Tuesday, August 2, 2011

Sanah Helwah ya Asrari

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Hari kedua di bulan Ogos 2010. Jika di'flashback' semula tarikh tersebut, subhanallah tarikh ini sangat bermakna; Temuduga daripada Kementerian Pelajaran Malaysia bagi penempatan guru di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (senang cerita temuduga mohon pekerjaan). Tiada langsung mood untuk sambutan hari lahir walau ucapan dan doa masuk melalui sms sejak awal pagi. Fokus utama hanya pada interview bertulis dan lisan. Segalanya terasa indah bila mendapat ucapan selamat daripada penemuduga itu sendiri. Alhamdulillah.

Hari kedua di bulan Ogos datang lagi tahun ini. Cepatnya masa berlalu. Allah telah memberikan amanah besar memegang taklifan sebagai pendidik. Secara rasmi, pada tarikh ini, surat tahniah dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran diterima. C dah bertukar kepada G. Syukur lillah. Itu 'hadiah' daripada Allah. Tahun ini, tiada yang menyesakkan, merisaukan, melemaskan seperti tahun lalu. 2 Ogos 2011 berlalu normal. Ya, normal seperti hari-hari biasa.

Alhamdulillah, syukran kathir buat semua sahabat, rakan, kenalan, pelajar-pelajar yang mengucapkan selamat dan doa kalian. InshaAllah, moga doa itu dimaqbulkan Allah di Bulan yang penuh barakah ini, ameen~

p/s: Mama, terima kasih susah payah lahirkan kakak ya! sayang mama...

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers