Thursday, December 24, 2009

Nak aiskrim...

“Abah, kalau kita minta daripada Allah tapi kita tak dapat maknanya mungkin Allah belum nak bagi lagi kan, atau mungkin kita ada dosa yang kita buat tapi kita tak sedar, atau mungkin ada perancangan lain yang Allah nak bagi kan...tapi...
kalau kita minta sesuatu daripada Allah...dapat,minta...dapat,minta...dapat walaupun kita tau kita ada/banyak buat dosa padaNya secara terang atau tersembunyi...macam mana ye abah?” Persoalan yang bermain di fikiran terus ditanya pada abah. Kali ini dapur pula menjadi tempat berkongsi idea kami.

“Owhhh..senang je. Meh abah cerita”. Abah sibuk memasukkan sayur yang telah dipotong ke dalam kuali. Malam ini abah saja nak goreng mee untuk kami anak-beranak.
........................................
Ada seorang anak kecil nie...dia nak sangat makan aiskrim...nak sangat-sangat...
“ayah, adik nak aiskrim boleh?”
“tak payah la...nanti batuk”, jawab si ayah
“ala...boleh la ayah...sekali je”, rayu si anak kecil
“tak boleh nanti sakit susah, dua hari lepas kan dah makan”, tegas si ayah
“ala ayah, sekali ni je”
“tak boleh”
“nak juga aiskrim tu...boleh la ayah”, rengek si anak hampir menangis
“nah duitnya!” Akhirnya, si ayah menyeluk saku dan menghulurkan wang kepada si anak kecil.
.........................................
“Kakak faham tak cerita abah tadi?”
“Faham”. Tersentap ketika mendengar analogi mudah itu.
“Dalam cerita tu, apa yang jadi?”
Otak ligat berfikir mencari jawapan kepada soalan abah, “Ayah tu bagi duit secara terpaksa”
“Ha, betullah tu. Samalah situasinya dengan yang kakak tanya tadi. Allah bagi dalam keadaan yang tidak diredhaiNya..tapi Dia tetap bagi. Itu menunjukkan betapa Allah Maha Pemurah!” Mee siap di goreng bila sampai di akhir perbualan.

Tuesday, November 24, 2009

Pelangi pagi di KHAR


Pemandangan daripada tingkap rumah 1.6.2 bilik nombor 2, Kolej Harun Aminurrashid. Kebetulan hujan renyai pagi tu...beberapa hari sebelum tinggalkan segalanya.


Akhirnya, semester tujuh sampai ke penghujungnya.
segalanya telah berlalu dengan lancar...segalanya!
Untuk praktikum, hold on dulu =)
kini, menghitung saat yang berbaki sebelum kaki meninggalkan KHAR, UPSI dan seterusnya Tjg Malim
seorang demi seorang tinggalkan KHAR.
Aiiishhh...sayu pulak hati.
Manakan tidak, sejak semester 1, Julai 2006 menetap di KHAR until now.
Almost 4 years!

i'm gonna miss all my friends
i'm gonna miss all the lecturers
i'm gonna miss KHAR
i'm gonna miss UPSI
i'm gonna miss Tjg Malim
i'm gonna miss every single things here

Tanjong Mu'allim...tempat kita mencari, menggali, mengorek, menadah, menyedut segala ilmu yang ada. moga Allah memberkati ilmu yang diperoleh
Segala cerita bercampur dalam memori jangka pendek dan jangka panjang.
Simpanlah ia. Yang manis dijadikan kenangan, yang pahit dijadikan pengalaman.

Sunday, November 22, 2009

Syahidmu di sana senyum bidadari

Suara Duka Angin Gazza, Gegar Jantung Bumi Kita
Nyawa Anak Di Hujung Senjata, Tangisan Bonda Hanya Sia-sia
Masirah Anak Al-durrah, Netzarim Bermandi Darah
Begitu Megah Mata Memandang Dusta
Masirah Dalam Amarah, Hilang Kalam Kebenaran
Kudrat Alam Hanya Menjadi Rebutan
Berbaris-barislah Ke Satu Arah
Jangan Sampai Berpisah Menyusun Langkah Mencari-cari Erti Kedamaian
Di Dalam Jiwa Tersirat Jawapan
Masirah Anak Al-durrah, Netzarim Lambang Perjuangan
Kita Menanti Tangan Pembelaan, Masirah Dalam Amarah
Hilang Kalam Kebenaran, Kudrat Alam Hanya Menjadi Rebutan
Masirah Anak Al-durrah, Netzarim Lambang Perjuangan
Kita Menanti Tangan Pembelaan
Masih Menanti Tangan Pembelaan

Lagu Masirah dinyanyikan oleh M. Nasir dan liriknya ditulis, S.Amin Shahab.

Muhammad Rami Jamal ad-Durrah, anak Palestin berusia 12thn yang menyabung nyawa ditembus peluru Yahudi Israel sekitar thn 2000, saat berlakunya pertembungan berdarah antara polis Israel dan warga Muslim Palestin di Netzarim, Jalur Gaza. Peluru serdadu Israel menerpa ke susuk Muhammad ad-Durrah yang berada di dalam pelukan ayahnya. Akhirnya kaku terkena empat tembakan di pangkuan si ayah. Al-Fatihah buat semua mujahid di sana.

Saudaraku...
Perjuanganmu di sana impianku selalu, Jihadmu di sana harapanku selalu, Syurgamu di sana cita-citaku, Tangismu di sana menyejukkan bumimu, Syahidmu di sana senyum bidadari, Dinginmu di sana selimut Firdausi, Cintamu di sana cinta abadi.


*petikan daripada penulisan Abban Lo'baw. Syukran, ukhti Jamilah hadiahkan ana buku ini. Akan dihabiskan dalam masa terdekat, insyaAllah =)

Monday, November 16, 2009

Anak mama dah pandai solat...

Dinihari terasa penuh dengan kerinduan...
Rindu pada ibu yang telah melahirkan...mendidik...mengasuh...segalanya.

Teringat masa dulu-dulu...dalam umur 6 tahun, mama ajar ana solat...
Mama nurse dekat Hospital Kulim. Kalau mama tak kerja shif petang, lepas asar mama duduk tepi sejadah tunggu ana dengan akh ana...nak check bacaan dalam solat kami...salah ke tak...siap la...rotan di sebelah.

Tak kira masa tu tengah buat apa pun, kena juga solat depan mama...tak pakai baju yang sesuai pun takpe...kena juga. Ada suatu hari pakai baju kembang, mama kata "jom, hari ni mama nak check bacaan kak. Mai tunjuk kat mama..."
Hmmm...Kalau malas, kena rotan kat betis...huhu...mama ajar setiap bacaan dalam solat.

Hari ini anak mama dah pandai solat...alhamdulillah. Doa titipan setiap kali solat untuk mama dan abah. Terima kasih atas didikan mama dulu...kena rotan pun xpe =)

Sunday, November 15, 2009

Jom pantau makmal Sains UPSI

Makmal Sains di UPSI
Jom buat pemantauan berkaitan makmal di UPSI di Bangunan Pakar (bersebelahan SITC). Peralatan yang cukup lengkap. Syabas kepada pihak pengurusan makmal dan Fakulti Sains dan Teknologi UPSI.

Tingkat 2 adalah makmal Kimia manakala tingkat 3 dan 4 adalah makmal Biologi. Bukan saja-saja pantau, mungkin ada informasi berguna dalam penyediaan makmal. Boleh diaplikasikan di sekolah kelak =)

Makmal Kimia~

Lengkap dengan segala kemudahan, teratur dan selamat.
Terima kasih buat pembantu makmal kimia, En Ibrahim yang melayan kerenah kami, pelajar sem 7 untuk menyiapkan projek Bioteknologi yang lepas. Macam-macam kes ada, nak pinjam yang tu la...yang ni la...hehe... En Ibrahim, 5 set penyulingan tu kami dah hantar tau =)

Kebuk wasap

Chemical solutions
.........................................................................................................................................................

Makmal Biologi~

Pensyarah-pensyarah Biologi yang caring ~Thanks alot Dr Haniza =)

Bilik khas untuk menjalankan projek kultur tisu dan projek mikrob

Alatan komputer yang canggih:
Demonstrasi daripada Dr Haniza untuk mendapatkan data daripada sampel DNA (gel elektrolisis)

Terima kasih buat semua staf di Bangunan Blok Pakar terutama di makmal biologi: Pn Erawati, Pn Ira, Pn Lily, En Haizi, En Adi dan En Khairul...semua-semua la...yang telah membantu kami sepanjang kami di UPSI.

Saturday, November 14, 2009

KeredhaanMu

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

(Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.)

Tuesday, November 10, 2009

Prebet Sapu


Menghitung sisa-sisa minit yang berbaki sebelum kaki melangkah meninggalkan Tanjong Muallim ini, segalanya di rasakan sangat manis. Setiap hal di ambil kira dalam meniti kehidupan sepanjang 7 semester di UPSI. Salah satunya ialah perkhidmatan prebet sapu. Walaupun tidak dihebahkan secara besar-besaran namun perkhidmatan ini sangat diperlukan oleh penuntut yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Kalau di tanya pada yang bermotosikal atau berkereta semestinya tidak tahu, tidak disenangi atau senang kata (mungkin) menyampah dengan adanya pakcik-pakcik prebet ini.

Berbeza pula kalau di tanya pada yang tiada kenderaan. Pakcik-pakcik ini yang sedikit sebanyak membantu dalam urusan seharian di UPSI. Manakan tidak, kekadang bas UPSI tidak ada bila ia diperlukan dalam masa yang terburu-buru. Misalnya nak ke klinik atau ke pekan. Pakcik-pakcik prebet inilah yang membantu. Walaupun bayarannya tidak menentu tetapi tidak salah kalau saya katakan bayarannya berpatutan dengan kedudukan kita yang berstatus pelajar dan lebih murah berbanding teksi yang ada.

Bagi yang menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM), prebet sapu diperlukan untuk sampai ke stesen KTM. Begitu juga daripada stesen KTM ke rumah/kolej semula selepas balik dari kampung. Walaupun seawal jam 3 atau 4 pagi, pakcik-pakcik prebet sapu ni tidak kisah untuk memberi perkhidmatan mereka. Memanglah mereka dapat bayaran daripada penumpang...tetapi cuba buka fikiran kita ke konteks yang lebih besar. Kalau yang mahasiswa, bila sampai je di stesen KTM, kawan dah tunggu di atas motosikal. 5 minit dah sampai rumah. Mahasiswi macamana pula keadaannya? Bukan nak salahkan sesiapa...tetapi inilah realitinya pada yang menggunakan
public vehicle. Siapa yang tolong gadis-gadis ni supaya selamat sampai ke rumah masing-masing sekitar jam 3-4 pagi? Siap bagi nasihat, "kamu jangan naik kereta yang pemandunya India, bahaya, kekadang diorang charge mahal."

Di dalam konteks yang lebih luas, pakcik-pakcik ini membantu anak-anak muda Islam umumnya dalam proses berjihad. Diorang juga mendapat saham pahala! Subhanallah...
Artikel kali ini sengaja ditulis bagi mengingati jasa pakcik-pakcik prebet sapu yang ada di sekitar UPSI.
(*tolong promote sekali nie hehe...)

Untuk adik-adik junior UPSI, carilah pakcik-pakcik prebet yang 'ok' daripada senior-senior kamu ye. Insyaallah, apa-apapun kita letak segala kepercayaan pada Allah...sebab kita tidak tahu disebalik hati-hati manusia.

Wednesday, November 4, 2009

The Pen, Eraser & Ruler


Musim final exam dah sampai. Untuk peperiksaan yang terakhir di UPSI, 4 paper semuanya.
3hb : Chemistry (TKU 1023)

9hb : Ecology (TBE 3013)

13hb : Biotechnology (TBT 3013)

19hb : Science Environment (TSE 2013)


" I have secret for success

I found them in my pencil case
Red pen said think right for your life

Blue pen said do well in your jobs

Black pen said positive thinking towards others

Eraser said erases your bad attitude and…

Ruler said walk straight way and don’t look back
"

Credit to ukhti Syazwani because sharing such a beautiful words.


Selamat menduduki final exam buat semua warga UPSI dan juga sahabat-sahabat di universiti lain. Moga Allah permudahkan segala urusan kalian, insyaallah.
Buat sahabat-sahabat semester 7, do your best untuk exam yang terakhir di UPSI. Lepas ni dah nak jadi cikgu-cikgi semuanya…insyaallah. Good luck guys =)

Friday, October 23, 2009

Hari Alam Sekitar @ Environmental Day


Program ini berlangsung kira-kira selepas hari raya aidilfitri yang lepas. Setiap kuliah bagi subjek TSE, Alam Sekitar akan mendapat task masing-masing misalnya pembersihan sungai samak, projek warga, projek baja organik dan lain-lain. Semua task dipersembahkan secara ringkas pada majlis penutup. Segalanya berakhir dalam majlis penutup jam 5 petang yang dihadiri oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Dato' Dr. Aminah bt. Ayob serta pensyarah-pensyarah kanan Biologi.

Wacana Buku

Program ini merupakan anjuran Perpustakaan Tunku Bainun, UPSI dengan kerjasama Fakulti Sains & Teknologi, UPSI. Wacana ini mengupas dengan mendalam tentang buku yang berjudul "Biotechnology: An Introduction". Tahniah buat panel yang terlibat iaitu Dr Noman D. Salih dan Dr Fatimah Mohamad yang merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Biologi. Buku tersebut diulas dengan terperinci dari segenap aspek termasuk bahasa, etika dan sebagainya. Memetik kesimpulan yang diucapkan oleh moderator, Dr Haniza Hanim yang menyatakan bahawa buku yang ditulis oleh Susan Barnum ini adalah sesuai untuk semua pembaca dengan bahasa yang mudah difahami dan susun atur yang baik. Di samping perlu ada penambahbaikan terutamanya dalam memasukkan fakta-fakta penting dan gambarajah yang berwarna supaya lebih menarik agar dapat menambahkan minat kepada pembaca.

Antara hadirin yang hadir memeriahkan majlis selain ingin mendapatkan input berguna. Tahniah buat Jabatan Biologi UPSI, pensyarah-pensyarah kanan dan Fakulti Sains & Teknologi keseluruhannya.

Thursday, October 22, 2009

Biotechnology exhibition

Berlangsung selama 2 hari berturut-turut. Pameran diadakan di Bangunan Canselori UPSI berhampiran Fakulti Sains & Teknologi. Di bawah seliaan Dr Haniza Hanim bagi subjek Bioteknologi, TBT 2013.



Penghasilan etanol daripada bijirin pulut dan barli. At last, ethanol have been produced! Alhamdulillah. Good job guys =)


Tapai pelbagai perasa - pisang, keladi, nenas, strawberi dan banyak lagi. Segalanya atas kreativiti ahli kumpulan.


Bahan bakar yang dihasilkan daripada sabut kelapa.
Credit to all groups that involved in the exhibition. Good job guys!

Wednesday, October 21, 2009

Field Trip to Kuala Selangor

Dalam dua minggu lepas, hari-hari berlalu dengan penuh makna...jadual harian sesak dengan pelbagai aktiviti...mungkin sebab final year kot...semua subjek ada projek. Jom flashback balik satu persatu sebab ana tak sempat nak update on the spot bagi setiap kejadian yang berlaku.

Subjek: Ecologi
Pensyarah Subjek: Dr. Husni
Tarikh: 10 Oktober 2009 (2 hari 1 malam)
Pensyarah Pembimbing: Dr Haniza

Task 1:
Tempat pertama adalah ke Taman Alam Kuala Selangor, Bukit Malawati. Kami perlu selesaikan task pertama iaitu observe lutong, the silver leaf monkey atau nama saintifiknya Trachypithecus cristatus. Such a good experience there! Bukan selalu dok observe binatang ni... dah la lama nk observe tu. Bayangkan 10 orang ahli kumpulan dikehendaki observe pergerakan, perlakuan, sikap si lutong ni dalam masa 1 jam. Lutong ni bukan seekor je..tapi mereka hidup dalam berkumpulan. Lebih kurang macam kera juga la... Kami perlu ikut jejak lutong ni sampai cukup masa yang diperlukan tu...lutong-lutong ni bukan duduk diam je...diorang ni lompat-lompat ke pokok lain. So, kami terpaksalah ikut...kena jejaki diorang supaya tak hilang dari pandangan untuk elak tertukar kumpulan lutong lain yang ada di situ.

Pengunjung dibenarkan beri makanan pada lutong. Spesis lutong ni jinak, tak macam kera. Kalau diorang nak makanan daripada kita, diorang akan hulur tangan tanda 'meminta'. Tak macam kera, diorang ragut terus. Moral value di sini, minta izin dari tuan sebelum ambil/pinjam barang. Lutong pun tahu minta izin. hehehe =)

Ini adalah keunikan spesis lutong. Si baby lutong berwarna emas. Bulunya berbeza daripada lutong dewasa yang berwarna kelabu supaya semua ahli dalam kumpulan tersebut memberi keutamaan kepada si baby dalam keadaan apa sekalipun terutamanya perlindungan. Subhanallah! betapa ciptaan Allah sangat unik dan halus.

Task ke-2: Malamnya, kami ke Kampung Kuantan di Kuala Selangor. Kuantan bukan ada di Pahang je, Selangor pun ada juga.Satu lagi ciptaan Allah yang sangat unik. Kelip-kelip atau fireflies sangat terkenal di kawasan ini. Lampu kelip-kelip yang kita pasang masa hari raya tu mengaplikasikan kelip-kelip yang sebenar. Dulu ada iklan tentang bekalan elektrik di tv pasal kelip-kelip. Penggambarannya di buat di sini dengan kerjasama pihak TNB. Kampung Kuantan adalah satu-satunya tempat yang terkenal dengan spesis ini. Kawasan ini dijaga rapi tanpa sebarang pencemaran sebab tu sampan digunakan untuk bawa penumpang melihat kelip-kelip di sepanjang sungai. Kelip-kelip tidak suka pada gangguan bunyi dan pencemaran air. Kalau sahabat-sahabat ada masa, pergilah melawat ke sana!

Task ke-3:
Mengkaji pokok bakau di Taman Alam Kuala Selangor.

Setiap pengalaman sangat berharga. Terima kasih buat semua kawan-kawan yang turut serta dalam field trip sepanjang semester ini. Buat adik-adik junior, kamu juga akan berpeluang untuk merasai pengalaman sebegini juga insyaallah. Biology is a wonderful course at UPSI!

Let's Flash Back

10hb, jam 2ptg-
field trip to kuala selangor (subjek ekologi)

13 dan 14hb -
Biotechnology exhibition (Pembentangan projek Bioteknologi di Bangunan Canselori, UPSI)

14hb, jam 230-5ptg -
Wacana Buku di Dewan Serbaguna Perpustakaan UPSI.

14hb, jam 830-10mlm -
Majlis Hari Raya Interaksi Persatuan Bahasa Arab, UPSI di Dewan Seri Tanjong

15hb, jam 8pg hingga 5ptg -
Hari Alam Sekitar (subjek Alam Sekitar) di Auditorium Utama UPSI

Thursday, October 15, 2009

A list of human emotions

'A life rich with emotions is a rich life'

Pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Allah S.W.T. kepada manusia. Manusia sememangnya kaya dengan emosi. Kepelbagaian emosi adalah keunikan akal. EQ merupakan satu potensi di dalam diri manusia yang berhubung kait dengan emosi.

Dunia pasti tawar tanpa emosi yang dikurniakan. Terserah kepada kita untuk mengawal emosi tersebut kerana dengan adanya satu emosi negatif akan menyebabkan segalanya berubah.

Antara emosi yang sering wujud dalam kehidupan seharian kita,
7 emosi positif:
Keinginan, Keyakinan, Cinta, Seks, Azam, Romans dan Harapan

7 emosi negatif:
Rasa takut, Kecemburuan, Kebencian, Pembalasan dendam, Keserakahan, Tahyul dan Kemarahan
(http://fmtt.blogspot.com/2008/07/assalamualaikum-dan-salam-sejahtera_31.html)


Bagaimana manusia mengawal perasaan mengikut kehendak Islam?

3 cara mengawal emosi
Seorang ulama tasawuf, Yahya bin Mu’az al-Razi telah memberi panduan berkenaan cara mengawal emosi. Beliau berkata hendaklah kita menjaga 3 perkara yang menjadi habuan orang mukmin iaitu :

1. Apabila kita tidak dapat memberi kebaikan kepada orang lain, jangan pula menyusahkan dia

2. Apabila kita tidak sudi menyukakan hatinya, jangan pula kita menyebabkan dia berdukacita

3. Apabila kita tidak mahu memuji dia, jangan kita cela dia.

Wednesday, October 7, 2009

Kikis kikir dalam diri

Kikir adalah sifat mazmumah yang wujud dalam diri. Ia perasaan negatif yang kadang-kala membelenggu hati juga akal. Kikir lebih difahami dengan definisi berkira, lokek, atau penggunaan kata yang agak kasar ialah kedekut.

Kadangkala, apa yang kita ada tidak mahu dikongsi dengan orang lain yang memerlukannya. Kadangkala, apabila kita lebih daripada orang lain, sukar untuk diberikan kepada mereka.

"Ala...xpe la, nape dia tak beli sendiri...padan muka!"

"Hmmm....kalau aku bagi dia, nanti tak cukup untuk aku pulak....lain kali je la kongsi"

Astaghfirullahal'azim....

"Sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah akan tetap diberi penjelasan. Dan barang siapa yang melakukan kejahatan walaupun sebesar zarah, maka dia juga tetap akan diberi pembalasan."
(Surah al-Zalzalah, ayat 7 dan 8).


Firman Allah di atas perlu dipegang sekuat mungkin. Allah Maha Melihat. Kenapa perlu risau?
..................................................................
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(al-Baqarah: 216)

Kita tidak tahu disebalik perkongsian tersebut...
Allah ingin titipkan sesuatu buat kita di akhirnya mungkin.
....................................................................
"Sesungguhnya, Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya." (al-Kahfi: 7)

Allah ingin menguji setiap hambaNya siapa di antara kita yang baik dan buruk sifatnya sesama makhluk.
......................................................................
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
“Orang kikir yang sebenar-benarnya kikir ialah orang yang kikir dalam menyebarkan Salam.”

Saturday, October 3, 2009

Tissue Culture Mini Project

Lab yang terakhir untuk course Biotechnology rabu lepas bersamaan 30hb Nov ialah Tissue Culture Mini Project.

Kultur tisu tu apa ye?
Kultur tisu merupakan satu cara menghasilkan anak pokok yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam explant seperti
daun, batang atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril ataupun aseptic untuk tumbesaran. Ia juga dikenali sebagai satu teknik memelihara sel atau cebisan tisu haiwan dan tumbuhan secara in vitro. In vitro merujuk sesuatu yang dijalankan di luar badan organisma, umumnya di balang kaca ataupun tabung uji.
(Maklumat lanjut di http://cool-ron98.freeservers.com/kulturtisu.htm).

Kali ini, satu kumpulan kecil diperlukan (3 orang). Setiap kumpulan kecil akan memilih satu daripada 3 jenis tumbuhan sebagai sampel iaitu jantung pisang, betik dan lobak merah. Segalanya perlu berada dalam keadaan steril apabila masuk ke dalam bilik khas. Gambar di bawah di ambil daripada luar bilik khas supaya tidak mengganggu persekitaran yang steril.

Prosedur pemindahan explant secara ringkasnya adalah seperti berikut:
1. Didalam transfer box, bahan-bahan berikut disediakan:
* 3 botol berisi sterile water
* 1 botol kecil berisi alkohol untuk pensterilan penyepit dan pisau
* penunu bunsen sentiasa dinyalakan untuk memanaskan pisau/penyepit yang telah direndam dalam alkohol
* tabung uji berisi medium

2. Explant yang direndam dalam larutan 10% bleach dibilas dalam 3 bekas berasingan yang mengandungi sterile water. Explant kemudiaannya dikerat kepada beberapa bahagian menggunakan pisau dan penyepit steril. Kepingan explant kemudiannya dipindahkan kedalam test tube berisi medium menggunakan penyepit. Test tube berisi explant kemudiannya ditutup dan dipindahkan ke rak yang disediakan.

Maklumat diperoleh daripada:
http://kulturtisu.blogspot.com/ http://scientech-ptc.blogspot.com/


Thanks guys for your cooperation during the lab session =)

Kenangan berpuasa di UPSI

Sedar tak sedar tahun ni, 1430H (2009) adalah adalah tahun terakhir menyambut Ramadhan di UPSI. Dah 4 tahun sambut Ramadhan di sini. Terawih adalah kenangan terindah. Setiap surau kolej-kolej UPSI akan diimarahkan dengan meriahnya. Kalau di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) terawih diadakan di foyer sebab penghuninya terlalu ramai.
Kekadang nak juga berubah angin...terawih di Surau Annur, dalam kampus. Iftar...
Bila dah berjauhan dengan family, kawan adalah yang paling rapat. Berbuka puasa beramai-ramai. Bebudak Biologi sem 7, bila dah nak balik raya baru sibuk nak iftar sekali. Katanya dah sem last, bukan selalu buka puasa ramai-ramai. Kami berbuka puasa di P'your. Walaupun menu tak seberapa tapi kenangannya tetap manis.Persatuan tak di lupa walaupun dah resign. Syukran buat adik-adik yang anjurkan iftar PBA. kenangan terakhir bersama antum =)
Sempat lagi buat bubur kacang untuk semua walaupun assignment bertimpa-timpa. Syukran buat akh Hakim sebab tolong belikan barang-barang untuk buat bubur ye. Insyaallah dapat saham pahala sekali. Duit minyak ganti dengan bubur ye (^^,)

Di petang dan malam raya...

Salam'alaik buat semua...
Sedikit kekangan yang tak dapat dielakkan menyebabkan blog ana tak diupdate.
Balik daripada cuti raya lepas, terpaksa mengadap komputer untuk settlekan tesis yang masih dalam separuh jalan. Jom imbas kembali apa yang telah berlaku pada petang dan malam Hari Raya Aidilfitri lepas!

Tiap-tiap tahun famili akan balik ke kampung sebelah mama. Abah setuju je bila mama ajak balik..hehe takde gaduh-gaduh pun. Pagi sebelum raya anak-anak tok (adik beradik mama) sibuk tolong tok sediakan persiapan untuk esoknya. Biasa la... nak buat ketupat kena ada daun pisang! Tahun ni tak buat ketupat daun palas.Tahun ini famili ana susah nak berkumpul. Sepanjang Ramadhan ana dan abang cik masih di universiti masing-masing. Dah nak dekat raya baru boleh nak balik. So, petang raya tu kami ambil kesempatan going out together! Abah ajak gi shopping kat bandar Taiping sebab kampung dah dekat dengan sana. T-shirt kaum lelaki mahal rupanya....huhu Tahun ni semua dapat t-shirt harga RM40 ke atas. Tapi ada diskaun la sket...mama kata xpe, bukan selalu..heheBunga api!!! perkara yang paling sinonim dengan raya...seronok tengok sepupu dan anak-anak kecil main bunga api. Ada yang takut dengan api...ada yang terlebih excited dengan api...ada yang tak boleh dengar bunyi mercun...macam-macam hal ada. Dah lama tinggalkan kenangan tu sebab sekarang dah 'tua' huhu...







Tuesday, September 8, 2009

Bulan Puasa, Bulan Al Quran

Firman Allah SWT :

“Bulan Ramadhan bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagi petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza ( di antara hak dan batil) (Q.S Al Baqarah 185)

Kerana itu Rasulullah SAW menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan Al Quran di mana tiap-tiap malam Rasulullah SAW membaca dan bertadarus Al Quran bersama malaikat Jibril :

“Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah manusia yang paling pemurah dan kepemurahan baginda SAW itu lebih terserlah pada bulan Ramadhan ketika Baginda SAW ditemui oleh Jibril pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan , lalu Rasulullah SAW bertadarus Al Quran bersama Jibril maka Rasulullah SAW lebih pantas melakukan kebaikan daripada angina yang bertiup.” (H.R Bukhari)

p/s untuk diri sendiri dan semua:
dah menghampiri 10 hari terakhir Ramadhan...moga pembacaan kita berlangsung dengan baik...insyaallah =)

Tuesday, September 1, 2009

Surat Cinta buatku

Jika ingin menyukai,
adatnya...perlu selalu bersamanya...
perlu selalu mengingatinya...
perlu selalu berdamping dengannya...

Jika ingin menyintai,
adatnya...dia perlu sentiasa di hati...
dia perlu sentiasa di fikiran...

KAU mengirimkan 'surat cinta' buatku tanda sayangMU padaku
Ya ALLAH,
sungguh! aku ingin bercinta denganMU
ampunkan aku jika cintaku tidak sempurna kerana lalai dengan segalanya
Ku pohon cintaMU
Ku mengemis kasihMU

Kalau cinta mesti ada rindu
berputiklah wahai rindu
agar cintaku mekar untukNYA
biar menembusi Bumi
~asrari~

Kata dikota

Firman ALLAH (mafhumnya):
"Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan Al-Quran,
dan Kamilah yg memelihara dan menjaganya"
Al-Hijr:9
Allah knows everything at everywhere...
Syukran ala al-Fadhil Ust Halim Nasir atas perkongsian ini, Allah yubarik fik =)
http://halimnasir.blogspot.com/

Sunday, August 30, 2009

Nasi Tomato =)

"Hari ni dah berapa hari kita puasa abang?" tanya si ayah kepada anak sulungnya di meja makan. Beberapa minit lagi waktu maghrib akan masuk menandakan waktu berbuka untuk semua muslimin muslimat yang berpuasa seperti keluarga muslim ini juga. Ayah, ummi bersama tiga orang anak menunggu bersama di meja makan. Ummi sibuk ke kanan ke kiri dapur menyiapkan apa yang masih belum sempurna di matanya. Tidak dihiraukan letih berpuasa.

"ooOoo..hari ini dah masuk 8 hari kita puasa, ayah!" jawab si anak penuh riang walau letih berpuasa. Didikan yang baik untuk si anak menyebabkan ibadah puasa tidak rasa sebagai bebanan walau di usia yang terlalu muda, lingkungan 8 tahun.

"Alhamdulillah, jom kita berbuka!" sampuk ummi setelah azan dilaungkan dari masjid berhampiran.

اللهمّ لك صمنا وبك أمنّا وعلى رزقك أفطرنا برحمتك يا أرحم الرّاحمين

"Ameen..." Semua mengaminkan doa bersama.
Ummi menyerahkan kotak kurma untuk semua. Memang menjadi rutin kurma sebagai manisan pertama dijamah setelah berdoa.

"Wah...hari ini kita makan nasi tomato. Sedapnya...Jom kita ucap terima kasih pada ummi", si ayah bersuara.

"Terima kasih ummi!" serentak diucap oleh anak-anak.

"Iye..sama-sama", jawab ummi dengan senyuman. Hilang segala keletihan mendengar ucapan terima kasih daripada orang yang paling disayanginya.

........................

Sometimes, we forget to say thank you.
Credit to Ukhti Nor Zakiah for sharing every single things.

Thursday, August 27, 2009

Tawaran Istimewa buat semua !



Credit to my dear friend, Black sapien. Thank you for everythings =)

Tuesday, August 25, 2009

Tidak mengerti

Masjid itu ku lihat sungguh indah...
walau dari jarak yang agak jauh, ku dapat lihat binaannya yg sungguh unik...
walau dalam suasana malam, ku dapat lihat strukturnya yang berbeza...
kubahnya...menaranya...
bergemerlapan dihujani cahaya malam...
gembira dengan tersergamnya ia...
semua penghuni sekitar bersyukur dengannya...aku apatah lagi...
namun,
segalanya semakin kabur...
akhirnya hilang...
apa sebenarnya yang tersurat dan yang tersirat?
tidak mengerti hingga ke saat ini.

Monday, August 24, 2009

Ana bukan siapa siapa

ingin menulis sesuatu...tetapi keupayaan untuk melaksanakannya tiada.
Hanya kutitipkan doa buat keluarga dan semua sahabat moga kedatangan Ramadhan kali ini memberi sejuta kebahagiaan.
Ramadhan yang dirindui telah tiba. Jom raikan ia!

Saturday, August 15, 2009

Ahlan Ya Ramadhan

Sedar tak sedar Syaaban sedang melabuhkan tirainya dan kita bakal memasuki bulan penuh keberkatan. Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia kita untuk bertemu lagi dengan Ramadhan. Allah memberi peluang untuk kita bertaubat, menambah pahala dengan mencari rahsia Ramadhan. Al-Fatihah buat ahli keluarga, sahabat, serta semua umat Islam yang telah menemui Allah terlebih dahulu.

Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang ertinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

Rahsia Ramadhan,
peluang yang perlu direbut =)


1. Allah sediakan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatul Qadr
2. diwajibkan kita berpuasa. Puasa adalah kekuatan kepada kita. Rasulullah SAW bersabda :

“Puasa itu adalah perisai bagi seseorang , selagi ia tidak mencerobohinya”
(H.R An Nasai)

3. menghidupkan malam-malam Ramadhan lebih-lebih lagi dengan menunaikan solat sunat tarawih. Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya bangun malam untuk beribadat lebih kuat kesannya dan lebih tepat bacaannya“ (Q.S Al Muzammil 6)

4. balasan dan ganjaran amalan berganda-ganda sama ada wajib atau sunat
5. perjuangan yang memerlukan kesabaran. Hanya yang sabar mampu menghadapi cabaran dan berjaya mencapai cita-cita yang besar

6. kasih sayang , perpaduan dan persaudaraan adalah syarat untuk mencapai kejayaan


Jom, gunakan peluang yang Allah swt beri tahun ini, 1430H. Kita tidak tahu lagi sama ada kita diberi peluang untuk hidup pada Ramadhan tahun depan atau tidak.

Friday, August 7, 2009

Bila balik kampung =)

Apa aktiviti bila balik ke kampung? Jom...!!!

Biasa la...bila orang bandar balik kampung...tambah pula musim ikan banyak dalam parit, aktiviti paling best adalah memancing (dalam bahasa utara, mengail). Ikan yang banyak dapat, ikan puyu!

Semua excited bila dapat ikan, tengok-tengok dah penuh satu timba he...he...yang penatnya mama la sebab nak kena siang dan masak.

Aktiviti lain, bila dah mengail lepas tu mandi parit...dulu-dulu lagi best dari sekarang. Tapi, tak kisah...terjun je adik-adik tu...ada yang takut pacat...ada yang takut lintah =)

Kebetulan ada daging korban lebih, apa lagi...Jom bakar daging!!!

Banyak lagi yang dibuat kat kampung, cuma tak sempat nk tangkap gambar...kutip buah jambu, buah mempelam, main tuju kasut macam-macam lagi.

Miss the memories so much!!!

Sunday, August 2, 2009

Sanah Helwah ya Asrari =)

Sanah Helwah ya Asrari =)

Dengan lafaz Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran padaMu ya Allah. Atas nikmat yang tidak mampu kusenaraikan satu persatu sehingga detik ini. Terima kasih atas kurniaanMu yang paling bernilai, mama dan abah. Individu yang paling kusayangi…yang telah memelihara, menjaga, mendidik, mengajar, menyayangi, mengasihi… segalanya yang telah mama dan abah korbankan sejak aku dilahirkan 2 Ogos 1987 yang lalu sehingga saat ini, 2 Ogos 2009.

Sungguh, jika ku ingin menyenaraikan apa yang telah kalian lakukan, tidak mampu… kerana tidak terhitung olehku! Sungguh, jika ku ingin membalas semula pengorbanan kalian, tidak mampu untukku melaksanakannya seperti yang telah kalian lakukan untukku!

Mama, Pn. Noor Kamaliah Ramli, terima kasih atas pengorbananmu mengandungkanku, melahirkanku, menyusukanku, membesarkanku, mendidikku sehingga aku menjadi seperti aku sekarang. Abah, En. Nordin Abd Ghani, terima kasih atas pengorbananmu membesarkanku, mendidikku, mengajarku, mengadakan segalanya untukku sehingga aku mampu kecapi apa yang aku miliki sekarang. Bukan mudah membesarkan anak perempuanmu ini, penuh dengan suka duka sejak dilahirkan. Hanya Allah yang tahu segalanya. Semoga kalian sentiasa dilindungi Allah…sentiasa saling menyayangi…diberi kesihatan yang baik untuk laksanakan ibadah…diberkati Allah di dunia hingga akhirat…amen. Aku tidak mampu untuk menjadi anak yang terbaik, tetapi akan berusaha menjadi yang terbaik. Aku tidak mahu menjadi anak yang menyebabkan ibu bapanya dimurkai Allah.

Ampunkan aku jika terkasar dalam kataku
maafkan aku jika tersasar dalam tingkahku

ampunkan aku jika terlampau dalam perbuatanku

maafkan aku jika tidak sedar akan khilafku.


*
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers