...kerana kenaifan atau kesilapan yang satu itu,
terlupa kebaikan yang bersusun-susun sebelumnya...
muhasabah wahai manusia, kita tidak sempurna!
p/s: Lima tolak satu jawapannya kosong ya?
Islam is religion of peace...all praises are due to Allah, the all mighty, the Rabb of the worlds
...kerana kenaifan atau kesilapan yang satu itu,
terlupa kebaikan yang bersusun-susun sebelumnya...
muhasabah wahai manusia, kita tidak sempurna!
" Ya Allah, sampaikan kami Ramadhan, tuliskanlah untuk kami (pahala) puasanya dan qiamnya dan terimalah daripada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui "p/s: mencari idea untuk pengisian bulatan bahagia buat mereka yang comel =)
Abah: Kak, jangan simpan lala ni nanti busuk...kena masak hari ni juga tau (sambil bawa beg plastik ke sinki)
Kakak: Ok2...ehh? ni ka siput lala? (dalam hati: hmm, selalunya besar dan cengkerangnya putih!)
Abah: Haihhh!! dak...ni kura-kura! hahahaha
Kakak: erk!!! (ok, versi anak kot sebab tu lain sikit rupanya) hehee
"chuuuppp!" Melekat satu ciuman di pipi.
"hah?!" Terkelu.
"Kenapa cium Teacher?"
"Macam-macam budak-budak ni..."
"Cikgu membebel? Hmmm...ala..biasalah tu... Di rumah lagi teruk aku kena bebel...cikgu nak bebel, apa sangat nak kisah! huh!"Begitulah penerimaan pelajar. Kata-kata itu dikongsi oleh seorang guru berpengalaman suatu ketika dahulu.
"Cikgu tidak suka guna perkataan-perkataan yang negatif dan tidak baik kepada kamu semua. Kamu suka kalau Cikgu guna perkataan 'bodoh', 'bangang', 'lemah', 'kurang ajar', suka? suka? Kata-kata yang negatif tidak baik untuk pembentukan hati kamu sebagai seorang pelajar. Kamu akan rasa rendah diri, tidak bersemangat. Kata yang keluar daripada mulut seorang guru adalah doa. Sebab itulah Cikgu tidak suka marah, berleter, guna kata yang tidak baik. Makanya, ubah diri kamu semua. Pelajar yang cemerlang kalau prestasi menurun maknanya sikap kamu yang tidak kena. Betulkan attitude kamu. Hormati guru sebaiknya"Alhamdulillah, pendekatan ini nampaknya berkesan. Bagaimana tahu berkesan?
P: Teacher, boleh tambah markah nak naikkan gred tak? (sambil sengih-sengih macam kerang busuk)
C: Nak tambah? Mai sini Teacher nak tengok (faham sangat dengan perangainya, sangat minat dengan sukan, tapi pelajarannya masih dijaga baik. Keputusannya ok! alhamdulillah, lebih baik daripada jangkaan)
P: Ala...boleh la Teacher..
C: Ha, tiru dak ni? (saja pasang perangkap)
P: Alaa...(rasa bersalah) Teacher, saya tiru satu ni saja 5 markah....ok2, Teacher potong la 5 markah saya...
C: Ha, tengok....Teacher tahu kalau kamu tiru...Alhamdulillah, syukur. Eh, pelajar meniru pun suka? Bukan... Empati. Niat sebenar dia datang bertanya bukanlah kerana mahukan gred yang lebih baik. Sebenarnya dia mahu maklumkan yang dia telah meniru dan dia tahu itu tidak baik, tidak berkat.
bila diberi satu pertolongan, didiklah diri untuk memberi sepuluh pertolonganbila diberi satu bantuan, didiklah diri untuk memberi sepuluh bantuanbila diberi satu penghargaan, didiklah diri untuk memberi sepuluh penghargaan
|
Copyright 2009 - الإسلام دين السلام - Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Based on WP theme by Design Disease