Sunday, November 21, 2010

Ada beza

Alhamdulillah, selesai taklifan dari Allah sebagai guru ganti sekolah rendah (SR). Bagaimana? Sangat menarik! Subhanallah, pengalaman pertama Allah kurnia semasa menunggu tawaran kerja tetap @ posting. Sangat berharga. Melihat kepada sisi positif kenapa Allah memberi ruang & peluang ke SR sedangkan ijazah & kekuatanku di sekolah menengah (SM), mungkin ingin membuka minda & akal supaya memahami situasi guru-guru di SR. Jika tidak mengalaminya, kamu tidak tahu apa rasanya yang sebenar.
Siapa kata mengajar di SR senang? Ala...mengajar budak-budak kecik, bukan susah pun...
Klise. Dialog yang biasa dengar. Kata-kata itu tidak berasas. Susahnya, sukarnya, sulitnya... hanya yang mengalami lebih tahu. Jangan menilai jika kamu tiada di situasi sebenar. Zalim.

Sekolah menengah
- Guru-guru perlu ada kekuatan mental yang sangat kuat untuk menerima kondisi pelajar sekarang yang sangat sosial (mungkin perkataan ini tidak sesuai, maaf...tapi itu hakikatnya).
- Guru perlu kuat untuk memotivasikan diri sendiri kerana mereka perlu memotivasikan para pelajar setiap minit.
- Guru perlu mantapkan diri dengan ilmu psikologi walaupun tidak seberapa. Sangat perlu! Pelajar SM berbeza. Mereka perlu dipimpin, dibelai mengikut situasi. Marah, tengking dan leteran dari pihak guru hanya mengundang dendam yang berganda daripada mereka yang tidak memahami situasi si guru yang inginkan mereka berjaya.
- Guru perlu bijak menguasai pelajar & kelas. Inisiatif baru perlu ada bagi menarik minat mereka. Bukan mudah, tetapi tidak mustahil. Inisiatif ini perlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Sanggupkah? Inshaa allah, mohon kekuatan dari Allah untuk jalankan ia di sekolah nanti.
- Dari segi content subjek, SM lebih besar skopnya. Pengajaran perlu dijalankan, kandungan perlu disampaikan. Kira-kira 40 minit bagi setiap waktu P&P.

Sekolah rendah
- Kekuatannya pada membentuk para pelajar. Daripada kosong kepada ada sesuatu. Sukar. Siapa kata ajar membaca itu mudah? Siapa kata mengajar darab dan bahagi itu mudah? Sila masuk ke kelas yang pelajarnya 30 orang (jumlah minimum), ya sila! Kamu akan rasa situasi sebenar.
- Kuasanya dalam mendidik pelajar dalam sahsiah yang baik. Attitude. Setiap kali perlu mengulang kata-kata yang sama. Cuci kelas, sapu sampah, kemaskan tali leher, buku-buku jangan diconteng. Hey, itu semua perlukan kekuatan fizikal yang sangat tinggi. Level pemikiran pelajar SR masih rendah, jadi guru perlu mengulang kata-kata yang sama setiap hari. Ya, setiap hari!
- Kebaikannya dalam menerapkan nilai murni. Dalam menghasilkan generasi yang mempunyai nilai positif, guru SR adalah pencetus segala. Jangan remehkan tugas mereka. Jangan sekali-kali.

Konklusi
Keduanya memegang amanah profesion keguruan. Memberi apa yang ada. Gelaran guru walau di mana, taklifannya masih sama. Berkait dengan sekolah, subjek, peperiksaan...cuma level pelajar, situasi, persekitarannya sedikit berbeza. Jangan mencari perbezaan. Kamu dilantik Allah sebagai guru SM mahupun SR, maka jalankan taklifan itu sehabis baik. Jangan mengeluh, jangan mengkritik. Masing-masing ada kekuatan. Kamu ada kekuatan di situ. Dia pula ada kekuatan di sana. Jika kamu di sana, mungkin kamu tidak mampu menjadi seperti dia. Jadi, jangan mengkritik. Apa yang Allah bagi adalah yang terbaik buat kamu, inshaa allah. Have faith in HIM, always...

p/s: gonna miss everything in SK Sri Kulim, yea..every single thing. The great experience makes me stronger than before, inshaa allah. Buat cikgu-cikgu SKSK, teruskan bermujahadah...Allah selalu ada buat semua~


No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers