Friday, July 22, 2011

Nikmatnya...Subhanallah

"Datang tau hari Khamis nanti, jangan tak datang...InshaAllah pengisiannya tidak bosan. Kamu semua mesti suka...Cikgu pun akan bermalam sama-sama dengan kamu semua. Datang ya!"
Pujukan di atas bertalu-talu diucapkan sepanjang minggu lepas setiap kali bersua muka dengan mereka. Biarlah letih mengeluarkan kata-kata itu demi memujuk mereka, biar letih memanjat tangga ke kelas mereka walau bukan sesi p&p biasa.
Bagi pelajar, program pemantapan rohani (majlis ilmu) tidak langsung menyeronokkan, bosan malah menyusahkan. Pelbagai alasan boleh dinyatakan untuk mengelakkan diri. Kenapa perlu bersusah-payah? Kerana di sudut hati yang paling dalam, merasakan amanah Allah terletak di bahu ini.
Apa yang kamu usahakan untuk membantu pejuang cilik Islam dalam mengenal Allah dan agama Islam?
Kem Ibadah sesi ke-2 pelajar puteri (menengah atas) s
elesai sekitar jam 11 pagi hari Jumaat. Slot terakhir, peserta memohon restu dari semua guru-guru. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kesannya boleh dilihat dari perlakuan mereka. Nikmatnya...subhanallah! Gembira melihat seorang demi seorang pelajar yang dipujuk rupanya hadir ke majlis ilmu ini. Mereka bersalaman dengan guru lain hingga ada yang mengalir air mata. Alhamdulillah, hati kecil mereka tidak banyak sedikit terkesan dengan pengisian rohani (majlis ilmu) yang diberikan. Ya, pujukan rupanya mampu memujuk hati mereka. InshaAllah, mohon ada kebaikan yang kamu semua kutip sepanjang 2 hari 1 malam yang lalu. Cikgu-cikgu dan ustazah-ustazah sentiasa mendoakan kejayaan kamu di dunia & di akhirat wahai mujahidah cilik Sempas, kalian sangat berpotensi tinggi, sungguh! ~
Ya Allah, kurniakanlah kepadaku pekerjaan guru yang mulia ini sebagai wadah buatku beribadah kepadamu dalam mendidik hati-hati kecil Islam, pejuang Islam, serikandi Islam supaya mereka menjadi pejuang hebat yang bangga dengan agamaMU, ameen~
Bila niat ikhlas kerana Dia, beban itu akan terhapus seperti awan lalu dihembus angin petang.
InshaAllah.

p/s: Kita tidak layak untuk menilai dan menghukum individu lain walau mereka melakukan dosa kepada Allah. Keampunan adalah milik Allah. Siapa tahu, mereka yang kita hukum mendapat hidayah Allah dan mati ketika beriman kepada Allah Yang Maha Esa

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers