Friday, June 17, 2011

Bukalah hati kita

"Dia bagitahu saya, dia tak minat jadi cikgu tetapi sebenarnya dia nak jadi ahli bomba!"
Zuuuuppp! Allahuakbar... Terkesima.
Penampilan Cikgu C memang mempunyai ciri-ciri, pesona atau aura seorang guru yang baik walaupun masih menjalani praktikum di sekolah. Rupanya... hatinya tiada untuk amanah itu. 4 tahun dilatih untuk menjadi guru secara terlatih di institusi pendidikan masih tidak mampu untuk mengikis perasaan tidak berminat itu. Tidak mencari salah sesiapa, tidak menuding jari ke mana-mana, tidak sekali!
Kini, realiti sebenar memang begitu. Jika di tanya pada junior, banyak kes yang mengatakan mereka tidak minat untuk menjadi guru tetapi diterima masuk di institusi perguruan. Kenapa jadi begini? Ada yang sungguh-sungguh berminat menjadi guru namun tidak tersenarai dalam senarai pelajar bidang pendidikan manakala yang tidak berminat pula wujud di situ walaupun telah berterus-terang semasa ditemuduga.
"Encik, saya memang tidak berminat untuk jadi cikgu. Saya pun tak pasti macam mana saya boleh apply lepas SPM hari tu..."
Apa aturan Allah sebenarnya? Berfikir, berfikir dan terus berfikir. Adakah Allah mahu menunjukkan kekuasaanNYA kepada kita agar berfikir dan menerima apa yang diamanahkan dengan baik? Adakah Allah mahu meletakkan guru-guru yang tidak berminat menjadi guru di sekolah supaya pengurusan di sekolah semakin kucar-kacir dengan pelbagai isu negatif kerana kita sekarang di akhir zaman? Ilmu Allah semakin banyak diangkat semula ke langitNYA yang luas. Guru bermasalah, guru ini...guru itu.. Bagaimana dengan anak-anak didik yang dahagakan ilmu itu untuk generasi akan datang? Astaghfirullah... Akal kita sangat terbatas. Mohon Allah uruskan segalanya dengan baik, inshaAllah kerana Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segala yang telah, sedang dan akan berlaku.

Bila kita lakukan sesuatu dengan terpaksa, hasilnya sangat tidak menyenangkan malah menyesakkan diri sendiri. Ikhlas itu tidak wujud. Tiada hati. Wahai guru novis, sahabat serta adik-adik yang bakal memasuki bidang pendidikan secara rasmi juga tidak terkecuali kepada diri sendiri...jom, sama-sama kita buka hati. Terimalah amanah ini sebaik mungkin. Kikislah perasaan tiada hati itu sedikit demi sedikit. Pupuklah rasa nikmat memberi hari demi hari tanpa rasa bosan. Kenapa? Kerana tugas mendidik adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Manakan tidak, dengan lahirnya Rasulullah s.a.w, baginda berjaya mendidik tamadun yang tidak bermoral sehingga menjadi tamadun yang disegani dunia. Subhanallah...dalam keadaan sedar atau tidak sebenarnya semua guru di dunia ini melaksanakan sunnah nabi saban hari, sepanjang tahun.

Dengan rasa gembira, ingin berkongsi bersama kalian berkenaan buku di atas. Perkongsiannya sangat menarik untuk mendidik hati supaya terus memberi khas buat guru-guru baru. Andai ada masa terluang, wang yang masih berbaik...milikilah buku di atas. Harga: RM19.90, Halaman: 207. Terbitan: MustRead Sdn. Bhd. Syukran buat sahabat, Nurul Izzati atas cadangan supaya memiliki buku bermanfaat ini. Proses membedah buku ini masih berlangsung, alhamdulillah. Inputnya sangat berguna kerana saya, kamu, dia, mereka yang juga belum sempurna dalam mendidik hati agar terus ikhlas. Jom, ikhlaskan hati!

p/s: cuba sedaya upaya untuk memahami situasi cikgu C, empati. Saya doakan moga Allah bukakan hati kamu untuk terus bermujahadah di jalan ini, ameen. Allah pasti bantu kamu~ *big smile*

4 comments:

muhammad fadhirul said...

mcm knl jew ngan cikgu C 2

Asrari said...

ohh kenal eh? inshaAllah perancangan allah sangat halus...dan kadang2 kita tidak tahu apa yang allah rencanakan utk kita...lets keep moving young muslim~ Allah selalu ada...

Cikgu Zalie said...

semoga menjadi guru yang hadirnya dinanti...perginya ditangisi...

Asrari said...

inshaAllah~ mohon kekuatan dan kesabaran dari Allah

Post a Comment