba-tiba, seorang pelajar perempuan India mencelah...
Pelajar: Teacher, gigi teacher putih la...teacher guna ubat gigi apa?
Si guru: Ha, teacher explain punya la panjang lebar...you all tengok gigi teacher?
Pelajar: Hehe suka tengok teacher senyum...comel! Tapi...teacher jangan risau, kami faham apa yang teacher ajar!
Pelajar-pelajarku...itulah mereka.
Moga kejayaan buat kalian~
I'm trying hard to make sure you'll perform well in Biology, ok!

p/s: haihh...lain kali kena pakai niqab nie hehe :D


Wednesday, February 22, 2012

Cuma mahu saham akhirat

Selesai solat, air mata mengalir. Sebak. Ya Allah, nikmatnya menyebut setiap kalimahMu di dalam solatku. Perkataan demi perkataan. Bunyi demi bunyi.

Terima kasih Mama dan Abah atas didikan agama daripada kecil. Kayuh basikal...
Setiap petang, jam 2 mengaji KAFA di masjid sebelah sekolah
Setiap malam hujung minggu mengaji Muqaddam di taman sebelah
Hebat impaknya
Hari ini sudah boleh mengajar pelajar sendiri pula, alhamdulillah
Sedih. Islam kembali terasing.
Kisahnya begini...
Hmmm.. tak tahu membaca alQuran? Alif fathah (baris depan) tak tahu bunyinya apa?
Tak apalah...nanti cikgu ajarkan. Tapi kamu jangan malu dengan cikgu. Cikgu nak ajar kamu pandai baca alQuran, jadi tak boleh malu dengan cikgu ya...kita belajar sama-sama
Masalah keluarga, kematian ibubapa atau lain-lain menyebabkan didikan agama menjadi tidak penting. Tak tahu nak belajar di mana, dengan siapa, dan ayat penyedap hati yang paling popular 'TAK APA.....'

Huh! Sudah tidak mahu menuding jari. Kalau semua asyik menuding jari, masalah tetap begitu malah makin serius. Jangan sampai amanah mendidik pelajar mengaji alQuran hukumnya Fardhu Ain(wajib) di sekolah! Manakan tidak, Islam makin hilang, dakwahnya makin lekang...nauzubillah~

Bukan mudah rupanya cikgu Sains untuk mengajar mengaji. Tapi, didikan lebih mudah. Alhamdulillah. Dihormati kerana menghormati. Mereka sendiri mahu. Mohon Allah mudahkan usaha ini.

Bukan mahu pujian
Bukan mahu hebahan
cuma mahu mereka boleh solat dengan lebih khusyuk
cuma mahu mereka sedekahkan bacaan alQuran buat ibu yang telah pergi menemui Allah
cuma mahu saham akhirat~

p/s: terima kasih buat ustaz ustazah yang ajarkan saya hingga pandai membaca alQuran. Saham akhirat juga buat kalian, kerana saya panjangkan ilmu kalian kepada generasi seterusnya...mohon Allah beri kekuatan~

Sunday, February 19, 2012

Hebatnya Jilbab

Hebatnya implikasi arahan berjilbab dari Allah! Kenapa? Sebab dari Allah! Confirm ada kebaikannya.

Jilbab maksudnya fesyen pakaian/tudung yang labuh (info tambahan). Baju dan tudung yang labuh mungkin luar biasa bagi kelompok manusia yang tidak biasa. Ia membawa personaliti yang baik bukan sebaliknya. Alhamdulillah. Banyak bezanya andai dihitungkira, dibandingbeza dengan menutup aurat biasa.

Sungguh, tidak pernah menyesal malah sangat bersyukur diberi peluang dari Allah untuk berjilbab. Hanya melalui pakaian, muslimah lebih dihormati dan disayangi. Alhamdulillah.

p/s: terima kasih buat kakak-kakak kerana sudi ambil berat! Ya Rabb, syukur atas bantuanMU yang disandarkan melalui mereka untuk menjaga kemaslahatan diri ini~

Sedar Diri

Buatlah apa saja, Allah tahu semua! Kalau tiada rasa takut, macam-macam boleh jadi.

Begitulah bila berurusan dan bekerja dalam organisasi yang diselia oleh manusia. Pelbagai kerenah, ragam dan perangai. Terimalah segalanya. Andai ada masalah, terimalah... itu adalah ujian daripada Allah ataupun mungkin kaffarah dosa lalu. Redha. Susah! Ya, sangat susah kerana berurusan dengan manusia.
Bekerjalah seperti seorang mukmin yang takut kepada tuhannya!
Tiada masalah jika sedar diri!
Sedar yang kita hanya menumpang di atas bumi.
Sedar yang Sang Pencipta sedang melihat setiap perilaku yang kita lakukan.
Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubunganNYA dengan orang tersebut (HR. Hakim)
Muhasabah. Jaga hubunganmu dengan Allah, inshaAllah Allah akan menjaga hubunganmu sesama manusia yang lain.

p/s: memanipulasi mood negatif kepada mood positif!

Tuesday, January 31, 2012

Diet oh Diet

Bersederhanalah untuk berdiet, pastikan hak pada perut juga dijaga supaya berlaku adil!

Monday, January 30, 2012

Optimus Prime VS Prime Number

Tahun kedua mengajar subjek Matematik Tingkatan 1 tidak lagi menyesakkan. Alhamdulillah. Dah bijak kawal segala sudut termasuk content, kawalan kelas...dan yang paling penting menarik minat pelajar untuk belajar setiap kali kelas berlangsung! I'm not major in Math but really enjoy teaching them, Alhamdulillah~ They are so innocent aaaaaaaaand CUTE! hehe

Topik hari ini, Nombor Perdana. Apa set induksi yang sesuai ya? Hmm...tiba-tiba Allah ilhamkan robot yang famous di atas tu...Panjang lebar diskusi tentang watak tu sebelum p&p sebenar berlangsung~
Cikgu: "Ha...kita nak belajar nombor perdana hari ini sebenarnya...ada kaitan tak?"
Pelajar-pelajar: "La...hahahaha...ada-ada...Perkataan PRIME la cikgu!"
Serious, they are so cute!
Ya Allah, titipkan kecemerlangan buat mereka kerana dengan ilmu yang disampaikan (walau di mana saja ilmu diperolehi) mampu meningkatkan darjat mereka...inshaAllah mereka bakal mengagungkanMu ya Rabb~


Friday, January 27, 2012

Dalam pencarian













Buku dalam pencarian, inshaAllah

Resensi buku: Menarik!
~Mencari kenikmatan dalam menunaikan solat~

Sunday, January 22, 2012

Begitulah kehidupan

ihh...anak-anak abah ni kalau tak dikupas buah ni tak dimakan la na..
mai sini abah kupaskan...sebab dulu-dulu tok yang kupaskan untuk abah
Senyum dibalas.
Begitulah kehidupan.
Saling memberi dan menerima.
What you give, you get back.
Allah Maha Adil.

Sunday, January 15, 2012

Tat Yang Comel

"Alamak, kedai tu tutup la! Kalau tak, memang ada jual tat dekat situ. Bulan lepas baru saya beli. Takpa, inshaallah hujung minggu nanti saya cuba buatkan ya... kesian kak wahida teringin nak makan tat telur..hmm~"

Dengan niat kerana Allah dan mahu memahami situasi ibu mengandung. Perubahan hormon progesteron, luteinising juga lain-lain yang ketara kadang-kadang menyesakkan si ayah. That's normal. Alhamdulillah... Suka bila dapat membantu insan lain. Moga bulan 3 nanti kak Wahida selamat lahirkan bayi yang soleh & memelihara agama Allah kelak!

Membantu agar kelak dibantu pula. InshaAllah.

Monday, January 9, 2012

Jalan Dakwah

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"
(Imam Hasan Al-Basri)
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers