Friday, July 15, 2011

Tali Leher RM2

Seorang sahabat Muslim telah sudi berkongsi pengalaman beliau atas kesilapan membeli tali leher (gambar di bawah). Walau hanya dengan bermodalkan RM2, tali leher yang mulanya dilihat comel dengan ikan rupanya ada tafsiran lain.

Astaghfirullah...tertera dengan penuh seni ayat 'I LOVE J***S'. Terkilan dengan urusan jual beli itu dan berharap sahabat-sahabat lain tidak turut sama dalam rencana jahat syaitan di muka Bumi Allah.

Moga kita tidak menyekutukan Allah dalam keadaan yang kita tidak sedar mahupun sedar. InshaAllah, mohon petunjuk dariNYA agar kita lebih berhati-hati dalam setiap tingkah kerana perbuatan zalim kaum kafir akan terus menerus dijalankan bagi merosakkan iman dalam setiap umat Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah dalam al-Quran Surah Al-Baqarah, Ayat 22 bermaksud: “Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah Maha Esa)”
Beringatlah bahawa sepanjang zaman syaitan akan menggunakan cara yang berbeza untuk manusia yang berbeza dan dia akan mensasarkan kelemahan kita untuk menyesatkan kita. Taktik utama syaitan ialah melalui tipu daya. Allah menerangkan tentang tipu daya ini “... dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikan (kejahatan) ke dalam dada manusia.” (Surah an-Nas: 4-5) Sebagaimana diterangkan oleh ayat ini, syaitan mendekati manusia secara senyap-senyap, melalaikan manusia dengan perkara remeh dan tidak penting dan menampakkan kesalahan yang dilakukan seolah-olah baik kepada mereka.

Syirik itu bukan sahaja melulu menyembah berhala, tetapi termasuk juga di dalamnya adalah menuruti hawa nafsu dan menyekutukan apa saja yang ada di dunia dan di akhirat dengan Allah, kerana apa saja selain Allah bukanlah Tuhan. Oleh kerana itu, jika kamu tumpukan hatimu kepada sesuatu selain Allah, bererti kamu telah berbuat syirik. Maka janganlah kamu menyekutukan Allah dengan jalan apapun juga, baik dengan jalan kasar nahupun dengan jalan halus. Berjaga-jagalah selalu dan jangan berdiam diri, berhati-hatilah selalu dan waspadalah, semoga kamu beroleh keselamatan.

Sesungguhnya hamba-hambaKu, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga. (Surah al-Isra': 65)
p/s: syukran kathir atas perkongsian wahai sahabat muslim, InshaAllah dengan perkongsian ini, kita dan sahabat lain akan lebih berhati-hati dengan keadaan di sekeliling. Allah punya pelbagai cara dalam mendidik kita dan ini adalah salah satu cara didikan dari Allah.


No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers