Sunday, August 2, 2009

Sanah Helwah ya Asrari =)

Sanah Helwah ya Asrari =)

Dengan lafaz Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran padaMu ya Allah. Atas nikmat yang tidak mampu kusenaraikan satu persatu sehingga detik ini. Terima kasih atas kurniaanMu yang paling bernilai, mama dan abah. Individu yang paling kusayangi…yang telah memelihara, menjaga, mendidik, mengajar, menyayangi, mengasihi… segalanya yang telah mama dan abah korbankan sejak aku dilahirkan 2 Ogos 1987 yang lalu sehingga saat ini, 2 Ogos 2009.

Sungguh, jika ku ingin menyenaraikan apa yang telah kalian lakukan, tidak mampu… kerana tidak terhitung olehku! Sungguh, jika ku ingin membalas semula pengorbanan kalian, tidak mampu untukku melaksanakannya seperti yang telah kalian lakukan untukku!

Mama, Pn. Noor Kamaliah Ramli, terima kasih atas pengorbananmu mengandungkanku, melahirkanku, menyusukanku, membesarkanku, mendidikku sehingga aku menjadi seperti aku sekarang. Abah, En. Nordin Abd Ghani, terima kasih atas pengorbananmu membesarkanku, mendidikku, mengajarku, mengadakan segalanya untukku sehingga aku mampu kecapi apa yang aku miliki sekarang. Bukan mudah membesarkan anak perempuanmu ini, penuh dengan suka duka sejak dilahirkan. Hanya Allah yang tahu segalanya. Semoga kalian sentiasa dilindungi Allah…sentiasa saling menyayangi…diberi kesihatan yang baik untuk laksanakan ibadah…diberkati Allah di dunia hingga akhirat…amen. Aku tidak mampu untuk menjadi anak yang terbaik, tetapi akan berusaha menjadi yang terbaik. Aku tidak mahu menjadi anak yang menyebabkan ibu bapanya dimurkai Allah.

Ampunkan aku jika terkasar dalam kataku
maafkan aku jika tersasar dalam tingkahku

ampunkan aku jika terlampau dalam perbuatanku

maafkan aku jika tidak sedar akan khilafku.


*

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers