Monday, July 12, 2010

Moga kita permata syurga

Ayah...abah... walid...abi...mak...ibu...umi...mama...
Walau apa gelarannya...mereka adalah insan istimewa. Sangat istimewa.
Aku ingin menjadi permata berharga, permata syurga. Sesungguhnya kunci untuk membuka pintu syurga adalah kalian, mama dan abah. Jangan bimbang, kalian berada di darjat yang tertinggi dalam hati kami, anak-anakmu. Inshaa Allah. Hormat kami tinggi. Doa kami sentiasa buat kalian. Moga kalian kuat hadapi mehnah dunia yang mencabar. Moga kita semua menjadi anak-anak syurga...Inshaa Allah.

Ya Allah, tutuplah mata kami yang melihat kelemahan mereka tetapi bukakanlah mata ini seluas-luasnya bagi melihat pengorbanan mereka selama ini. Wahai yang bergelar anak, apalah sangat di kira kecil hati kita. Kecil hati mereka lebih besar kesannya. Kerana mereka, kita dapat melihat bulan dan matahari.

Ya Allah, Kau pandanglah mereka...agar sentiasa di bawah naunganMU. Ya Allah, kau pandanglah kami ya allah, kami yang bertaraf anak ini... Kau yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, tahu apa yang kami rasa...tahu apa yang kami fikir. Moga Kau menerima doa kami supaya dapat memadamkan api neraka kelak.
Ya Allah, kurniakanlah kami hati yang selalu rindu
pada mama dan abah kami ya Allah.

Ya Allah, kurniakanlah kami hati yang selalu cinta
pada mama dan abah kami ya Allah
.
Ya Allah, kurniakanlah kami hati yang selalu sayang
pada mama dan abah kami ya Allah.

Jadikanlah kami anak-anak yang terus berazam dan bermujahadah
untuk menjadi anak yang mengenang jasa.

Kurniakanlah kami dengan tangan yang akan menjaga dan memelihara mereka kelak
Kami cuba yang terbaik untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.
Ampunkan kami jika kami culas mendidik diri di bumi ini.
Jauhkan kami dari menjadi anak yang derhaka. Na'uzubillah~

Credit to Ustazah Asni Mansor dan tv9 atas perkongsian dalam Usrah 2010 yang lebih santai dengan topik yang sangat menarik (sila klik pada link untuk promo). Allah knows your effort, inshaa Allah.


No comments:

Post a Comment