Showing posts with label Pengalaman Guru Novis. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Guru Novis. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

Hempedu ka berudu?

Seronok berkongsi ilmu dengan mereka hari ini. Alhamdulillah. 80 minit padat dengan input berkaitan ekosistem dinamik Bab 8, bab terakhir untuk tahun ini! Sempat juga membuat lawatan kenali organisma baru di taman sekolah. You did great job guys! 

Khusyuk memberi penerangan berkaitan komuniti dalam kolam. Ikan, teratai, oksigen, karbon dioksida, fotosintesis..bla...bla...bla... Tiba-tiba pelajar India bertanya...
Pelajar: Yang itu anak katak hempedu ya teacher? (kebetulan bab sistem pencernaan baru selesai sebelumnya)
Cikgu: Aihhh...itu bukan hempedu!! hempedu dalam sistem pencernaan, dalam badan kita (Pelajar lain semua dah mula ketawa berdekah-dekah...)
Cikgu: Itu berudu...tadpole my dear~ (sambil tersenyum...)
p/s: macam-macam...hehe

Sunday, July 22, 2012

2 Ramadhan

Alhamdulillah, hebat Allah!
Banyak-banyak minggu yang masih berbaki dalam tahun 2012, Allah letakkan nama dalam senarai guru bertugas di minggu pertama bulan Ramadhan. Lega. Input buat pelajar lebih terkesan kerana masih di permulaan, 2 Ramadhan.
Alhamdulillah, hampir 1500 pelajar memberi fokus pada isi pengucapan walaupun separuh daripada angka tersebut adalah non-Muslim. Islam itu universal. Mudah diterima. Inputnya tidak berat. Sekadar tips untuk pelajar lebih bersemangat dan bertenaga untuk terus melangkah ke sekolah setiap pagi. Harap berguna. Antara perkongsian pagi tadi;
"Pada zaman Rasulullah s.a.w, Baginda bersama para sahabat berperang ketika bulan Ramadhan. Malah mencapai kemenangan dalam perang tersebut! Letih berpuasa tidak boleh jadikan alasan untuk tidak membuat kerja harian atau kerja rumah"
Sempat berkempen. Sengaja ingin meraikan kemeriahan Ramadhan.
"Sempena meraikan kedatangan bulan penuh barakah, Cikgu harap semua pelajar lelaki Muslim yang ada songkok boleh pakai ramai-ramai. Tahniah yang dah pakai hari ni...alhamdulillah. Yang lain pun boleh pakai, inshaAllah. Baru nampak hensem! Untuk pelajar perempuan Muslim pula tolong hormati bulan Ramadhan, jaga aurat dan tingkah laku"
Mereka dahagakan kata-kata yang baik, kata-kata yang indah. Diam serta khusyuk mendengar termasuklah pelajar non-Muslim.


p/s: haihhh kamu semua dengar apa yang Cikgu cakap atau kamu tengok Cikgu saja ni? hehehe =P

Thursday, June 14, 2012

Satu Ciuman

"chuuuppp!" Melekat satu ciuman di pipi.
"hah?!" Terkelu.
Erk...tak sempat nak kata apa-apa. Senyumannya di balas walaupun masih terkejut.
"Kenapa cium Teacher?" 
Soalan itu diungkap di dalam hati. Tidak sempat mulut bertanya, dia dah berlalu pergi dengan pantas sambil lari-lari anak. Memang menjadi kebiasaan pelajar perempuan bersalaman seusai kelas berlangsung. Pelajar seterusnya pula ambil turn untuk bersalaman.

Siapa tu? 
Salah seorang daripada 10 pelajar perempuan dalam kelas tingkatan 2. 2 hari terima nasihat mungkin berkesan di hatinya dan itu mungkin tindak balas positif! 
Apabila menerima nasihat dengan cara yang baik dan berhikmah, mungkin penerimaan mereka lebih positif. Seperti kakak menasihati adik. Tersenyum. 
"Macam-macam budak-budak ni..."


Monday, June 11, 2012

Prestasi Menurun

Lebih kurang 20-30 minit digunakan untuk menasihati pelajar hari ini. Ya, menasihat bukan membebel. Bila ada keperluan, sesi ini sangat diperlukan supaya mereka mereflek dan muhasabah diri. Cukup masa yang diperuntukkan itu, alhamdulillah. Kalau dipanjangkan lagi, itu dah dikira membebel. Pelajar TIDAK SUKA. 
"Cikgu membebel? Hmmm...ala..biasalah tu... Di rumah lagi teruk aku kena bebel...cikgu nak bebel, apa sangat nak kisah! huh!"
Begitulah penerimaan pelajar. Kata-kata itu dikongsi oleh seorang guru berpengalaman suatu ketika dahulu. 


Apa yang dinasihatkan? Antaranya...
"Cikgu tidak suka guna perkataan-perkataan yang negatif dan tidak baik kepada kamu semua. Kamu suka kalau Cikgu guna perkataan 'bodoh', 'bangang', 'lemah', 'kurang ajar', suka? suka? Kata-kata yang negatif tidak baik untuk pembentukan hati kamu sebagai seorang pelajar. Kamu akan rasa rendah diri, tidak bersemangat. Kata yang keluar daripada mulut seorang guru adalah doa. Sebab itulah Cikgu tidak suka marah, berleter, guna kata yang tidak baik. Makanya, ubah diri kamu semua. Pelajar yang cemerlang kalau prestasi menurun maknanya sikap kamu yang tidak kena. Betulkan attitude kamu. Hormati guru sebaiknya"
Alhamdulillah, pendekatan ini nampaknya berkesan. Bagaimana tahu berkesan?


Seusai kelas, pelajar perempuan datang bersalaman dan salah seorangnya memohon maaf. Dalam hati terdetik, Ya Allah, mohon kata-kata nasihat yang ku berikan itu masuk ke hati mereka supaya mereka lebih mencintai ilmu~


Seorang lagi pelajar lelaki...
P: Teacher, boleh tambah markah nak naikkan gred tak? (sambil sengih-sengih macam kerang busuk)
C: Nak tambah? Mai sini Teacher nak tengok (faham sangat dengan perangainya, sangat minat dengan sukan, tapi pelajarannya masih dijaga baik. Keputusannya ok! alhamdulillah, lebih baik daripada jangkaan)
P: Ala...boleh la Teacher..
C: Ha, tiru dak ni? (saja pasang perangkap)
P: Alaa...(rasa bersalah) Teacher, saya tiru satu ni saja 5 markah....ok2, Teacher potong la 5 markah saya...
C: Ha, tengok....Teacher tahu kalau kamu tiru...
Alhamdulillah, syukur. Eh, pelajar meniru pun suka? Bukan... Empati. Niat sebenar dia datang bertanya bukanlah kerana mahukan gred yang lebih baik. Sebenarnya dia mahu maklumkan yang dia telah meniru dan dia tahu itu tidak baik, tidak berkat. 


Buat pelajarku sayang...Teacher doakan kalian berjaya.


p/s: panjang entri kali ni ya! hehe =)





Wednesday, April 25, 2012

Kenalan Baru

Sementara menunggu pelajar-pelajar berbincang dalam aktiviti berkumpulan, sengaja mendekati mereka. Perbualan agak lama (kira-kira 30minit -1 jam). Great sharing with them, its such a lovely conversation. Dari kiri Mrs. Lai dari Georgetown, Penang bekas akauntan bank, di tengah, adik ipar Mrs. Lai yang datang bercuti dari England bekerja sebagai arkitek (umur mereka berdua dalam lingkungan 77tahun) dan paling kanan Hayat dari Perancis datang ke Malaysia untuk bercuti selama 5 hari (mengembara dalam Asia dalam jangka masa 15hari).

Mrs. Lai: Hey, you can speak English very well, fluently! 
Me: Not really but I'm trying to 
Orang Islam tidak lemah. Kita juga hebat! Bangga mewakilkan diri sebagai seorang Muslim yang mampu berbicara dengan mereka. Kenapa? Pakai tudung litup, berkopiah dan berserban tak pandai cakap Bahasa Inggeris? Alaaa...bukan susah pun. Cakap saja!

Suai kenal. Jangan takut mulakan perbualan dengan orang yang berbeza bahasanya. Then, you'll improve yourself students!

Perkhemahan KPA 2012

Perancangan sangat penting sebelum sesuatu event berlangsung. Berjaya atau tidak sesuatu program dilihat daripada bagaimana perancangan disusun. Semua aspek termasuk pengangkutan, kewangan, keselamatan, peserta dan lain-lain. 

Cenderahati tanda terima kasih atas jemputan. Alhamdulillah. 

Seronok melihat mereka semua tersenyum. TQ my lovely students~

Saturday, March 31, 2012

Pelbagai rasa


Semasa tercetus idea
Bersemangat
Excited
Pelbagai idea / cadangan tercipta
Gembira
Mencipta dimensi baru
Apabila Allah titipkan idea bagi menjalankan program hebat ini buat pelajar, itulah rasanya. Dalam usaha membuka minda para pelajar untuk mendekatkan diri dengan dunia luar yang penuh cabaran. Padang Serai tiada apa-apa. Luar sana lebih hebat!

Sebelum program berlangsung
Tertekan
Tercabar
Putus asa
Keletihan
Tidak dihargai
Tidak dihormati
Sedih
Lemah
Kerdil
Tiada apa-apa
Semangat yang tinggi turun mendadak.
Apabila susah, payah, jerit, perih mula menyelit...itulah sebahagian rasa yang ada.

Semasa program berlangsung
Berhati-hati
Waspada dalam setiap tingkah
Bersyukur
Gembira
Letih
Berbaloi

Kembara Ilmu @ Tour of University selesai. Senyum mengiringi setiap fasa pelaksanaan program ini. Tadhiyyah yang diberi bukan apa-apa. Cuma ingin belajar sesuatu yang baru sebagai pengalaman hidup dan... alasan yang paling kukuh adalah kerana mereka, para PELAJAR. Minda mereka perlu dibuka. Allah suka makhlukNYA menghargai dan menikmati dunia ciptaanNYA. Solat hajat, doa dan sujud syukur mengiring, alhamdulillah...betapa Allah Maha Pemurah~ Hebat Tuhan kita =)

Friday, March 16, 2012

Semangat!

Seminggu bercuti.
Hilangkan semua kesan negatif.
Padamkan semuanya.

Cetuskan semula semangat!
Pelajar-pelajar menjadi subjek utama pembakar semangat.
Jom, teruskan perjuangan yang baru bermula!

Wahai pemuda pemudi agama, teruskan bersemangat.
Allah mengira setiap langkah dan tingkahmu, inshaAllah.
Keep smiling =)

Monday, January 30, 2012

Optimus Prime VS Prime Number

Tahun kedua mengajar subjek Matematik Tingkatan 1 tidak lagi menyesakkan. Alhamdulillah. Dah bijak kawal segala sudut termasuk content, kawalan kelas...dan yang paling penting menarik minat pelajar untuk belajar setiap kali kelas berlangsung! I'm not major in Math but really enjoy teaching them, Alhamdulillah~ They are so innocent aaaaaaaaand CUTE! hehe

Topik hari ini, Nombor Perdana. Apa set induksi yang sesuai ya? Hmm...tiba-tiba Allah ilhamkan robot yang famous di atas tu...Panjang lebar diskusi tentang watak tu sebelum p&p sebenar berlangsung~
Cikgu: "Ha...kita nak belajar nombor perdana hari ini sebenarnya...ada kaitan tak?"
Pelajar-pelajar: "La...hahahaha...ada-ada...Perkataan PRIME la cikgu!"
Serious, they are so cute!
Ya Allah, titipkan kecemerlangan buat mereka kerana dengan ilmu yang disampaikan (walau di mana saja ilmu diperolehi) mampu meningkatkan darjat mereka...inshaAllah mereka bakal mengagungkanMu ya Rabb~


Monday, January 2, 2012

Tirai Tahun Kedua Di Buka

Bacaan Yassin mendahului langkah yang bakal disusun esok dan seterusnya. Bermulanya perjuangan untuk tahun kedua. Kenapa? Hilang semangatkah? Tak, tidak mungkin semangat itu hilang kerana perjuangan baru bermula. Pencarian redha Allah akan diteruskan lagi untuk tahun ini. Bukan mudah, pasti! Maka perlu tegar dengan mehnah juga cabaran.

Mendidik bukan senang. Perlu hebat mengatur langkah supaya tidak tergelincir semasa mengutip cebisan-cebisan pengalaman. Ingat, mendidik adalah sunnah Rasulullah. Teruskan mengukir senyuman dalam mendidik jiwa cilik Islam~

Allah always be with you, young mujahidah! Be strong & move forward!
Bismillahirrahmanirrahim~

Saturday, December 24, 2011

Cikgu oH cikgu

Siapa kata jadi cikgu SENANG?
Bila kamu jadi cikgu..
Baru kamu tau susahnye jadi cikgu..
Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak pecah kepala.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd PENYANYI..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah dlm kelas.. cikgu jd TUKANG SAPU..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time perkhemahan.. cikgu jd MASTERCHEF..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK SARKIS..
Time budak HISTERIA.. cikgu jd TOK BOMOH..
Semuanya ada pada CIKGU =]

Copy paste from someone else~ TQ

Friday, August 12, 2011

Tak over

Kira-kira jam 6 pagi~ Subhanallah, pelajar di SMK panglima Bukit Gantang. She's very active and excellent student. Ketahuilah wahai adik-adikku...belajar itu ganjarannya sangat besar. Kalian sedang menuntut sebahagian daripada ilmu-ilmu Allah. Dan, Allah sangat suka pada hati-hati yang dekat dengan ilmu.

Hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (Hadith Riwayat Ibn Abdulbari)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)

Sunday, August 7, 2011

Susahlah jadi guru...

Bidang perguruan susah la...banyak sangat kerjanya...belum selesai yang itu, sudah datang yang lain...tak sempat nak berehat-rehat...
Ya, memang bidang ini susah
Ya, memang landasan ini payah
Memang betul!
Makanya, hanya individu terpilih saja yang mampu berada di jalan ini
Dan yang terpilih itu adalah kamu
Siapa? Kamu! Ya, kamu!
Memang kamu layak di sini
Allah memberikan sesuatu berdasarkan keupayaan hambaNYA
Ala...ramai lagi yang boleh jadi cikgu sebenarnya...
Ramai? Siapa? Maksud kamu siapa? Siapa pun yang kamu senaraikan, mereka tidak mampu menjalankan amanah itu selain yang sememangnya ada di landasan ini...Ya, kamu! Kamu lagi!

Kamu layak di sini, jangan ragu lagi. Tugas guru bukan sembarangan. InshaAllah, setiap tadhiyyah (pengorbanan) yang kamu berikan Allah kira setiap satunya kerana Allah Maha Mengetahui. Ganjarannya sangat hebat menanti di akhirat kelak. Ingat, kita hidup bukan hanya di dunia, makanya kita perlu kutip bekalan untuk akhirat nanti dan inshaAllah landasan perguruan adalah tempat semaian amal kebaikan, buahnya (pahala) akan kita tuai di sana nanti!

p/s: sabarlah wahai guru, kalian sentiasa dalam pemeliharaan Allah, inshaAllah~

Thursday, August 4, 2011

Buku, Pensel, Pemadam

Budaya: Malas
Malas ke sekolah, malas belajar, malas mendengar nasihat a.k.a leteran guru, malas menulis, malas menjawab soalan guru. Mudahkan cerita, datang ke sekolah disebabkan suruhan ibu bapa semata-mata. Kalau tidak hadir, akan 'sakit' di'kerja'kan ayah. Makanya, datang jugalah ke sekolah. Namun, dalam seminggu, pasti ada hari ponteng. Beg yang digalas ringan seperti kapas isinya.

Alasannya :
Cikgu, kalau kami bawa macam-macam, nanti hilang...kawan lain ambil. Depa suka pinjam, tak minta, lepas tu hilang macam tu saja...
Begitulah situasinya. Sebagai alternatif, buku latihan, buku contoh soalan semuanya dikutip sebaik sahaja selesai p&p berlangsung. Hinggakan pensel 2B juga disediakan untuk menulis.

Insiden kecil. Subhanallah...gembiranya di hati apabila seorang pelajar yang memang dulunya tidak berminat untuk belajar...tiada pensel, tiada kotak pensel, tiada apa di dalam beg...hanya satu dua jenis buku saja yang ada...tiba-tiba mengeluarkan pemadam daripada poket....subhanallah! Keinginannya sudah ada untuk belajar.
"Ha, dah bawa pemadam..." (alhamdulillah, pujian kepada Allah menyahut di dalam hati). Ya Allah, ku mohon kekuatan untuk mendidik mereka untuk terus mengenali ilmuMU...Bantu diri ini Ya Rabb~
p/s: pembaris juga perlu disediakan barangkali *senyum*

Friday, July 22, 2011

Nikmatnya...Subhanallah

"Datang tau hari Khamis nanti, jangan tak datang...InshaAllah pengisiannya tidak bosan. Kamu semua mesti suka...Cikgu pun akan bermalam sama-sama dengan kamu semua. Datang ya!"
Pujukan di atas bertalu-talu diucapkan sepanjang minggu lepas setiap kali bersua muka dengan mereka. Biarlah letih mengeluarkan kata-kata itu demi memujuk mereka, biar letih memanjat tangga ke kelas mereka walau bukan sesi p&p biasa.
Bagi pelajar, program pemantapan rohani (majlis ilmu) tidak langsung menyeronokkan, bosan malah menyusahkan. Pelbagai alasan boleh dinyatakan untuk mengelakkan diri. Kenapa perlu bersusah-payah? Kerana di sudut hati yang paling dalam, merasakan amanah Allah terletak di bahu ini.
Apa yang kamu usahakan untuk membantu pejuang cilik Islam dalam mengenal Allah dan agama Islam?
Kem Ibadah sesi ke-2 pelajar puteri (menengah atas) s
elesai sekitar jam 11 pagi hari Jumaat. Slot terakhir, peserta memohon restu dari semua guru-guru. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kesannya boleh dilihat dari perlakuan mereka. Nikmatnya...subhanallah! Gembira melihat seorang demi seorang pelajar yang dipujuk rupanya hadir ke majlis ilmu ini. Mereka bersalaman dengan guru lain hingga ada yang mengalir air mata. Alhamdulillah, hati kecil mereka tidak banyak sedikit terkesan dengan pengisian rohani (majlis ilmu) yang diberikan. Ya, pujukan rupanya mampu memujuk hati mereka. InshaAllah, mohon ada kebaikan yang kamu semua kutip sepanjang 2 hari 1 malam yang lalu. Cikgu-cikgu dan ustazah-ustazah sentiasa mendoakan kejayaan kamu di dunia & di akhirat wahai mujahidah cilik Sempas, kalian sangat berpotensi tinggi, sungguh! ~
Ya Allah, kurniakanlah kepadaku pekerjaan guru yang mulia ini sebagai wadah buatku beribadah kepadamu dalam mendidik hati-hati kecil Islam, pejuang Islam, serikandi Islam supaya mereka menjadi pejuang hebat yang bangga dengan agamaMU, ameen~
Bila niat ikhlas kerana Dia, beban itu akan terhapus seperti awan lalu dihembus angin petang.
InshaAllah.

p/s: Kita tidak layak untuk menilai dan menghukum individu lain walau mereka melakukan dosa kepada Allah. Keampunan adalah milik Allah. Siapa tahu, mereka yang kita hukum mendapat hidayah Allah dan mati ketika beriman kepada Allah Yang Maha Esa

Sunday, June 19, 2011

Mereka ada kekuatan tersendiri

Pelajar: "Cikgu, hari ini ada kelas dengan cikgu kan? Hmmm, tapi kami tak mahu tulis-tulis..."

Cikgu: "Ok..ok.. Kita main game hari ini"

Pelajar: "Ha...game kami nak la..."
Untuk duduk di atas kerusi selama 40minit tanpa bergerak, tanpa bercakap dan hanya mendengar sangat mustahil bagi kelas 5MPV. Kecenderungan mereka lebih kepada teknik dan kemahiran melakukan projek. Sebagai guru novis, idea-idea baru sangat diperlukan dalam proses menimba pengalaman.

"Kamu jangan terbiasa dengan guru-guru berpengalaman yang lebih gemar dengan P&P komunikasi satu hala. Kamu perlu ubahsuai, pelbagaikan kaedah pengajaran" bisik hati sendiri.

Subhanallah~ bersungguh-sungguh mereka semua menyelesaikan tugasan...
(tersenyum sendirian)

Subhanallah, kamu semua memang berpotensi besar untuk berjaya. Ya, kamu pasti berjaya! Cikgu doakan kamu berjaya di dunia dan akhirat, InshaAllah.

p/s: Hmmm~ minggu lepas dah main teka-teki, minggu ni dah main kuiz optikal dan tayangan video En. Matlutfi, minggu depan apa pula ya??

Friday, June 17, 2011

Bukalah hati kita

"Dia bagitahu saya, dia tak minat jadi cikgu tetapi sebenarnya dia nak jadi ahli bomba!"
Zuuuuppp! Allahuakbar... Terkesima.
Penampilan Cikgu C memang mempunyai ciri-ciri, pesona atau aura seorang guru yang baik walaupun masih menjalani praktikum di sekolah. Rupanya... hatinya tiada untuk amanah itu. 4 tahun dilatih untuk menjadi guru secara terlatih di institusi pendidikan masih tidak mampu untuk mengikis perasaan tidak berminat itu. Tidak mencari salah sesiapa, tidak menuding jari ke mana-mana, tidak sekali!
Kini, realiti sebenar memang begitu. Jika di tanya pada junior, banyak kes yang mengatakan mereka tidak minat untuk menjadi guru tetapi diterima masuk di institusi perguruan. Kenapa jadi begini? Ada yang sungguh-sungguh berminat menjadi guru namun tidak tersenarai dalam senarai pelajar bidang pendidikan manakala yang tidak berminat pula wujud di situ walaupun telah berterus-terang semasa ditemuduga.
"Encik, saya memang tidak berminat untuk jadi cikgu. Saya pun tak pasti macam mana saya boleh apply lepas SPM hari tu..."
Apa aturan Allah sebenarnya? Berfikir, berfikir dan terus berfikir. Adakah Allah mahu menunjukkan kekuasaanNYA kepada kita agar berfikir dan menerima apa yang diamanahkan dengan baik? Adakah Allah mahu meletakkan guru-guru yang tidak berminat menjadi guru di sekolah supaya pengurusan di sekolah semakin kucar-kacir dengan pelbagai isu negatif kerana kita sekarang di akhir zaman? Ilmu Allah semakin banyak diangkat semula ke langitNYA yang luas. Guru bermasalah, guru ini...guru itu.. Bagaimana dengan anak-anak didik yang dahagakan ilmu itu untuk generasi akan datang? Astaghfirullah... Akal kita sangat terbatas. Mohon Allah uruskan segalanya dengan baik, inshaAllah kerana Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segala yang telah, sedang dan akan berlaku.

Bila kita lakukan sesuatu dengan terpaksa, hasilnya sangat tidak menyenangkan malah menyesakkan diri sendiri. Ikhlas itu tidak wujud. Tiada hati. Wahai guru novis, sahabat serta adik-adik yang bakal memasuki bidang pendidikan secara rasmi juga tidak terkecuali kepada diri sendiri...jom, sama-sama kita buka hati. Terimalah amanah ini sebaik mungkin. Kikislah perasaan tiada hati itu sedikit demi sedikit. Pupuklah rasa nikmat memberi hari demi hari tanpa rasa bosan. Kenapa? Kerana tugas mendidik adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Manakan tidak, dengan lahirnya Rasulullah s.a.w, baginda berjaya mendidik tamadun yang tidak bermoral sehingga menjadi tamadun yang disegani dunia. Subhanallah...dalam keadaan sedar atau tidak sebenarnya semua guru di dunia ini melaksanakan sunnah nabi saban hari, sepanjang tahun.

Dengan rasa gembira, ingin berkongsi bersama kalian berkenaan buku di atas. Perkongsiannya sangat menarik untuk mendidik hati supaya terus memberi khas buat guru-guru baru. Andai ada masa terluang, wang yang masih berbaik...milikilah buku di atas. Harga: RM19.90, Halaman: 207. Terbitan: MustRead Sdn. Bhd. Syukran buat sahabat, Nurul Izzati atas cadangan supaya memiliki buku bermanfaat ini. Proses membedah buku ini masih berlangsung, alhamdulillah. Inputnya sangat berguna kerana saya, kamu, dia, mereka yang juga belum sempurna dalam mendidik hati agar terus ikhlas. Jom, ikhlaskan hati!

p/s: cuba sedaya upaya untuk memahami situasi cikgu C, empati. Saya doakan moga Allah bukakan hati kamu untuk terus bermujahadah di jalan ini, ameen. Allah pasti bantu kamu~ *big smile*

Wednesday, May 11, 2011

Good Luck~

(Kertas pertama untuk pelajar Tingkatan 4: Kelas 4A)

Salam imtihan buat pelajar-pelajar SMKPS sempena Peperiksaan Pertengahan Tahun~
Moga Allah memberkati ilmu yang kalian dapat...
To my dear Biology students: Wishing you all the best,
next time no more hints/spots questions ok...hehe

Good Luck~

Friday, April 15, 2011

Interview kali kedua

13 April 2011 (Rabu)
Persediaan: Sibuk macam mana pun, hati akan sedikit tenang dengan adanya usaha walau tidak seberapa. Walaupun ada banyak taklifan yang menuntut di hari terakhir berada di sekolah tetapi fokus utama ditujukan pada Interview Spp pada 14 April yang lalu.
4 in 1. Buku ringkasan perlu disiapkan untuk dihantar kepada GKSM, persediaan interview yang tidak seberapa berbanding interview Kpm yang lalu, topi itu kerana bekerja di padang bagi Kejohanan Bola Baling MSSK DKBB yang berlangsung 2 hari di sekolah dan skrip jawapan Ujian 2 yang menanti untuk disemak. Kalut. Utamakan yang paling utama.

14 April 2011 (Khamis)
Ruang legar tingkat 2 Hotel Emarald Puteri, Sg Petani. Cantik & kemas. Semua interviewee menunggu giliran untuk semakan fail masing-masing.

Kumpulan pertama sedang di temuduga.
Hampir 1 jam mereka di dalam sana. Entah apa yang dibincangkan.

Kumpulan kedua.
Borang yang bakal diisi oleh penemuduga, Encik Wan Hamzah B Wan Daud
selaku Pengerusi Lembaga Temuduga.


Alhamdulillah~ Segalanya telah selesai. Mohon Allah memberkati tiap langkah yang disusun. InshaAllah. Credit to my dear abah for accompany me. May Allah showers HIS blessing towards you :)

p/s: Syukran kathir buat semua staf di SMKPS yang mendoakan termasuklah cikgu-cikgu, kakak-kakak di pejabat (kak lisa, TQ atas titipan doa ya) juga kakak-kakak pembantu makmal.
Moga Allah merahmati kalian semua...ameen~

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers