Wednesday, June 23, 2010

Jangan lupa buat U-turn

Mehnah. Hidup penuh dengan dugaan. Pilihan juga adalah bentuk-bentuk ujian Allah. Manusia terdedah dengan pelbagai bentuk ujian. Tidak mungkin tidak, kita akan tersilap dalam membuat pilihan kerana kita tidak tahu akibat pilihan yang di ambil itu.
Jangan ditanya kenapa kita diuji!
Watak kita a
dalah HAMBA
Jika hamba, sememangnya kita layak diuji Allah
Jika di lorong yang salah...
Andai tersalah membuat pilihan, jangan sedih untuk membuat pusingan balik (U-turn). Jangan jadi bodoh sombong. Sudah silap, tapi tidak mahu mengaku kesilapan. Menyedihkan. Orang lain tidak rugi apa-apa. Di persimpangan itu juga ada pilihan buat kita samada mahu teruskan perjalanan yang sudah sememangnya menyesatkan atau mahu membuat U-turn. The choice is yours. Allah mahu menguji kita. Back to HIM...
'Tidak mengapa la...xpa la...'
Perkataan yang membunuh! Ia kadangkala mampu membuatkan hati yang sesak menjadi tenang, hati yang lelah menjadi senang. Tet
api, ia parasit! Membunuh dalam diam. Perkataan itu menjauhkan hati dengan kebenaran. Elok hati runsing memikirkan kesalahan, kata itu datang menghalang. Aiiiihhhh.... hasutan Mr Tan (syaitan) sangat merimaskan. Jangan biarkan Mr Tan dan kuncunya berjaya menawan hati kita daripada balik kepada Maha Suci Tuhan, Ya Allah.

Andai tersilap...
Silap tidak bererti kalah
Silap tidak beerti lemah

Silap mengajar manusia mengenal diri dan Tuhan
Allah sedang berbicara dengan kita andai kita tersilap memilih. Kembali pada DIA. Belajar dari kesilapan. Ungkapan ulang kali didengar tapi sukar dipraktikkan. Susah tidak bermaksud mustahil. Ya, susah! Tapi kuatkan azam untuk mengaku kesilapan dan jangan ulangi. Dia Maha Pengampun. Mohon kekuatan dariNYA. Allah always be with us...have faith in HIM.

Siapa tahu selepas kembali pada DIA...DIA limpahkan nikmat yang tidak diduga...siapa tahu selepas membuat U-turn...DIA merancang sesuatu yang lebih baik buat kita. DIA maha mengetahui... Al-'alim.

Apa guna malu pada manusia lain? Mereka juga berwatakkan HAMBA. Jika di kondisi yang sama, mereka juga mungkin tersilap dalam memilih. Berfikirlah dengan akal dan minda bukan dengan nafsu yang mengelirukan. Dunia ini sementara. Umur akan bertambah mengikut detik jam yang berputar. Masa akan berlalu seperti air sungai. Tidak mampu disekat. Berlalu dan terus berlalu. Yang lepas, biarkan ia. Yang akan datang, pastikan tidak terbiar begitu sahaja.

Fikirlah wahai hati...
Fikirlah wahai akal...
Fikirlah wahai iman...
Pilihan ada untuk kamu...
Pilihlah yang terbaik...
The choice is yours
Inshaa allah~
(Mode: Muhasabah diri)

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers