Friday, October 22, 2010

Nikmat dunia

"Ni untuk mama tapi tak banyak sangat, RM200 ja. Mama jangan tengok pada nilai na sebab duit pencen mama lagi berganda-ganda dari apa yang kakak bagi ni"

"Eh, banyak sangat ni! Kakak ambil balik RM100 ni"

"Eh, tak pa...kakak memang nak bagi untuk mama banyak tu. Untuk kakak, gaji lepas-lepas ni ada lagi. Inshaa allah. Yang ni untuk mama ye"

Alhamdulillah, gaji sebagai guru sandaran dah masuk dalam bank. Tiada masalah yang timbul seperti khabar angin yang tersebar. Syukran buat Kak Syarifah & Kak Wahida yang uruskan perihal gaji. Moga Allah merahmati kalian, ameen~ Ya, jumlahnya tidak banyak lebih kurang RM850 untuk 21 hari bekerja. Memang menjadi niat untuk dikongsi bersama keluarga tersayang. Biar! Walaupun jumlahnya tidak mencapai 4 digit tapi ingin mencontohi sifat Allah yang Maha Pemurah (Ar-Rahman) & Maha Pemberi (Al-Wahhab).
RM200 = Abah
RM200 = Mama
RM100 = Abang
RM100 = Adik-adik
RM100 = Tok & Mak Su
RM 50 = Bahan bacaan & buku
RM 50 = Makan
RM 50 = Simpanan
Nikmat memberi sungguh indah. Ya, mengajar diri untuk memberi dan terus memberi. Sebahagian dari penerima itu telah banyak memberi sebelum ini & sebahagian lagi akan mencontohi sifat ini pula.
Ya Allah, ku mohon agar aku berkesempatan untuk terus memberi walau dalam apa juga cara samada kewangan, pertolongan dan lain-lain.
p/s 1: Hehe mungkin agak boros cara berbelanja di atas. Biarlah...dah lama niat untuk memberi. Ya, memberi dari sudut kewangan. This is my first experience! Alhamdulillah =)
p/s 2: Seronok dapat memberi. Memberi bukan mengurangkan. Setuju!


2 comments:

Black sapiens said...

saya belum ada lagi experience ni..hehe..anyway, utk sahabat2 takde ke? ;p

Asrari said...

inshaa allah...moga Allah buka peluang & ruang yg sama buat kamu, ameen~ oh...utk sahabat2, kena mai umah...kita buat mkn2, ok tak? hehe ^^,

Post a Comment