Monday, June 11, 2012

Prestasi Menurun

Lebih kurang 20-30 minit digunakan untuk menasihati pelajar hari ini. Ya, menasihat bukan membebel. Bila ada keperluan, sesi ini sangat diperlukan supaya mereka mereflek dan muhasabah diri. Cukup masa yang diperuntukkan itu, alhamdulillah. Kalau dipanjangkan lagi, itu dah dikira membebel. Pelajar TIDAK SUKA. 
"Cikgu membebel? Hmmm...ala..biasalah tu... Di rumah lagi teruk aku kena bebel...cikgu nak bebel, apa sangat nak kisah! huh!"
Begitulah penerimaan pelajar. Kata-kata itu dikongsi oleh seorang guru berpengalaman suatu ketika dahulu. 


Apa yang dinasihatkan? Antaranya...
"Cikgu tidak suka guna perkataan-perkataan yang negatif dan tidak baik kepada kamu semua. Kamu suka kalau Cikgu guna perkataan 'bodoh', 'bangang', 'lemah', 'kurang ajar', suka? suka? Kata-kata yang negatif tidak baik untuk pembentukan hati kamu sebagai seorang pelajar. Kamu akan rasa rendah diri, tidak bersemangat. Kata yang keluar daripada mulut seorang guru adalah doa. Sebab itulah Cikgu tidak suka marah, berleter, guna kata yang tidak baik. Makanya, ubah diri kamu semua. Pelajar yang cemerlang kalau prestasi menurun maknanya sikap kamu yang tidak kena. Betulkan attitude kamu. Hormati guru sebaiknya"
Alhamdulillah, pendekatan ini nampaknya berkesan. Bagaimana tahu berkesan?


Seusai kelas, pelajar perempuan datang bersalaman dan salah seorangnya memohon maaf. Dalam hati terdetik, Ya Allah, mohon kata-kata nasihat yang ku berikan itu masuk ke hati mereka supaya mereka lebih mencintai ilmu~


Seorang lagi pelajar lelaki...
P: Teacher, boleh tambah markah nak naikkan gred tak? (sambil sengih-sengih macam kerang busuk)
C: Nak tambah? Mai sini Teacher nak tengok (faham sangat dengan perangainya, sangat minat dengan sukan, tapi pelajarannya masih dijaga baik. Keputusannya ok! alhamdulillah, lebih baik daripada jangkaan)
P: Ala...boleh la Teacher..
C: Ha, tiru dak ni? (saja pasang perangkap)
P: Alaa...(rasa bersalah) Teacher, saya tiru satu ni saja 5 markah....ok2, Teacher potong la 5 markah saya...
C: Ha, tengok....Teacher tahu kalau kamu tiru...
Alhamdulillah, syukur. Eh, pelajar meniru pun suka? Bukan... Empati. Niat sebenar dia datang bertanya bukanlah kerana mahukan gred yang lebih baik. Sebenarnya dia mahu maklumkan yang dia telah meniru dan dia tahu itu tidak baik, tidak berkat. 


Buat pelajarku sayang...Teacher doakan kalian berjaya.


p/s: panjang entri kali ni ya! hehe =)





No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers