Sunday, July 22, 2012

2 Ramadhan

Alhamdulillah, hebat Allah!
Banyak-banyak minggu yang masih berbaki dalam tahun 2012, Allah letakkan nama dalam senarai guru bertugas di minggu pertama bulan Ramadhan. Lega. Input buat pelajar lebih terkesan kerana masih di permulaan, 2 Ramadhan.
Alhamdulillah, hampir 1500 pelajar memberi fokus pada isi pengucapan walaupun separuh daripada angka tersebut adalah non-Muslim. Islam itu universal. Mudah diterima. Inputnya tidak berat. Sekadar tips untuk pelajar lebih bersemangat dan bertenaga untuk terus melangkah ke sekolah setiap pagi. Harap berguna. Antara perkongsian pagi tadi;
"Pada zaman Rasulullah s.a.w, Baginda bersama para sahabat berperang ketika bulan Ramadhan. Malah mencapai kemenangan dalam perang tersebut! Letih berpuasa tidak boleh jadikan alasan untuk tidak membuat kerja harian atau kerja rumah"
Sempat berkempen. Sengaja ingin meraikan kemeriahan Ramadhan.
"Sempena meraikan kedatangan bulan penuh barakah, Cikgu harap semua pelajar lelaki Muslim yang ada songkok boleh pakai ramai-ramai. Tahniah yang dah pakai hari ni...alhamdulillah. Yang lain pun boleh pakai, inshaAllah. Baru nampak hensem! Untuk pelajar perempuan Muslim pula tolong hormati bulan Ramadhan, jaga aurat dan tingkah laku"
Mereka dahagakan kata-kata yang baik, kata-kata yang indah. Diam serta khusyuk mendengar termasuklah pelajar non-Muslim.


p/s: haihhh kamu semua dengar apa yang Cikgu cakap atau kamu tengok Cikgu saja ni? hehehe =P

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers