Friday, December 30, 2011

Tips menghadapi temuduga

Hanya yang pernah mengalami situasi temuduga sahaja yang tahu bagaimana perasaannya. Antara tips yang pernah di kongsi dari sahabat lain dan juga pengalaman sendiri:

Pakaian
1.Lelaki- baju formal, lengan panjang, seluar slack warna hitam, kasut kerja warna hitam, tali leher yang bersesuaian dengan warna baju (tidak berapa pasti untuk pakaian lelaki, namun ini sebahagian perkongsian daripada rakan-rakan)
2.pakai sedikit minyak wangi
3.bagi wanita: sopan, menutup aurat bagi yang bertudung
4.pemilihan warna baju kurung yang sesuai (elakkan warna yang terlalu menonjol)
5.berkasut (elakkan memakai sandal atau selipar)
6.pemakaian blazer untuk ekstra point di samping nampak lebih berketrampilan dan berkeyakinan
7.ada pendapat mengatakan bahawa pakaian baru mampu meningkatkan level keyakinan pada diri seseorang misalnya baju baru, kasut baru atau beg tangan baru (saya dah cuba, alhamdulillah membantu! hehe..)

Ketrampilan
1.rambut disisir rapi dan tidak diwarnakan
2.sentiasa tersenyum
3.jawab dengan penuh keyakinan (walaupun tengah berdebar-debar)
4.jika tidak dapat menjawab soalan yang diberi penemuduga, jangan cemas atau cuba menjawab dengan jawapan yang tak pasti. Jawab sahaja 'Maaf, saya tidak tahu' (walaubagaimanapun cuba pastikan anda sentiasa bersedia)
5.duduk tegak dengan tangan diletakkan di atas peha
6.letakkan beg tangan di bahagian bawah, bersebelahan kerusi agar tidak mengganggu perbualan
7.sediakan kalkulator dalam kocek baju jika ditanya soalan berasaskan matematik. Jika penemuduga bertanya relevan anda menggunakan kalkulator, jawab bahawa penggunaan kalkulator dapat meminimakan kesilapan disamping lebih efektif dan pantas( tak pasti pula utk point 7 ni, tapi kalau rasa ok, boleh je nak apply hehe)

Persediaan
1.hafal rukun negara, nama menteri kabinet, tonggak 12, isu semasa dan carta organisasi jabatan yang menemuduga anda, lain-lain isu yang dirasakan perlu
2.buku nota kecil
3.sarapan yang tidak terlalu berat (elakkan perut kosong tau...tapi masa temuduga pertama dulu memang tak selera nak jamah apa pun disebabkan terlalu nervous...hehe)
4.baju spare (tak pasti keperluannya, tetapi ada kes bajunya kotor secara tidak sengaja)
5.restu mak ayah (cium tangan untuk ambil berkat)
6.doa dan solat hajat jaangan diabaikan supaya Allah permudahkan segala urusan, inshaAllah

Semasa temuduga
1.tiba sekurang-kurangnya 30 minit sebelum temu duga diadakan
2.ketuk pintu dan beri salam kepada panel penemuduga
3.dengar dengan teliti semua soalan dan beri jawapan yang bernas
4.jika anda tidak faham soalan, minta diulang semula soalan atau sedikit penjelasan
5.berbual secara terbuka, terang dan jujur dan atasi sifat malu/gugup
6.ucapkan terima kasih kepada penemuduga pada akhir sesi

Boleh lanjutkan pembacaan DI SINI (walaupun ia berkaitan dengan temuduga MARA, boleh juga diaplikasikan mana yang positif, InshaAllah), DI SINI atau DI SINI.

Ingat, penemuduga juga manusia biasa, serahkan segalanya kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya, bismillahi tawakkal tu'alallah. Selamat menghadiri temuduga ya, Selamat Berjaya!

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers