Si guru beria-ia memberi penjelasan tentang tajuk penting dalam bab ke-3 iaitu jenis-jenis larutan (hipertonik, isotonik dan hipotonik). Bergerak kiri dan kanan makmal bagi memastikan slide presentation berfungsi sepenuhnya beserta penerangan tambahan melalui lukisan di papan putih. Fuuhh~ berpeluh-peluh menyusun kata bagi memastikan input penting sampai kepada para pelajar. Ujian 1 bakal menyusul minggu hadapan. Si guru yang cuak! Tiba-tiba, seorang pelajar perempuan India mencelah...
Pelajar: Teacher, gigi teacher putih la...teacher guna ubat gigi apa?Pelajar-pelajarku...itulah mereka.
Si guru: Ha, teacher explain punya la panjang lebar...you all tengok gigi teacher?
Pelajar: Hehe suka tengok teacher senyum...comel! Tapi...teacher jangan risau, kami faham apa yang teacher ajar!
Moga kejayaan buat kalian~
I'm trying hard to make sure you'll perform well in Biology, ok!
p/s: haihh...lain kali kena pakai niqab nie hehe :D
No comments:
Post a Comment