Friday, November 5, 2010

Kenapa blog?

Teringat diskusi bersama seorang sahabat setahun yang lalu tentang blog. Untuk apa blog ni ya?

Pendapat seseorang:
Tempat untuk berkongsi tentang ilmu dengan cara berilmiah. Bukan tentang diri sendiri.
Pendapat seseorang yang lain:
Lebih kurang macam diari. Tulis apa sahaja yang mahu ditulis dan dikongsi.
Pendapat yang lain:
Apa sahaja yang ingin dikongsi misalnya pengalaman diri atau orang terdekat.

Tidak kisah mahu berkongsi tentang apapun. Asalkan tidak melampaui batas. Manusia berbeza kebolehan, keupayaan, keinginan dan kekuatan. Tidak semua punya ilmu untuk dikongsi. Tidak semua punya ilmu dan punya kebolehan menulis dalam masa yang sama. Untuk yang berkeupayaan, silakan! Untuk yang tidak, ikutlah cara sendiri. Kamu masih boleh memberi dan berkongsi.

Jika mencari tentang ilmu, pergilah ke sana.
Jika mencari tentang psikologi, pergilah ke situ.
Jika mencari tentang motivasi, datanglah ke sini.
Jika dirumuskan, semua itu juga ialah ilmu.

p/s: tak payah sakit kepala mikir, senyum! =D

2 comments:

Black sapiens said...

berdasarkan tiga pendapat tersebut, perkataan sama yang diulang-ulang adalah berkongsi. Jadi boleh dirumuskan tujuan berblogging adalah untuk berkongsi. Berkongsi tentang apa? Terpulang kepada tuan punya blog.

~kita boleh membuat pilihan sendiri, apa yang mahu dibaca, dan apa yang mahu ditulis~

Asrari said...

konklusi yang terbaik, kawan! =D

Post a Comment