Monday, August 1, 2011

Di mana kita di sisiNYA?

Bila otak ligat berfikir...nah, idea kali ini agak luar biasa!

Menurut Dr. Danial Zainal Abidin dalam sebuah slot motivasi pagi, bintang di langit jumlahnya 7sextilion~ angka 7 diikuti dengan 22 sifar (kosong) di belakangnya~ Banyakkah? MasyaAllah, sangat banyak! Itu hanya jumlah bintang-bintang di langit, bagaimana dengan jumlah hidupan di Bumi, flora dan fauna yang diklasifikasikan di bawah taksonomi termasuk daratan mahupun lautan? Bagaimana dengan hidupan di planet lain? Bagaimana dengan galaksi lain yang masih dikaji kewujudannya oleh para saintis dunia?

Betapa besar kuasa Allah mencipta sesuatu, diciptaNYA tanpa rasa letih sedikit pun. Segalanya yang ada adalah milik DIA yang mutlak. Dengan terbentang luas langit bersama bintang-bintang yang bersinar, dengan segala isi Bumi yang pelbagai, di mana kita di sisi Allah? Semua hidupan yang DIA ciptakan sentiasa patuh berzikir kepadaNYA.
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Bagaimana dengan kita? Nafas yang ditarik setiap minit mungkin terlupa siapa yang mengizinkannya malah mungkin tidak ingat untuk bersyukur. Nauzubillah. Persoalannya, di mana kita di sisi DIA? Suruhan yang wajib, masih belum utuh tertunai, yang sunat apatah lagi. Dengan perumpamaan yang lebih mudah: Diibaratkan semua pasir pantai di atas muka Bumi seluruhnya dikumpulkan semua sekali. Butir-butir pasir yang halus itu umpama hidupan yang Allah ciptakan. Di mana kita? Butir pasir yang manakah mewakili kita? Allah nampakkah kewujudan kita dengan amalan yang telah kita laksanakan selama ini? Soalan masih belum terjawab, di mana kita di sisi DIA?

p/s: Kita sentiasa memerlukan Allah..."It is not length of life, but depth of life" - Ralph Waldo Emerson

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers