Monday, November 8, 2010

Bumi Cinta

Karya terbaru Syeikh Habiburrahman El Shirazy. Siapa penulis ini? Seorang sarjana Universiti Al-Azhar, Kairo, Mesir yang berasal Jawa Tengah, Indonesia berumur 34 tahun. Untuk biodata lanjut, sila rujuk di sini. Hasil nukilannya bersusun (sila rujuk di sini) tetapi hanya berpeluang mengutip ilmu dalam Ayat-Ayat Cinta (AAC) dan yang terbaru Bumi Cinta (BC).

Penulisannya berbeza daripada novel biasa. Ia lebih kepada perkongsian ilmu yang lebih optimum, berguna juga berilmiah. Olahan ceritanya sangat terperinci. Bukan hanya memimpin pembaca kepada susur jalan cerita tetapi penulis ini berjaya membuka minda pembaca untuk turut sama berada di setiap tempat kejadian atau setting. Jika AAC lokasinya sekitar Mesir, BC pula lokasinya sekitar Rusia dan Moskow. Banyak ilmu selitan yang digabungkan dalam plot cerita. Hanya yang telah membaca akan memahami cara penulisan beliau. Kepada yang berkelapangan ke kedai buku, ya! dicadangkan untuk memiliki buku ini. Banyak persoalan terjawab melalui penulisannya.

Keistimewaan BC:
- sebuah novel pembangun jiwa
- penerangan tentang Islam, agama agung dari Allah
- bagaimana susahnya menjaga dan memelihara iman dalam diri terutama di negara asing
- membuka minda tentang pemikiran lain seperti atheisme dan pembahagiannya
- banyak lagi input terbaik daripada penulis dan yang pasti pendedahan mudah kepada bahasa Rusia yang menarik sebagai buah tangan kepada peminatnya

p/s: Dah lama tidak membaca novel kerana rimas dengan fantasi cinta yang melampau dan lebih fokus pada sumber pembacaan yang lain. Novel yang terakhir dibaca adalah AAC karya penulis yang sama. Syukran kathir buat sahabat maya yang mencadangkan novel ini. Ya, ilmunya berguna, inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers