Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Saturday, March 17, 2012

Hehe..

Sunday, February 19, 2012

Sedar Diri

Buatlah apa saja, Allah tahu semua! Kalau tiada rasa takut, macam-macam boleh jadi.

Begitulah bila berurusan dan bekerja dalam organisasi yang diselia oleh manusia. Pelbagai kerenah, ragam dan perangai. Terimalah segalanya. Andai ada masalah, terimalah... itu adalah ujian daripada Allah ataupun mungkin kaffarah dosa lalu. Redha. Susah! Ya, sangat susah kerana berurusan dengan manusia.
Bekerjalah seperti seorang mukmin yang takut kepada tuhannya!
Tiada masalah jika sedar diri!
Sedar yang kita hanya menumpang di atas bumi.
Sedar yang Sang Pencipta sedang melihat setiap perilaku yang kita lakukan.
Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubunganNYA dengan orang tersebut (HR. Hakim)
Muhasabah. Jaga hubunganmu dengan Allah, inshaAllah Allah akan menjaga hubunganmu sesama manusia yang lain.

p/s: memanipulasi mood negatif kepada mood positif!

Tuesday, November 22, 2011

Berehat sebentar...

Tiba satu ketika kamu akan letih dengan mehnah dunia wahai insan! Terduduk di tepi jalanan yang penuh ragam. Ketenangan, kesungguhan, kekuatan yang dijinjing sebagai bekal di awal perjalanan habis digunakan sepanjang langkahan. Sekarang bagaimana? Mahu diteruskan perjalanan tetapi sudah letih terdiam, mahu berhenti di sini sajakah? Mana mungkin berhenti di sini kerana berhenti bermaksud MATI.

Hmmm~ mencari konklusi seketika.

Ya, daripada DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali. Ketenangan, kekuatan, keupayaan itu datangnya dari Allah, Tuhan yang satu! Kembali kepada fitrah asal. Andai letih menongkah arus dunia yang mencabar, balik ke fitrah insani. Jangan bongkak, takbur atau membangga diri.
Ohh tak, saya tidak pernah letih menerima dugaan saban hari! Saya sentiasa kuatdan bersemangat.
Kita adalah manusia. Manusia sifatnya tidak sempurna. Kuat, letih, gembira, sedih, sibuk, lapang, silih berganti. Tetapi bila kamu di paras bahaya, sibuk menjengah, sedih menerpa, letih melanda...jangan sekali lupa kembali ke asal iaitu Allah. DIA punya ketenangan hakiki. Mohon sedikit daripadaNYA untuk teruskan perjalanan di medan juang dunia.

BerUZLAHlah. Itu sunnah. Rasulullah beruzlah ke Gua Hira' mencari ketenangan apabila diasak oleh kejahilan kaum Musyrikin Mekah. Kita contohi Baginda. Beruzlah satu kaedah untuk baiki hubungan kita semula dengan Allah. Bila sibuk mengejar dunia, mungkin lalai kewajipan sebagai hamba hina. Muhasabah diri. Kembali mencari diri sendiri. Bila tadhiyyan (pengorbanan) tidak dinilai manusia, bila cabaran datang menduga, beruzlahlah wahai pemuda pemudi Islam. Larikan diri seketika untuk mencari ketenangan hakiki.

p/s: Masjid/surau adalah tempat yang terbaik untuk menyendiri. Alhamdulillah, di sana kutemui ketenangan itu kembali.

Friday, July 15, 2011

Sibuk sangatkah?

Abah: Kak, hari ni balik awal sikit ya...asyik balik lewat ja tiap-tiap hari...sibuknya dia...

Kakak: Masa abah keja dulu pun sibuk juga kan...lagi sibuk dari kak sekarang...ke mana tumpahnya kuah hehe...ouhhh...Nak pi survey barang ya abah? ok..ok..petang ni kak balik awal ya...
Andai masa tidak diisi dengan kesibukan, risau...masa itu terbiar ke arah kelalaian dan kemaksiatan. Kamu tahu siapa kamu dan bagaimana kamu. Makanya elakkan sesuatu yang boleh memudharatkan.

Mencari satu wadah sebagai kaedah untuk mencari redha Allah semasa melangkah di muka Bumi. InshaAllah, dalam masa yang sama mendidik diri untuk mendahulukan maslahah (kepentingan). Yang aula didahulukan. Setakat masa ini, yang aula adalah mama dan abah, seterusnya amanah Allah dalam kerjaya mendidik. Tidak mustahil, selepas ini wujud kepentingan lain yang lebih penting. Mohon Allah membantu dalam setiap taklifan yang diberikan, inshaAllah.
Jangan kesibukan itu menjadi debu yang berterbangan sia-sia tidak bermakna
p/s: senyum!!!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers