Friday, January 15, 2010

Pencarian bermula


Mengajar untuk belajar
Redha DIA ku pohon selalu
Rahmat DIA ku nanti tiap waktu
Hanya DIA yang tahu
Kuatlah wahai hatiku
Moga pencarian itu dipertemukan buatku
~ Asrari

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS 2) dan praktikum yang mengambil masa kira-kira 16 minggu telah bermula. Langkah sedang diatur dalam pencarian ini. Datang dari sekolah dan kini kembali ke sekolah semula namun dengan taklifan berbeza. Pendidik. Bukan mudah, tapi berusahalah. Buka minda, buka hati!

Dalam menyelusuri pencarian redha Yang Esa, blog ini mungkin tidak dapat dikemaskini sekerap sebelum ini. Insyaallah, jika berpeluang untuk menulis, entri akan dipos jua. Doakan saya dalam pencarian redha Allah s.w.t.


Buat sahabat sahabiah yang turut serta dalam motif pencarian yang serupa, berusahalah. Allah mengira setiap langkah dan tangga perjuangan kita, Insyaallah.

Saturday, January 9, 2010

Dilema hidup

Salah tafsiran...
Memberi itu mengurangkan. Kita yang susah-susah mencari, dia pula senang-senang mendapat. Bagaimana seseorang boleh suka akan sifat ini?

Fahami konsep memberi...
Realiti, fitrah kehidupan tidak begitu. Memberi tidak akan mengurangkan. Hukama mengatakan, harta milik kita yang hakiki ialah harta yang diberi ke jalan Allah. Yang lain, kita hanya tukang simpan, bila kita mati harta itu ditinggalkan segala. Pakar motivasi turut bersetuju bahawa memberi lebih menggembirakan daripada menerima. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, begitu maksud hadis. Kenapa tidak percaya dengan janji Allah?
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga." (Al-Israa' 17:7)
Perguruan...
Kerjaya guru memang sinonim dengan konsep memberi. Tugasnya memang untuk memberi dan berkongsi. Kita mesti sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain beerti memberi kepada diri sendiri walaupun itu bukan niat ketika kita mula memberi. Kita memberi kerana Allah memberi. Mencontohi Allah al-Wahhab!
Istilah 'give and take' dimulakan dengan perkataan memberi (give) dan diikuti dengan perkataan menerima (take) bukan sebaliknya. Benar. Bila kita memberi, kemudian barulah kita menerima. Kalau kita memberi, pasti ada yang menerima tetapi kalau semua tunggu untuk menerima, siapa yang hendak memberi?

Dilema praktikum...
Bukan berbicara tentang 10 jam kredit semata-mata tetapi mengajar diri mengenal dunia perguruan. Kehidupan baru bermula dengan langkah ini. Segalanya ada di sana. Bagaimana pergaulan dengan guru-guru? Bagaimana pergaulan dengan pihak sekolah? Bagaimana pergaulan dengan pelajar sekolah? Yang paling utama, bagaimana pergaulan dan hubungan diri dengan Allah?
"Ala...praktikum dah nak start dah...aku nervous la..."
"Kamu dah sedia ke nak praktikum ni?"
"Korang dah prepare ke?"
"Macam tak ready lagi je nak jadi cikgu nie...huhu"
"Betul ke nak jadi cikgu nie?"
Jika masih ada keraguan dalam diri, kikislah ia. Kata orang, kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita dapat. Insyaallah, moga Allah terus meminjamkan sedikit kekuatanNYA kepada kita untuk mengasah diri menjadi hambaNYa yang sentiasa ingin memberi.

Ceriakanlah kembali diri dengan memberi. Memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan diri tetapi memberi kerana Allah. Ya, kita akan lebih banyak menerima jika kita memberi bukan untuk menerima. Apa yang hendak diberi? When there is will, there is a way! Doa juga salah satu pemberian.

p/s: Perkongsian buat semua sahabat-sahabat yang bakal menempuh sesi praktikum 18 Januari 2010. Good luck for you guys. Miss you all =)

Friday, January 8, 2010

Ikan sepat vs ikan puyu

Entri kali ini berkaitan dengan aktiviti pada cuti semester lepas (bulan Disember, 2009). Memang menarik sebab kebetulan musim padi sedang menguning. Subhanallah, memang cantik! Kuasa Allah tiada tandingan. Hanya sesiapa yang menyedari akan merasa sangat dekat denganNya. Bila padi sedang masak, ikan dalam bendang pun banyak. Apa lagi, jom menyauk ikan!!!

"Kak, nak guna apa nak sauk ikan nie?? Hmmm...takkan nak korek guna tangan ja..."
"Tuuu...kipas tu dah rosak kan cik, amek cover kipas tu la untuk sauk ikan....hehe....pi minta izin kat makngah dulu..."
"hentam la...janji boleh sauk...haha...". Petang tu memang rezeki kami adik beradik nak menyauk ikan. Riuh bendang sebelah rumah makngah dengan suara adik-adik sepupu.

Penggunaan alat menyauk di dalam gambar di atas tidak dibenarkan sama sekali. Hehe..tetapi sebab dah takde alat yang sepatutnya, guna la apa yang ada depan mata...bak kata pepatah, tiada rotan akar pun berguna. Sentiasa berfikiran kreatif.

"Cepat abang cik, ikan sepat tu melompat!"
"Cik, sana ada ikan!"
"Alamak, lintah la!!"
"Abang cik, sini!"

Macam-macam gelagat adik-adik sepupu di bendang petang tu. Seronok dapat berkumpul setiap kali cuti sekolah dengan semua. Moga kalian sentiasa dirahmati Allah. Cepat besar ye adik-adikku, moga jadi insan yang dibangga ibu ayah, ameen. Mama dengan abah pun ada sekali sambil berkongsi cerita dulu-dulu.


Tukar selera! Asyik makan ayam je tiap hari, jom kita ubah selera. Best juga kekadang kita makan lauk yang simple tapi sedap. Menu kami malam tu gulai/kari ikan, sayur manis, petai bakar, ulaman, sambal belacan dan ikan sepat, ikan puyu goreng.

Esoknya, kami meneruskan misi yang masih belum selesai.
"Cik, hari ni kita nak buat apa lagi cik?"
"Kak, jom mandi parit la plak...hehe...ishh, tapi adik-adik kecik ramai la plak...bahaya kan kak..."
"Tau takpa...tak payah la...cik menjala la plak..."
"Ok gak tu, jom!"

Bukan senang nak menjala ni. Pada yang pakar memang takde masalah. Tapi yang tak biasa, kena belajar dulu nak tebar jala bagi terbuka, kalau tak terbuka macamana ikan nak di terperangkap dalam jala. Menjala hasilnya lebih banyak berbanding cara yang lain. Kekadang, ikan haruan pun boleh dapat kalau ada rezeki.

Inilah antara aktiviti yang boleh dibuat di kampung Tanjong Piandang, Parit Buntar, Perak.
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers