Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

Lima tolak satu

...kerana kenaifan atau kesilapan yang satu itu,
terlupa kebaikan yang bersusun-susun sebelumnya...
muhasabah wahai manusia, kita tidak sempurna!

p/s: Lima tolak satu jawapannya kosong ya?

Saturday, June 2, 2012

Belajar Mendidik

bila diberi satu pertolongan, didiklah diri untuk memberi sepuluh pertolongan
bila diberi satu bantuan, didiklah diri untuk memberi sepuluh bantuan
bila diberi satu penghargaan, didiklah diri untuk memberi sepuluh penghargaan
Cakap memang senang, tapi nak diusahakan itu bukan mudah! betul...sebab itulah perkataan yang sesuai adalah menDIDIK. Kita tidak sempurna, fitrah manusia berlaku normal tetapi usahakanlah untuk melakukan sesuatu yang Allah suka.

Bagaimana kalau bila kita memudahkan orang lain, tetapi diri sendiri tidak dipermudahkan? Fikirlah secara rasional dengan bantuan iman. Kita punya Tuhan Yang Maha Hebat, Dia sentiasa ada. Andai tidak dipermudahkan oleh orang disekeliling, bantuan Allah pasti ada. Yakin. 

Monday, April 16, 2012

Berhati-hati

tanpa segan atau malu,
kita mengharapkan padaNYA agar DIA memaqbulkan permintaan kita satu persatu,
itu dan ini... tetapi,
adakah kita LAYAK untuk mengharap dan meminta?
adakah kita jalankan setiap suruhan/arahanNYA dan tinggalkan setiap laranganNYA?


~berhati-hati menapak di bumi Allah

Saturday, April 14, 2012

Larangan VS suruhan

Yang dilarang seperti disuruh-suruh!

Larangan pasti ada kemudharatan...
Tiada keizinan pasti ada sebab musababnya...
Kenapa perlu keraskan hati?
Kenapa perlu dipertikai?
Kenapa perlu dipersoal?

Ingat, Allah tidak pernah menzalimi hambaNYA!
Setiap arahan dan larangan pasti punya hikmah.

Monday, January 9, 2012

Jalan Dakwah

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"
(Imam Hasan Al-Basri)

Saturday, January 7, 2012

Tenang hati ini tidak setenang hati lain

Tangan menyelak langsir putih di tingkap
Udara segar menyerbu masuk ke ruangan bilik
Subhanallah, hebatnya Allah mencipta angin juga udara!
Mata memandang pohon nyior di luar tembok rumah bergerak-gerak ke kiri dan kanan
Telinga mendengar daun nyior bergeseran di tiup angin
Bunyi angklung angin di laman menambah suasana nyaman
Mata terlihat pula si lelabah di tingkap melompat ke dinding...
"Aihh, kecilnya dia! Allah cipta dia..ya, aku juga dicipta Allah!"
Tenang hati ini tidak setenang hati lain
Mungkin ada yang sedang...
...bergelut dengan penyakit berbahaya di hospital sana
...bersedih akan kehilangan orang tersayang
...sibuk membuat persediaan akhir peperiksaan penting
...resah menanti sesuatu yang sukar digapai

Namun, hati ini tenang di sini...selesa seadanya
Sujudku hanya padaMu Ya Allah... terimalah amalanku walau tidak seberapa...untuk dibandingkan dengan segala nikmatMu yang melimpah.
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" (Surah Ibrahim: 7)

Monday, October 17, 2011

Dua sahabat karib

Hati: Teruk sangatkah aku?
Iman: Tak...jangan fikir begitu
Hati: Kenapa jadi begitu?
Iman: Allah mahu menguji kamu
Hati: Tapi...
Iman: Sabar ya...memang kamu dah lakukan segala yang kamu mampu...cuma...
Hati: Cuma?
Iman: Cuma belum cukup! Kamu perlu tingkatkan lagi amalan kamu
Hati: Aku dah letih
Iman: Jangan! Tak baik begitu. Kamu perlu kuat. Ingat, kamu pernah lebih letih dengan ujian lain sebelum ini. 'Imune' dengan ujian wahai pejuang Islam, jangan lemah ya!
Hati: Hmmm....
Iman: Jangan macam tu... Allah & rasul tidak suka hambanya putus asa. Kamu sangat kuat & kamu pasti kuat!
Hati: Kamu tolong saya untuk kuat ya, wahai Iman!
Iman: InshaAllah, pasti! Saya sentiasa ada buat kamu kerana Allah sayangkan 'tuan' kita. Bila kedua kita kuat, 'tuan' kita akan hebat untuk terus cemerlang menggapai redha Allah. Makanya, kamu harus kuat ya Hati! Jangan mengalah. Tambahkan lagi usaha.
Hati: Baik. Rupanya belum cukup usaha yang sebelum ini.
Kedua-duanya tersenyum. Lega.

Saturday, October 15, 2011

Solehahkan diri

syukran atas perkongsian, Cikgu Rahayu. Allah balas inshaAllah =)

Tuesday, September 20, 2011

Susahnya nak bangun...

Pada jutaan makhluk ciptaannya, langit bumi keseluruhannya...di mana kamu si sisi Allah?
Berfikir dan terus berfikir...
Allah nampakkah di mana kita?
Dengan amalan yang tidak seberapa
Dengan rasa syukur yang hanya boleh dikira...
Apa yang boleh ditambah selain amalan yang memang diwajibkan?
"Kalau boleh, biasakan diri dengan solat malam ya Asrari...kita kuat melangkah di atas Bumi Allah ini kerana solat. Dengan solat malam kita akan makin dekat dengan Allah, kita akan terpelihara, inshaAllah" nasihat yang pernah diterima satu ketika dulu.
Ya, memang mulanya susah. Susah, lama-lama akan jadi mudah! Yakinlah! Kenapa 'alim 'ulama mampu? Kerana mereka menjatuhkan bisikan syaitan yang sentiasa ingin menjauhkan kita dengan Sang Pencipta. Jom, usaha!

Nur Kasih The Movie. Scene yang paling terkesan di hati; scene bangun solat malam.
"Mudahnya nak bangun solat malam!" Itu yang terbisik di hati.
"Ooo... pasti 'alim 'ulama, orang-orang lain pun macam tu kan...senang ja nak bangun...orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh kan?"
Ohhh rupanya tak susah pun nak bangun solat malam! Kunci jam, jam bunyi, bangun berwudhuk & kemudian sujud! Pasti mudah bagi 'alim ulama' melaksanakannya kan...seperti amalan wajib yang biasa orang biasa laksanakan. Ya, betul ia hanya sekadar filem! Tapi tak salah untuk ambil yang baik di situ.

Takkanlah nak ditunggu musibah menimpa baru terngadah nak bangun solat malam kan! Kalau begitu, malunya pada Allah... Upgrading status kita di sisi Allah dengan membiasakan diri dengan amalan wajib dan menambahbaik diri dengan amalan sunat, jom!

p/s: Tahajud malam meraih cinta Ilahi. Again~ Saya tak baik, tapi saya tak mahu buat jahat

Saturday, September 3, 2011

Namanya manusia...

Namanya manusia... seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran Al-Kareem, mudah lupa!
Segala kebaikan yang diberi,
Segala bantuan yang disedia,

Segala senyuman yang di ukir...

Terhapus dalam sekelip mata disebabkan oleh nafsu yang menghalang,
disebabkan oleh hasutan yang menggunung,
disebabkan oleh akal yang kurang bijak memproses qada' juga qadar Allah.


Begitulah fitrahnya, Allah s.w.t menguji manusia dengan nafsu dan sifat mazmumah bagi menentang kehadiran sifat mahmudah dalam diri seorang insan. Andai iman cekal dan utuh, inshaAllah pasti akhlak terpuji akan terserlah hebat~

Monday, August 1, 2011

Di mana kita di sisiNYA?

Bila otak ligat berfikir...nah, idea kali ini agak luar biasa!

Menurut Dr. Danial Zainal Abidin dalam sebuah slot motivasi pagi, bintang di langit jumlahnya 7sextilion~ angka 7 diikuti dengan 22 sifar (kosong) di belakangnya~ Banyakkah? MasyaAllah, sangat banyak! Itu hanya jumlah bintang-bintang di langit, bagaimana dengan jumlah hidupan di Bumi, flora dan fauna yang diklasifikasikan di bawah taksonomi termasuk daratan mahupun lautan? Bagaimana dengan hidupan di planet lain? Bagaimana dengan galaksi lain yang masih dikaji kewujudannya oleh para saintis dunia?

Betapa besar kuasa Allah mencipta sesuatu, diciptaNYA tanpa rasa letih sedikit pun. Segalanya yang ada adalah milik DIA yang mutlak. Dengan terbentang luas langit bersama bintang-bintang yang bersinar, dengan segala isi Bumi yang pelbagai, di mana kita di sisi Allah? Semua hidupan yang DIA ciptakan sentiasa patuh berzikir kepadaNYA.
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Bagaimana dengan kita? Nafas yang ditarik setiap minit mungkin terlupa siapa yang mengizinkannya malah mungkin tidak ingat untuk bersyukur. Nauzubillah. Persoalannya, di mana kita di sisi DIA? Suruhan yang wajib, masih belum utuh tertunai, yang sunat apatah lagi. Dengan perumpamaan yang lebih mudah: Diibaratkan semua pasir pantai di atas muka Bumi seluruhnya dikumpulkan semua sekali. Butir-butir pasir yang halus itu umpama hidupan yang Allah ciptakan. Di mana kita? Butir pasir yang manakah mewakili kita? Allah nampakkah kewujudan kita dengan amalan yang telah kita laksanakan selama ini? Soalan masih belum terjawab, di mana kita di sisi DIA?

p/s: Kita sentiasa memerlukan Allah..."It is not length of life, but depth of life" - Ralph Waldo Emerson

Thursday, July 28, 2011

Apa lagi yang kau mahu

Cukup segalanya...ya, segalanya! Apa lagi yang kamu mahu wahai hati bergelar hamba? Allah sudah limpahkan kamu pelbagai kesenangan, kemewahan, kemudahan...makanya, bersyukurlah...
Mungkin masih ada yang tidak sempurna, masih ada kekurangan sana dan sini di hati seorang manusia normal...tapi InshaAllah kekurangan itu bakal Allah isi tapi masanya belum tiba. Apa yang kamu perlu pada minit ini, Allah telah sempurnakan buat kamu. Alhamdulillah!

Tuesday, June 14, 2011

Natijah Berbeza

Sungguh, bila kamu makin menjauh...kamu semakin lalai dengan dunia. Mewahnya, mudahnya, nikmatnya dunia silih berganti hinggakan kamu semakin alpa. Tetapi, kamu tidak mampu menyangkal yang jiwa itu semakin jauh dari Allah yang Maha Pengasih.

Sibuk? Alasan itu tidak kukuh. Dulu juga sibuk bahkan lebih sibuk dari sekarang. Mesyuarat petang dan malam hingga ada menjangkau tengah malam. Muhasabah. Betul. Bila kamu menjauh, pastikan kamu mendekat semula. Jangan sesekali terus hanyut dengan dunia yang tiada penghujung. Allah sedang menguji kamu tentang ujian nikmat yang melimpah.
"Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (Surah al-A'raf: 204)
Betapa kata-kata Allah di dalam al-Quran adalah penenang jiwa. Jangan sekali menidakkannya. Walau tiada kefahaman ayat al-Quran, ia tetap mampu menenangkan jiwa, memudahkan urusan, menggembirakan hati, apatah lagi buat mereka yang memahami setiap bait al-Quran. InshaAllah, itu rahmat Allah. Wahai mujahid mujahidah Islam, teruskan mendekati al-Quran. Dengan istiqamah ia di sisi, InshaAllah segala urusan harian lebih tenang, mudah dan dilancarkan oleh Allah.
"...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir" (Surah Yusof: 87)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers