Saturday, April 16, 2011

Allah maqbulkan doa itu...

Dulu...
Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil. Ya Rabb, ku mohon ruang dan masa agar Kau memberiku kesempatan untuk aku berbakti kepada mereka selepas waktu
Jauh dari mama & abah yang dikasihi makanya doa ini mengiringi solat sepanjang belajar di universiti. Sepanjang mencari ilmu dunia kesempatan untuk berbakti kepada mama & abah sangat minimum. Disebabkan itu, ku panjatkan doa di atas agar diberi kesempatan itu.

Sekarang...
Bila berfikir-fikir tentang rahsia dalam rahsiaNYA, rupanya Allah telah maqbulkan doa itu. Itulah sebabnya kamu dipostingkan dalam negeri, tak perlu jauh menjenguk negeri orang. Allah berikan kesempatan untuk berbakti kepada mereka. Makanya, jangan sia-siakan peluang yang Allah beri, Al-Wahhab, Yang Maha Pemberi. Andai sibuk bekerja, pastikan luangkan juga masa yang ada buat mereka kerana doa kamu telah Allah maqbulkan, jangan disiakan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."

Ada niat begitu...

Pengalaman hebat semasa di temuduga 14 April lalu. Perkongsian menarik bersama ahli panel dan 4 guru lain mengambil masa kira-kira 60 minit. InshaAllah, mengharapkan keputusan yang terbaik daripada Allah untuk hambaNYA yang lemah ini walaupun usaha yang diberikan tidak seberapa. Mohon barakallah menyusul dengan kurniaan pekerjaan yang dirahmatiNYA agar segalanya dalam pemeliharaan Dia Yang Maha Agung, ameen.

Andai ditanya apa yang diperoleh masa temuduga tempoh hari, jawapannya BANYAK. Tidak terungkap di ruang kecil ini. Tetapi InshaAllah cukup dirumuskan bahawa segala perbincangan berkaitan dengan sekolah, pengalaman sebagai guru dan bidang pendidikan keseluruhannya. Tetapi ada sesuatu yang menjadi kenangan terindah untuk sesi temuduga kali ini.

Situasi: Sesi temuduga tiba ke akhirnya. Masing-masing mengucapkan terima kasih buat Tuan Panel. Disebabkan fail ada di bawah fail-fail yang lain, makanya...sengaja memberi ruang kepada yang lain untuk berlalu dahulu. Tiba-tiba...
Tuan Panel : Asrari, kamu belajar di sekolah agama kan? Ambil berapa subjek dulu ya?
(perasaan dah mula berdebar...kenapa pulak Tuan ni tanya macam tu.. hmmm...)
Asrari : Ya Tuan, saya sekolah agama dulu...semuanya, saya ambil 12 subjek. Kenapa ya Tuan?
(sengaja cari pasal dengan mengutarakan soalan pada Tuan Panel. Ambil risiko!)
Tuan Panel : Oh...
Tapi kamu guru sains ya?
Asrari : Oh...
saya mengajar Biologi di sekolah sekarang
Tuan Panel : Kenapa tak jadi ustazah? Saya ingat kamu lebih berminat dengan subjek agama...
(got the point...sudah dapat tangkap maksudnya di situ...mungkin daripada personaliti dan
pakaianku menyebabkan dia berfikir & bertanya sedemikian. Different compare to other
interviewee.
Rasanya, biasa-biasa saja dengan baju batik warna hijau berbunga krim, tudung
labuh krim juga blazer hitam tetapi mungkin tidak bagi orang lain)
Asrari : Ohh...saya belajar di sekolah agama hanya 2 tahun Tuan, tingkatan 4 dan 5 sahaja.
Subjek agama dan sains seiring di sekolah tu. Dan saya memilih Sains berdasarkan minat
yang lebih dalam.
Tuan Panel : Bagus...Bagus...
Asrari : Terima kasih Tuan
Sebenarnya...
di awal tahun 2003 dulu, masa bermulanya nekad untuk stay as science stream student memang ada sesuatu yang tersirat. Jauh di hujung akal berfikir...jauh di sudut hati berdetik...
Kenapa? Orang Islam tidak boleh berjaya dalam bidang sainskah? Orang yang tahu tentang agama tidak boleh berkata-kata tentang sainskah? Orang yang bertudung labuh tidak layak berbicara tentang Fizik, Kimia mahupun Biologi? Mana ada teori sedemikian! Tak ada!
Orang Islam mana boleh kalah...mana boleh serahkan semuanya pada bukan Islam. Tak boleh! Mereka boleh kenapa kita tidak? "Subjek Sains susah..." Ala...semuanya susah kalau tak mahu buat. Kalau usaha, mesti boleh.
Memang ada niat untuk membuktikan bahawa orang Islam juga mampu dan bijak mengungkap teori Sains, petah bicara tentang ilmu saintifik. Bertudung labuh bukan satu kekurangan. Bolehkah? Kenapa tidak, Allah kan ada. Kekuatan itu dari Dia. Proud to be a Muslim.
Alhamdulillah~ Rupanya...secara tidak sedar, niat di awal dulu rupanya dilihat ketara oleh orang disekeliling sekarang. Ya Rabb, niat itu sebagai pencetus semangat untuk berjaya mengejar ilmuMu ya Rabb..Mohon dijauhkan riak dari syaitan. Sungguh, ku berbangga dengan agama Islam yang Kau kurniakan buatku selama ini. Alhamdulillah,
Alhamdulillah, Alhamdulillah~

Friday, April 15, 2011

Interview kali kedua

13 April 2011 (Rabu)
Persediaan: Sibuk macam mana pun, hati akan sedikit tenang dengan adanya usaha walau tidak seberapa. Walaupun ada banyak taklifan yang menuntut di hari terakhir berada di sekolah tetapi fokus utama ditujukan pada Interview Spp pada 14 April yang lalu.
4 in 1. Buku ringkasan perlu disiapkan untuk dihantar kepada GKSM, persediaan interview yang tidak seberapa berbanding interview Kpm yang lalu, topi itu kerana bekerja di padang bagi Kejohanan Bola Baling MSSK DKBB yang berlangsung 2 hari di sekolah dan skrip jawapan Ujian 2 yang menanti untuk disemak. Kalut. Utamakan yang paling utama.

14 April 2011 (Khamis)
Ruang legar tingkat 2 Hotel Emarald Puteri, Sg Petani. Cantik & kemas. Semua interviewee menunggu giliran untuk semakan fail masing-masing.

Kumpulan pertama sedang di temuduga.
Hampir 1 jam mereka di dalam sana. Entah apa yang dibincangkan.

Kumpulan kedua.
Borang yang bakal diisi oleh penemuduga, Encik Wan Hamzah B Wan Daud
selaku Pengerusi Lembaga Temuduga.


Alhamdulillah~ Segalanya telah selesai. Mohon Allah memberkati tiap langkah yang disusun. InshaAllah. Credit to my dear abah for accompany me. May Allah showers HIS blessing towards you :)

p/s: Syukran kathir buat semua staf di SMKPS yang mendoakan termasuklah cikgu-cikgu, kakak-kakak di pejabat (kak lisa, TQ atas titipan doa ya) juga kakak-kakak pembantu makmal.
Moga Allah merahmati kalian semua...ameen~

Tuesday, April 12, 2011

110% perlu ditambah kepada 150%

Terkadang...usaha kamu tidak dilihat keseluruhannya
yang nampak hanya kelemahan yang kecil dan sedikit
dan...
itu yang dicanang
itu yang diperkata
itu yang diperdebat

Mungkinkah senyum manis sebelum ini akan menjadi tawar?
atau...
mungkinkah usaha 110% yang diberikan sebelum ini akan menurun hingga berbaki 50% sahaja selepas ini?
Inikah sifat orang mukmin yang mencontohi perjuangan Rasulullah?
Mudah rapuh bila diasak?
Jangan...
kamu harus kuat, cekal...


Dalam Perang Uhud, Nabi diserang hingga berdarah...
Susah-payah Rasulullah s.a.w. menggali parit ketika Perang Khandak bersama para sahabat...
Adakah Rasululllah s.a.w mengalah bila menghadapi susah?

Jangan mengalah wahai mujahid mujahidah Islam
kenapa harus menyerah?
teruskan semangat kamu seperti sebelum ini
diacah sedikit, sudah mahu melatah?
Umat Rasulullah perlu terus bersemangat...

Sudahlah...kamu sudah letih bersedih...
Allah uji kamu dengan sedikit mehnah...
kamu asyik memikirkannya hingga lupa pada nikmatNYA yang melimpah ruah
Astagfirullah'azim~
Keep moving young mujahidah...Allah always be with you
"Penolongku ialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia,
kepadaNYA aku berserah & Dialah yang memelihara 'Arasy yang besar" (At Taubah:129)


Friday, April 1, 2011

Dalam kereta...

Perjalanan ke sekolah mengambil masa kira-kira 20-25 min. Kaki melangkah keluar sebelum matahari menjengah dan bintang masih berkelip. Alhamdulillah~ suasananya cukup indah. Syukur dipanjat kepada Allah Yang Maha Berkuasa masih mengurniakan nikmat hidup hingga mampu melangkah mencari rezeki di Bumi indah.
Memetik firman Allah dalam Al Qur’an, surah Al Jumu’ah
“Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”.
Konsepnya akhirat didahulukan, dunia selepasnya. Solat Subuh bukan sebarangan solat. Ia penghulu solat dalam permulaan hari. Andai ada redha Allah dalam solat itu, inshaAllah redha Allah sepanjang hari itu buat kita.

Allah memberi peluang untuk melihat alam sebenarnya. Belajar dari alam. Berfikir dan berzikir. Subhanallah. Indahnya Bumi Allah apabila matahari mula menyelak awan. Cahayanya bersinar lembut. Cantik. Tidak terik. Allah mengkoordinasikan pergerakan setiap benda yang ada di muka Bumi. Segalanya bergerak mengikut fitrah alam. Daripada hari yang gelap gelita, hanya dengan kerlipan bintang, semakin lama hari semakin cerah dengan cahaya matahari. Siang menjengah.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mu'min yang bekerja (Hadith)
psstt...respon abah bila tunjuk gambar di atas "La...tak dak keja dok tangkap gambar...hehe" (kata abah sambil tersenyum) ~semuanya sebagai kenangan :)
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers