Friday, May 25, 2012

Islam tidak selekeh

Islam itu hebat!
Suka melihat umat Islam gah menyusun langkah di atas muka bumi Allah. Hebat sekali. 
Suka melihat anak kecil yang tuturnya mengagungkan Tuhannya
Suka melihat ibu dan ayah yang beragama Islam mendidik anak-anaknya berbangga dengan Islam
Suka melihat huffaz yang hebat agamanya, hebat dunianya 
Suka melihat orang Islam berjubah, berkomunikasi dan bergaya dengan peralatan canggih
                 sama ada kamera, handphone, iPad, Note book, apa saja yang terkini

Suka melihat orang Islam bertudung labuh dan berstokin, mengajar anak muridnya subjek teras mahupun elektif di institusi pendidikan sama ada English, Sains, Biologi, Fizik, Kimia mahupun Matematik
Suka melihat orang Islam berkopiah, berjanggut keluar daripada kenderaan yang hebat
Suka melihat orang Islam bertudung litup, memberikan ceramah bertaraf 5 bintang di konferensi ternama 
Suka melihat doktor pakar Islam membedah pesakitnya dalam bilik pembedahan
Suka, suka, suka!!!


Ya, sangat berbangga dengan kalian dan siapa saja yang hebat menjulang agama Islam di mata dunia. 
Biar dunia melihat Islam itu tidak selekeh
Biar dunia melihat Islam itu tidak lekeh
Biar dunia melihat Islam itu bukan pengemis
Biar dunia melihat Islam itu universal
Bagaimana mahu menunjukkan sedemikian pada dunia? Ya, kitalah 'alatnya'. Kita adalah aset bagi agama kita. Muslim sebagai penyampai maklumat, penyambung warisan Nabi Muhammad s.a.w. Sejarah Islam menunjukkan Islam hebat di pandang seluruh dunia. Rasulullah hebat di pandang semua. Maka, kita perlu teruskan kehebatan itu. 

Tetapi...zuhud bagaimana? Kita punya akal yang sihat, berfikirlah secara rasional. Zuhud itu biarlah bertempat. Islam punya hak untuk diagung-agungkan kerana ia agama Allah. Kita sebagai penganut, perlu tonjolkan agama Allah. Riak pula bagaimana? Ya, riak adalah syirik kecil. Ia berlawanan dengan ikhlas. Maka, refleksi diri sangat penting. Kenapa perlu riak dengan apa yang kita ada sedangkan ia bukan pun milik kita yang hakiki! Segala yang kita ada, segala kemahiran yang kita punya...segalanya milik Allah. Fikir-fikir wahai hati beriman. Jom, tonjolkan agama Allah!

p/s: subhanallah, hebatnya Islam~

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers