Wednesday, May 15, 2013

Buku...



Bab terakhir masih berbaki. Hebat pengisiannya. Walaupun sejak azali tidak berapa meminati sejarah tetapi apa yang berkaitan perjuangan Islam pasti memberikan sesuatu yang hebat. Sangat hebat.

Hanya 2 hari untuk kenali siapa dia Muhammad Al-Fateh. Subhanallah...pahlawan Islam bukan sembarangan. Mereka dilindungi Allah sepenuhnya. 

Moga ia menjadi didikan awal buat Mukmin di alam rahim, In Shaa Allah. Mukmin bergerak-gerak setiap kali muka surat diselak. Daripada Sultan Muhammad Al-Fateh di usia kanak-kanak hinggalah berjaya menawan kota mahsyur Konstatinopel (Istanbul). 


Siri pahlawan Islam yang bakal dimiliki! Hmmm...sempat tak nak habiskan bacaan sebelum Mukmin lahir eh??!! :D


Sunday, April 28, 2013

Rupanya....

Ooohh rupanya kehamilan boleh menyebabkan si ibu terdedah kepada risiko kecederaan atau kemalangan lebih tinggi!

Hmmm....badan tidak stabil ketika berdiri dan bergerak
Hati-hati wahai ibu hamil
In shaa Allah
Tawakkal tu 'ala Allah
Moga Allah memelihara kesihatan dan keselamatan ibu-ibu yang hamil di muka bumi dalam melahirkan generasi Islam, bakal pejuang Islam!

p/s: seriau! banyakkan berdoa, jom! =D

Wednesday, March 13, 2013

Perubahan

Manusia perlu berubah
Perubahan itu penting
Berubah supaya menjadi lebih baik

Perubahan fasa kehidupan menjadikan seseorang lebih matang
Bukan mudah!
Tetapi amanah!

Mohon pimpinan dariNYA~

p/s: sendiri --> berdua --> bertiga (in shaa allah)

Tuesday, February 19, 2013

Alah

Hebat nasihat seorang Ustaz dalam sebuah ceramah di tv.
Allah menghantar malaikatnya bagi mendoakan ibu yang sedang hamil. Malaikat tersebut tidak akan berhenti-henti memohon keampunan bagi menghapuskan segala dosa si ibu dari Allah s.w.t. Sebab itulah...bila si ibu lahirkan bayi, mereka akan bersih dari sebarang dosa!

Subhanallah...
Nasihat itu memberi kekuatan untuk terus berjuang dalam situasi trisemester pertama!
Mencabar! Pengalaman pertama. In shaa Allah, Allah ada.

p/s: sabar ya...

Tuesday, January 1, 2013

Suri

Alhamdulillah....
Allah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi
Setiap satu yang berlaku pasti yang terbaik
Dan semestinya yang paling sesuai buatmu

30hb Disember 2012, 01hb November 2012, 03hb November 2012

Segalanya berjalan mudahTiada payah dan susahAllah memudahkan

p/s: apa lagi yang kamu mahu? segalanya cukup! Maka bersyukurlah!
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers