"Jodoh yang baik. Selepas melakukan solat istikharah,
bila dengar namanya, kita rasa tenang. Hati tenang.
Itu jodoh yang baik." - UAI
Islam is religion of peace...all praises are due to Allah, the all mighty, the Rabb of the worlds
"Ya Allah, aku sibuk mengejar dan mencari ilmuMu yang sangat luas bertahun-tahun. Ku mohon padaMu, panjangkanlah umur mama dan abah supaya diri ini punya peluang untuk berbakti kepada mereka selepas selesai ijazah ini. Kurniakanlah kepadaku kejayaan dan kerjaya supaya mereka tersenyum. Berikanlah apa saja yang terbaik buatku kerana Engkau Maha Mengetahui. Mohon redhaMu Ya Rabb"
"Kerana mama dan abah bukan milik kakak selamanya...mama dan abah kepunyaan Allah! Suatu hari nanti Allah pasti ambil kembali hak milikNya. Bila sampai masa itu, inshaAllah...kakak akan relakan sebab segala-galanya Allah yang punya. Allah hanya pinjamkan buat kita saling menyayangi kan"
Seorang hamba tidak derhaka pada TuhannyaSeorang ayah tidak culas mendidik diri dan keluarganyaSeorang ibu tidak membuang anaknyaSeorang anak tidak menengking ibunyaSeorang anak tidak menghalau ayahnyaSeorang suami tidak curang pada isterinyaSeorang isteri tidak mengenepikan suaminyaSeorang pekerja tidak letih menjalankan tugasnya
Pelajar: Yang itu anak katak hempedu ya teacher? (kebetulan bab sistem pencernaan baru selesai sebelumnya)
Cikgu: Aihhh...itu bukan hempedu!! hempedu dalam sistem pencernaan, dalam badan kita (Pelajar lain semua dah mula ketawa berdekah-dekah...)
Cikgu: Itu berudu...tadpole my dear~ (sambil tersenyum...)
Apa kriteria yang kamu rasa perlu ada pada bakal tunang atau bakal suami?
Surah an-Nur ayat 26: Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
Salam sayang adikku bakal pengantin solehah.
Ampun maaf, akak baru terbaca mesej adik ini.
Situasi adik
1. Adik telah redha agama dan akhlak si dia, bukan di paksa-paksa.
2. Adik telah mendapat restu dari keluarga kedua-dua pihak.
Berbahagialah adikku. Faktor-faktor ini mempunyai impak yang besar dalam perkahwinanmu nanti.
Berkenaan pandangan masyarakat, ianya penting tapi tidaklah sepenting pandangan Allah dan restu ibubapa kita.
Dahulukan yang lebih penting daripada apa yang penting.
Masyarakat bercakap sekejap sahaja, lepas tu dia lupa. Bahkan, jika adik menunjukkan contoh cemerlang ketika belajar, ramai insan yang mempunyai sitausi sama dengan adik akan membuka mata, mempunyai contoh untuk dirujuk.
Berkenaan cinta jarak jauh...
take it positive. Ini zaman IT. Cinta boleh bersemarak di alam maya,, SMS, CALL, E-MAIL dsb.
Bahkan rindu yang disubur-suburkan selepas nikah ini berbuah pahala yang tidak sudah-sudah. saling meneguhkan. saling memberi perhatian.
Bila bertemu, penuh 'kehangatan'. Nikmatilah cinta halalmu!
"Semakin kita meminta dari manusia suatu indikato kebergantungan lemah dengan Allah. Jangan cerita masaalah pada orang lain. Banyak merayu pada Allah bukan hamba Allah!"
"Pada zaman Rasulullah s.a.w, Baginda bersama para sahabat berperang ketika bulan Ramadhan. Malah mencapai kemenangan dalam perang tersebut! Letih berpuasa tidak boleh jadikan alasan untuk tidak membuat kerja harian atau kerja rumah"Sempat berkempen. Sengaja ingin meraikan kemeriahan Ramadhan.
"Sempena meraikan kedatangan bulan penuh barakah, Cikgu harap semua pelajar lelaki Muslim yang ada songkok boleh pakai ramai-ramai. Tahniah yang dah pakai hari ni...alhamdulillah. Yang lain pun boleh pakai, inshaAllah. Baru nampak hensem! Untuk pelajar perempuan Muslim pula tolong hormati bulan Ramadhan, jaga aurat dan tingkah laku"Mereka dahagakan kata-kata yang baik, kata-kata yang indah. Diam serta khusyuk mendengar termasuklah pelajar non-Muslim.
Masih ingat lagi di hari pertama...masuk ke tadika di belakang sekolah rendahmenyertai perkhemahan Puteri Islam peringkat Kebangsaan di Kelantan pada tahun 2002abah katakan mahu tukarkan dari SMK (harian biasa) ke SMKA (berasrama) yang jauh di Alor Setarmelangkah masuk ke pintu gerbang SMKAK bila berpindah untuk Ting. 4 dan 5tinggal di asrama yang penghuninya sangat ramai berbanding di rumah sendirimendaftarkan diri di UPSI juga di kolej kediamannyadilantik sebagai Naib Pengerusi ke-II PBA UPSImenjejakkan kaki di SMKPS untuk penempatan guru barubelajar memandu keretabla...bla...bla...(banyak sangat...bakinya, cukuplah di simpan di dalam hati hehehee)
Kadang-kadang kita tidur sat saja..dari pukul 1 pagi, pukul 5 dah bangun...tapi dah tak rasa mengantuk..tetapi kadang-kadang, kita tidur dari jam 11 malam, pagi esoknya bangun masih mengantuk...itulah rahmat Allah!
...kerana kenaifan atau kesilapan yang satu itu,
terlupa kebaikan yang bersusun-susun sebelumnya...
muhasabah wahai manusia, kita tidak sempurna!
" Ya Allah, sampaikan kami Ramadhan, tuliskanlah untuk kami (pahala) puasanya dan qiamnya dan terimalah daripada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui "p/s: mencari idea untuk pengisian bulatan bahagia buat mereka yang comel =)
Abah: Kak, jangan simpan lala ni nanti busuk...kena masak hari ni juga tau (sambil bawa beg plastik ke sinki)
Kakak: Ok2...ehh? ni ka siput lala? (dalam hati: hmm, selalunya besar dan cengkerangnya putih!)
Abah: Haihhh!! dak...ni kura-kura! hahahaha
Kakak: erk!!! (ok, versi anak kot sebab tu lain sikit rupanya) hehee
"chuuuppp!" Melekat satu ciuman di pipi.
"hah?!" Terkelu.
"Kenapa cium Teacher?"
"Macam-macam budak-budak ni..."
"Cikgu membebel? Hmmm...ala..biasalah tu... Di rumah lagi teruk aku kena bebel...cikgu nak bebel, apa sangat nak kisah! huh!"Begitulah penerimaan pelajar. Kata-kata itu dikongsi oleh seorang guru berpengalaman suatu ketika dahulu.
"Cikgu tidak suka guna perkataan-perkataan yang negatif dan tidak baik kepada kamu semua. Kamu suka kalau Cikgu guna perkataan 'bodoh', 'bangang', 'lemah', 'kurang ajar', suka? suka? Kata-kata yang negatif tidak baik untuk pembentukan hati kamu sebagai seorang pelajar. Kamu akan rasa rendah diri, tidak bersemangat. Kata yang keluar daripada mulut seorang guru adalah doa. Sebab itulah Cikgu tidak suka marah, berleter, guna kata yang tidak baik. Makanya, ubah diri kamu semua. Pelajar yang cemerlang kalau prestasi menurun maknanya sikap kamu yang tidak kena. Betulkan attitude kamu. Hormati guru sebaiknya"Alhamdulillah, pendekatan ini nampaknya berkesan. Bagaimana tahu berkesan?
P: Teacher, boleh tambah markah nak naikkan gred tak? (sambil sengih-sengih macam kerang busuk)
C: Nak tambah? Mai sini Teacher nak tengok (faham sangat dengan perangainya, sangat minat dengan sukan, tapi pelajarannya masih dijaga baik. Keputusannya ok! alhamdulillah, lebih baik daripada jangkaan)
P: Ala...boleh la Teacher..
C: Ha, tiru dak ni? (saja pasang perangkap)
P: Alaa...(rasa bersalah) Teacher, saya tiru satu ni saja 5 markah....ok2, Teacher potong la 5 markah saya...
C: Ha, tengok....Teacher tahu kalau kamu tiru...Alhamdulillah, syukur. Eh, pelajar meniru pun suka? Bukan... Empati. Niat sebenar dia datang bertanya bukanlah kerana mahukan gred yang lebih baik. Sebenarnya dia mahu maklumkan yang dia telah meniru dan dia tahu itu tidak baik, tidak berkat.
bila diberi satu pertolongan, didiklah diri untuk memberi sepuluh pertolonganbila diberi satu bantuan, didiklah diri untuk memberi sepuluh bantuanbila diberi satu penghargaan, didiklah diri untuk memberi sepuluh penghargaan
Suami sayangkan isteriIbu sayangkan anakAdik-beradik saling menyayangiJiran saling menghormatiGuru dan murid saling mengasihiAllah Maha Pencinta,Dia sebarkan kasihNya buat segenap pelusuk alam, subhanallah
Biar dunia melihat Islam itu tidak selekehBiar dunia melihat Islam itu tidak lekehBiar dunia melihat Islam itu bukan pengemisBiar dunia melihat Islam itu universal
Misalnya, makanan di depan mata. Ya, kita punya pilihan sama ada mahu makan atau tidak. Andai dipaksa, ia juga pilihan! Mahu ikutkan paksaan atau abaikan saja.Tuhan kita tidak zalim. Allah sentiasa beri pilihan pada kita dalam apa jua situasi. Kenapa? Kerana DIA kurniakan kita akal yang sihat untuk memilih. Maka, pilihlah yang baik dan terbaik. Yang mendatangkan faedah. Yang menambahkan kadar pahala kita menuju akhirat. Yang boleh menjamin kita ke syurga, al-Jannah. InshaAllah
Mrs. Lai: Hey, you can speak English very well, fluently!Me: Not really but I'm trying to
Hmmm...patutlah kawan-kawan dulu kata saya garang...payah nak senyum rupanya~Nah, sekarang kejayaan dah tercapai. Senyuman terukir dengan sendiri. Alhamdulillah, ya Rabb..terima kasih atas segalanya~
Pelajar: Teacher, gigi teacher putih la...teacher guna ubat gigi apa?Pelajar-pelajarku...itulah mereka.
Si guru: Ha, teacher explain punya la panjang lebar...you all tengok gigi teacher?
Pelajar: Hehe suka tengok teacher senyum...comel! Tapi...teacher jangan risau, kami faham apa yang teacher ajar!
Sedih. Islam kembali terasing.
Hmmm.. tak tahu membaca alQuran? Alif fathah (baris depan) tak tahu bunyinya apa?
Tak apalah...nanti cikgu ajarkan. Tapi kamu jangan malu dengan cikgu. Cikgu nak ajar kamu pandai baca alQuran, jadi tak boleh malu dengan cikgu ya...kita belajar sama-sama
Bekerjalah seperti seorang mukmin yang takut kepada tuhannya!
Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubunganNYA dengan orang tersebut (HR. Hakim)
Cikgu: "Ha...kita nak belajar nombor perdana hari ini sebenarnya...ada kaitan tak?"Pelajar-pelajar: "La...hahahaha...ada-ada...Perkataan PRIME la cikgu!"
Ya Allah, titipkan kecemerlangan buat mereka kerana dengan ilmu yang disampaikan (walau di mana saja ilmu diperolehi) mampu meningkatkan darjat mereka...inshaAllah mereka bakal mengagungkanMu ya Rabb~
ihh...anak-anak abah ni kalau tak dikupas buah ni tak dimakan la na..mai sini abah kupaskan...sebab dulu-dulu tok yang kupaskan untuk abah
"Alamak, kedai tu tutup la! Kalau tak, memang ada jual tat dekat situ. Bulan lepas baru saya beli. Takpa, inshaallah hujung minggu nanti saya cuba buatkan ya... kesian kak wahida teringin nak makan tat telur..hmm~"
|
Copyright 2009 - الإسلام دين السلام - Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Based on WP theme by Design Disease