Saturday, April 16, 2011

Ada niat begitu...

Pengalaman hebat semasa di temuduga 14 April lalu. Perkongsian menarik bersama ahli panel dan 4 guru lain mengambil masa kira-kira 60 minit. InshaAllah, mengharapkan keputusan yang terbaik daripada Allah untuk hambaNYA yang lemah ini walaupun usaha yang diberikan tidak seberapa. Mohon barakallah menyusul dengan kurniaan pekerjaan yang dirahmatiNYA agar segalanya dalam pemeliharaan Dia Yang Maha Agung, ameen.

Andai ditanya apa yang diperoleh masa temuduga tempoh hari, jawapannya BANYAK. Tidak terungkap di ruang kecil ini. Tetapi InshaAllah cukup dirumuskan bahawa segala perbincangan berkaitan dengan sekolah, pengalaman sebagai guru dan bidang pendidikan keseluruhannya. Tetapi ada sesuatu yang menjadi kenangan terindah untuk sesi temuduga kali ini.

Situasi: Sesi temuduga tiba ke akhirnya. Masing-masing mengucapkan terima kasih buat Tuan Panel. Disebabkan fail ada di bawah fail-fail yang lain, makanya...sengaja memberi ruang kepada yang lain untuk berlalu dahulu. Tiba-tiba...
Tuan Panel : Asrari, kamu belajar di sekolah agama kan? Ambil berapa subjek dulu ya?
(perasaan dah mula berdebar...kenapa pulak Tuan ni tanya macam tu.. hmmm...)
Asrari : Ya Tuan, saya sekolah agama dulu...semuanya, saya ambil 12 subjek. Kenapa ya Tuan?
(sengaja cari pasal dengan mengutarakan soalan pada Tuan Panel. Ambil risiko!)
Tuan Panel : Oh...
Tapi kamu guru sains ya?
Asrari : Oh...
saya mengajar Biologi di sekolah sekarang
Tuan Panel : Kenapa tak jadi ustazah? Saya ingat kamu lebih berminat dengan subjek agama...
(got the point...sudah dapat tangkap maksudnya di situ...mungkin daripada personaliti dan
pakaianku menyebabkan dia berfikir & bertanya sedemikian. Different compare to other
interviewee.
Rasanya, biasa-biasa saja dengan baju batik warna hijau berbunga krim, tudung
labuh krim juga blazer hitam tetapi mungkin tidak bagi orang lain)
Asrari : Ohh...saya belajar di sekolah agama hanya 2 tahun Tuan, tingkatan 4 dan 5 sahaja.
Subjek agama dan sains seiring di sekolah tu. Dan saya memilih Sains berdasarkan minat
yang lebih dalam.
Tuan Panel : Bagus...Bagus...
Asrari : Terima kasih Tuan
Sebenarnya...
di awal tahun 2003 dulu, masa bermulanya nekad untuk stay as science stream student memang ada sesuatu yang tersirat. Jauh di hujung akal berfikir...jauh di sudut hati berdetik...
Kenapa? Orang Islam tidak boleh berjaya dalam bidang sainskah? Orang yang tahu tentang agama tidak boleh berkata-kata tentang sainskah? Orang yang bertudung labuh tidak layak berbicara tentang Fizik, Kimia mahupun Biologi? Mana ada teori sedemikian! Tak ada!
Orang Islam mana boleh kalah...mana boleh serahkan semuanya pada bukan Islam. Tak boleh! Mereka boleh kenapa kita tidak? "Subjek Sains susah..." Ala...semuanya susah kalau tak mahu buat. Kalau usaha, mesti boleh.
Memang ada niat untuk membuktikan bahawa orang Islam juga mampu dan bijak mengungkap teori Sains, petah bicara tentang ilmu saintifik. Bertudung labuh bukan satu kekurangan. Bolehkah? Kenapa tidak, Allah kan ada. Kekuatan itu dari Dia. Proud to be a Muslim.
Alhamdulillah~ Rupanya...secara tidak sedar, niat di awal dulu rupanya dilihat ketara oleh orang disekeliling sekarang. Ya Rabb, niat itu sebagai pencetus semangat untuk berjaya mengejar ilmuMu ya Rabb..Mohon dijauhkan riak dari syaitan. Sungguh, ku berbangga dengan agama Islam yang Kau kurniakan buatku selama ini. Alhamdulillah,
Alhamdulillah, Alhamdulillah~

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers