Showing posts with label Allah Hebat. Show all posts
Showing posts with label Allah Hebat. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

Belong to Allah


Di universiti, doa ini kumohon padaNYa saban hari...
"Ya Allah, aku sibuk mengejar dan mencari ilmuMu yang sangat luas bertahun-tahun. Ku mohon padaMu, panjangkanlah umur mama dan abah supaya diri ini punya peluang untuk berbakti kepada mereka selepas selesai ijazah ini. Kurniakanlah kepadaku kejayaan dan kerjaya supaya mereka tersenyum. Berikanlah apa saja yang terbaik buatku kerana Engkau Maha Mengetahui. Mohon redhaMu Ya Rabb"

Subhanallah~
Allah maqbulkan doa itu! 
Kadangkala, tidak sedar Allah maqbulkan doa kita satu persatu selari masa yang berlalu.

Menyusun makanan di atas meja. Selesai memasak untuk mama dan abah hari ini. Harap kena dengan selera mama abah, ya! Alhamdulillah, masih punya kesempatan dan peluang lakukan sesuatu yang baik untuk keduanya lagi. Kenapa? 
"Kerana mama dan abah bukan milik kakak selamanya...mama dan abah kepunyaan Allah! Suatu hari nanti Allah pasti ambil kembali hak milikNya. Bila sampai masa itu, inshaAllah...kakak akan relakan sebab segala-galanya Allah yang punya. Allah hanya pinjamkan buat kita saling menyayangi kan"



-------------------------

Ya, segalanya Allah punya hatta jari yang sedang menaip ini sekalipun!

Thursday, July 19, 2012

Kerana Jilbab

Wahai muslimah solehah, tahukah sahabiah kerana jilbab...
  • kita akan lebih dihormati
  • kita akan lebih disayangi
  • kita akan lebih dikasihi
  • kita akan lebih dilindungi
  • kita akan lebih disegani
dan yang pasti kerana jilbab itu kita sentiasa dalam rahmat Allah, inshaAllah. 
Hebat perintah Allah, pasti ada hikmah kan?

p/s: mungkin kerana lain dari yang lain, cikgu bertudung labuh mengajar Biologi, Sains juga Matematik...hmm dare to be different!

Thursday, July 12, 2012

Rahmat Allah

Abah kata...

Kadang-kadang kita tidur sat saja..dari pukul 1 pagi, pukul 5 dah bangun...tapi dah tak rasa mengantuk..tetapi kadang-kadang, kita tidur dari jam 11 malam, pagi esoknya bangun masih mengantuk...itulah rahmat Allah!


Thursday, May 31, 2012

Konsep Bahagia

Bahagia itu hakikatnya dari Allah. Cuma ia disandarkan melalui manusia disekeliling kita. Hebatnya Tuhan kita kan?
Suami sayangkan isteri
Ibu sayangkan anak
Adik-beradik saling menyayangi
Jiran saling menghormati
Guru dan murid saling mengasihi
Allah Maha Pencinta,
Dia sebarkan kasihNya buat segenap pelusuk alam, subhanallah
Kita bahagia bukan kerana suami, isteri, anak, jiran yang menyayangi tetapi kerana Allah titipkan rasa indah kebahagiaan itu. Allah segalanya~

Friday, May 25, 2012

Islam tidak selekeh

Islam itu hebat!
Suka melihat umat Islam gah menyusun langkah di atas muka bumi Allah. Hebat sekali. 
Suka melihat anak kecil yang tuturnya mengagungkan Tuhannya
Suka melihat ibu dan ayah yang beragama Islam mendidik anak-anaknya berbangga dengan Islam
Suka melihat huffaz yang hebat agamanya, hebat dunianya 
Suka melihat orang Islam berjubah, berkomunikasi dan bergaya dengan peralatan canggih
                 sama ada kamera, handphone, iPad, Note book, apa saja yang terkini

Suka melihat orang Islam bertudung labuh dan berstokin, mengajar anak muridnya subjek teras mahupun elektif di institusi pendidikan sama ada English, Sains, Biologi, Fizik, Kimia mahupun Matematik
Suka melihat orang Islam berkopiah, berjanggut keluar daripada kenderaan yang hebat
Suka melihat orang Islam bertudung litup, memberikan ceramah bertaraf 5 bintang di konferensi ternama 
Suka melihat doktor pakar Islam membedah pesakitnya dalam bilik pembedahan
Suka, suka, suka!!!


Ya, sangat berbangga dengan kalian dan siapa saja yang hebat menjulang agama Islam di mata dunia. 
Biar dunia melihat Islam itu tidak selekeh
Biar dunia melihat Islam itu tidak lekeh
Biar dunia melihat Islam itu bukan pengemis
Biar dunia melihat Islam itu universal
Bagaimana mahu menunjukkan sedemikian pada dunia? Ya, kitalah 'alatnya'. Kita adalah aset bagi agama kita. Muslim sebagai penyampai maklumat, penyambung warisan Nabi Muhammad s.a.w. Sejarah Islam menunjukkan Islam hebat di pandang seluruh dunia. Rasulullah hebat di pandang semua. Maka, kita perlu teruskan kehebatan itu. 

Tetapi...zuhud bagaimana? Kita punya akal yang sihat, berfikirlah secara rasional. Zuhud itu biarlah bertempat. Islam punya hak untuk diagung-agungkan kerana ia agama Allah. Kita sebagai penganut, perlu tonjolkan agama Allah. Riak pula bagaimana? Ya, riak adalah syirik kecil. Ia berlawanan dengan ikhlas. Maka, refleksi diri sangat penting. Kenapa perlu riak dengan apa yang kita ada sedangkan ia bukan pun milik kita yang hakiki! Segala yang kita ada, segala kemahiran yang kita punya...segalanya milik Allah. Fikir-fikir wahai hati beriman. Jom, tonjolkan agama Allah!

p/s: subhanallah, hebatnya Islam~

Saturday, May 5, 2012

Punya Pilihan


Bayi dalam kandungan si ibu juga diberi pilihan oleh Allah. Andai sanggup menghadapi cabaran dunia, barulah Allah tiupkan roh pada jasadnya dalam rahim si ibu. Andai tidak sanggup, berlakulah keguguran seperti yang sering kita dengar.
Kehidupan adalah pilihan. 


Misalnya, makanan di depan mata. Ya, kita punya pilihan sama ada mahu makan atau tidak. Andai dipaksa, ia juga pilihan! Mahu ikutkan paksaan atau abaikan saja. 
Tuhan kita tidak zalim. Allah sentiasa beri pilihan pada kita dalam apa jua situasi. Kenapa? Kerana DIA kurniakan kita akal yang sihat untuk memilih. Maka, pilihlah yang baik dan terbaik. Yang mendatangkan faedah. Yang menambahkan kadar pahala kita menuju akhirat. Yang boleh menjamin kita ke syurga, al-Jannah. InshaAllah

p/s: always choose to be good, young musleem~ walaupun kadang-kadang kamu tersasar...Allah pimpin kita, inshaAllah. 

Sunday, February 19, 2012

Hebatnya Jilbab

Hebatnya implikasi arahan berjilbab dari Allah! Kenapa? Sebab dari Allah! Confirm ada kebaikannya.

Jilbab maksudnya fesyen pakaian/tudung yang labuh (info tambahan). Baju dan tudung yang labuh mungkin luar biasa bagi kelompok manusia yang tidak biasa. Ia membawa personaliti yang baik bukan sebaliknya. Alhamdulillah. Banyak bezanya andai dihitungkira, dibandingbeza dengan menutup aurat biasa.

Sungguh, tidak pernah menyesal malah sangat bersyukur diberi peluang dari Allah untuk berjilbab. Hanya melalui pakaian, muslimah lebih dihormati dan disayangi. Alhamdulillah.

p/s: terima kasih buat kakak-kakak kerana sudi ambil berat! Ya Rabb, syukur atas bantuanMU yang disandarkan melalui mereka untuk menjaga kemaslahatan diri ini~

Sunday, December 11, 2011

Utamakan Yang Aula


Tolak bukan bermaksud sombong atau meninggi diri
seperti mahu menerjah langit...
Cuma...
mengutamakan yang lebih utama,
yang lebih terdahulu
kerana ia sandaran dari Allah...



p/s: Yang pertama itu istimewa kan?

Thursday, November 24, 2011

'Oversea'

Mr. C: Boleh I cakap dengan Mr. Nordin?
Asrari: Ohh sorry ayah pergi ke...errr...ke..hmm ayah saya sekarang ada di oversea!
Mr. C: Ok..ok..I call lain kali
Andai Allah tidak mewajibkan ibadah haji di Bumi Makkah, pasti umat Islam tidak berpeluang menjengah negeri orang ya!
Subhanallah, hebatnya aturan Allah, tuhan kita!
Selamat menziarah Bumi Arab, tokoh Islam terulung juga makam para anbia, tempat penuh sejarah.

p/s: Mohon izin Allah untuk ke sana juga, ameen =)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers