Rindu pada Ramadhan di UPSI...
Berbuka ala kadar. Cukup untuk perut diisi. Tidak mewah.Walau sibuk dengan tugasan harian sebagai mahasiswa, Alhamdulillah...Ramadhan diraikan dengan sebaiknya dengan niat mencari redha Allah. Inshaa allah jika diizinkan Allah, masih berpeluang utk merasai nikmat dalam bulan Ramadhan kali ini. Ahlan Ya Ramadhan. Akan kusambutmu dengan sebaik-baiknya. Ramadhan Kareem~
Bahagia di samping sahabat. Sahabat seperjuangan, sahabat usrah, sahabat dalam persatuan. Tarawih di dataran kolej beramai-ramai.
Khusyuk bersama jemaah memenuhi gelanggang badminton.
Alunan suara sahabat Rakan Surau yang mengimami solat yang syahdu.
Tadarus selepas tarawih bersama mujahid mujahidah yang dambakan redha Allah.
Bertukar tempat untuk solat terawih. Surau Annur di kampus utama jadi sasaran.
No comments:
Post a Comment