Friday, August 12, 2011

Tak over

Kira-kira jam 6 pagi~ Subhanallah, pelajar di SMK panglima Bukit Gantang. She's very active and excellent student. Ketahuilah wahai adik-adikku...belajar itu ganjarannya sangat besar. Kalian sedang menuntut sebahagian daripada ilmu-ilmu Allah. Dan, Allah sangat suka pada hati-hati yang dekat dengan ilmu.

Hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (Hadith Riwayat Ibn Abdulbari)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)

Wednesday, August 10, 2011

Santai-santai

Taking a deep breath...

Jom melawat blog (Sila Tekan), ada sesuatu yang menarik dan pelik. Boleh digunakan sebagai bahan P&P yang baik. *Senyum*

p/s: jangan marah...lalalalaaalaa~

Tuesday, August 9, 2011

Tarawih

Allahu akbar...
Sama-sama mengangkat takbir solat tarawih berjamaah. "Ya Rabb, adakah lagi Ramadhan tahun depan untuk bersama-sama menunaikan solat tarawih sebegini?" Moga Allah panjangkan umur mama dan abah supaya sempat ku berbakti lebih lama lagi untuk kalian...inshaAllah.
Terima kasih ya Allah atas kurniaan terindah memiliki ibubapa seperti mereka. Alhamdulillah, segala pujian kepadaMU ya Rabb
p/s: abang, cepat balik ya! Tak seronok kalau tak cukup kuota, hmmm~ moga dipelihara Allah selalu ya

Sunday, August 7, 2011

Susahlah jadi guru...

Bidang perguruan susah la...banyak sangat kerjanya...belum selesai yang itu, sudah datang yang lain...tak sempat nak berehat-rehat...
Ya, memang bidang ini susah
Ya, memang landasan ini payah
Memang betul!
Makanya, hanya individu terpilih saja yang mampu berada di jalan ini
Dan yang terpilih itu adalah kamu
Siapa? Kamu! Ya, kamu!
Memang kamu layak di sini
Allah memberikan sesuatu berdasarkan keupayaan hambaNYA
Ala...ramai lagi yang boleh jadi cikgu sebenarnya...
Ramai? Siapa? Maksud kamu siapa? Siapa pun yang kamu senaraikan, mereka tidak mampu menjalankan amanah itu selain yang sememangnya ada di landasan ini...Ya, kamu! Kamu lagi!

Kamu layak di sini, jangan ragu lagi. Tugas guru bukan sembarangan. InshaAllah, setiap tadhiyyah (pengorbanan) yang kamu berikan Allah kira setiap satunya kerana Allah Maha Mengetahui. Ganjarannya sangat hebat menanti di akhirat kelak. Ingat, kita hidup bukan hanya di dunia, makanya kita perlu kutip bekalan untuk akhirat nanti dan inshaAllah landasan perguruan adalah tempat semaian amal kebaikan, buahnya (pahala) akan kita tuai di sana nanti!

p/s: sabarlah wahai guru, kalian sentiasa dalam pemeliharaan Allah, inshaAllah~

Thursday, August 4, 2011

Buku, Pensel, Pemadam

Budaya: Malas
Malas ke sekolah, malas belajar, malas mendengar nasihat a.k.a leteran guru, malas menulis, malas menjawab soalan guru. Mudahkan cerita, datang ke sekolah disebabkan suruhan ibu bapa semata-mata. Kalau tidak hadir, akan 'sakit' di'kerja'kan ayah. Makanya, datang jugalah ke sekolah. Namun, dalam seminggu, pasti ada hari ponteng. Beg yang digalas ringan seperti kapas isinya.

Alasannya :
Cikgu, kalau kami bawa macam-macam, nanti hilang...kawan lain ambil. Depa suka pinjam, tak minta, lepas tu hilang macam tu saja...
Begitulah situasinya. Sebagai alternatif, buku latihan, buku contoh soalan semuanya dikutip sebaik sahaja selesai p&p berlangsung. Hinggakan pensel 2B juga disediakan untuk menulis.

Insiden kecil. Subhanallah...gembiranya di hati apabila seorang pelajar yang memang dulunya tidak berminat untuk belajar...tiada pensel, tiada kotak pensel, tiada apa di dalam beg...hanya satu dua jenis buku saja yang ada...tiba-tiba mengeluarkan pemadam daripada poket....subhanallah! Keinginannya sudah ada untuk belajar.
"Ha, dah bawa pemadam..." (alhamdulillah, pujian kepada Allah menyahut di dalam hati). Ya Allah, ku mohon kekuatan untuk mendidik mereka untuk terus mengenali ilmuMU...Bantu diri ini Ya Rabb~
p/s: pembaris juga perlu disediakan barangkali *senyum*

Tuesday, August 2, 2011

Sanah Helwah ya Asrari

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Hari kedua di bulan Ogos 2010. Jika di'flashback' semula tarikh tersebut, subhanallah tarikh ini sangat bermakna; Temuduga daripada Kementerian Pelajaran Malaysia bagi penempatan guru di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (senang cerita temuduga mohon pekerjaan). Tiada langsung mood untuk sambutan hari lahir walau ucapan dan doa masuk melalui sms sejak awal pagi. Fokus utama hanya pada interview bertulis dan lisan. Segalanya terasa indah bila mendapat ucapan selamat daripada penemuduga itu sendiri. Alhamdulillah.

Hari kedua di bulan Ogos datang lagi tahun ini. Cepatnya masa berlalu. Allah telah memberikan amanah besar memegang taklifan sebagai pendidik. Secara rasmi, pada tarikh ini, surat tahniah dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran diterima. C dah bertukar kepada G. Syukur lillah. Itu 'hadiah' daripada Allah. Tahun ini, tiada yang menyesakkan, merisaukan, melemaskan seperti tahun lalu. 2 Ogos 2011 berlalu normal. Ya, normal seperti hari-hari biasa.

Alhamdulillah, syukran kathir buat semua sahabat, rakan, kenalan, pelajar-pelajar yang mengucapkan selamat dan doa kalian. InshaAllah, moga doa itu dimaqbulkan Allah di Bulan yang penuh barakah ini, ameen~

p/s: Mama, terima kasih susah payah lahirkan kakak ya! sayang mama...

Monday, August 1, 2011

Di mana kita di sisiNYA?

Bila otak ligat berfikir...nah, idea kali ini agak luar biasa!

Menurut Dr. Danial Zainal Abidin dalam sebuah slot motivasi pagi, bintang di langit jumlahnya 7sextilion~ angka 7 diikuti dengan 22 sifar (kosong) di belakangnya~ Banyakkah? MasyaAllah, sangat banyak! Itu hanya jumlah bintang-bintang di langit, bagaimana dengan jumlah hidupan di Bumi, flora dan fauna yang diklasifikasikan di bawah taksonomi termasuk daratan mahupun lautan? Bagaimana dengan hidupan di planet lain? Bagaimana dengan galaksi lain yang masih dikaji kewujudannya oleh para saintis dunia?

Betapa besar kuasa Allah mencipta sesuatu, diciptaNYA tanpa rasa letih sedikit pun. Segalanya yang ada adalah milik DIA yang mutlak. Dengan terbentang luas langit bersama bintang-bintang yang bersinar, dengan segala isi Bumi yang pelbagai, di mana kita di sisi Allah? Semua hidupan yang DIA ciptakan sentiasa patuh berzikir kepadaNYA.
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Bagaimana dengan kita? Nafas yang ditarik setiap minit mungkin terlupa siapa yang mengizinkannya malah mungkin tidak ingat untuk bersyukur. Nauzubillah. Persoalannya, di mana kita di sisi DIA? Suruhan yang wajib, masih belum utuh tertunai, yang sunat apatah lagi. Dengan perumpamaan yang lebih mudah: Diibaratkan semua pasir pantai di atas muka Bumi seluruhnya dikumpulkan semua sekali. Butir-butir pasir yang halus itu umpama hidupan yang Allah ciptakan. Di mana kita? Butir pasir yang manakah mewakili kita? Allah nampakkah kewujudan kita dengan amalan yang telah kita laksanakan selama ini? Soalan masih belum terjawab, di mana kita di sisi DIA?

p/s: Kita sentiasa memerlukan Allah..."It is not length of life, but depth of life" - Ralph Waldo Emerson

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers