Friday, April 1, 2011

Dalam kereta...

Perjalanan ke sekolah mengambil masa kira-kira 20-25 min. Kaki melangkah keluar sebelum matahari menjengah dan bintang masih berkelip. Alhamdulillah~ suasananya cukup indah. Syukur dipanjat kepada Allah Yang Maha Berkuasa masih mengurniakan nikmat hidup hingga mampu melangkah mencari rezeki di Bumi indah.
Memetik firman Allah dalam Al Qur’an, surah Al Jumu’ah
“Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”.
Konsepnya akhirat didahulukan, dunia selepasnya. Solat Subuh bukan sebarangan solat. Ia penghulu solat dalam permulaan hari. Andai ada redha Allah dalam solat itu, inshaAllah redha Allah sepanjang hari itu buat kita.

Allah memberi peluang untuk melihat alam sebenarnya. Belajar dari alam. Berfikir dan berzikir. Subhanallah. Indahnya Bumi Allah apabila matahari mula menyelak awan. Cahayanya bersinar lembut. Cantik. Tidak terik. Allah mengkoordinasikan pergerakan setiap benda yang ada di muka Bumi. Segalanya bergerak mengikut fitrah alam. Daripada hari yang gelap gelita, hanya dengan kerlipan bintang, semakin lama hari semakin cerah dengan cahaya matahari. Siang menjengah.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mu'min yang bekerja (Hadith)
psstt...respon abah bila tunjuk gambar di atas "La...tak dak keja dok tangkap gambar...hehe" (kata abah sambil tersenyum) ~semuanya sebagai kenangan :)

No comments:

Post a Comment