Friday, December 23, 2011

Cakna

Ya, ambil peduli!

Melihat isu terkini berlaku pada mahasiswa, teringat masa dulu ketika bergelar mahasiswi! Alhamdulillah, cepat masa berlalu. Jom, flashback!

5 tahun dulu (ketika tahun pertama mendaftar masuk ke universiti) suara mahasiswa sangat sukar dilaungkan. Jangan ke media, dalam kampus saja belum mampu dibisik untuk hebahan.Namun, tahun demi tahun perubahan berlaku walau sedikit. Barisan pimpinan samada di kolej, persatuan-persatuan di kampus mahupun majlis perwakilan universiti sendiri mengalami perubahan. Perubahan yang bagaimana? Mahasiswa mahasiswi yang cakna tentang kekurangan dan perlukan penambahbaikan mula bangkit melangkah ke depan. Proses transformasi sangat hebat berlangsung di universiti sejak 5 tahun itu. Kalau dulu, mahasiswa hanya ikut apa yang disarankan, tiada penambahan, tiada perubahan. Yang ada cuma program biasa, suka-suka dan konsert. Namun, situasi berbeza selepas transformasi. Mahasiswa menjaga akhlak lebih gah menyerlah. Bertudung labuh, berkopiah sana dan sini. Ya, penampilan menampilkan cara pemikiran. Sekurang-kurangnya mereka tahu utamakan apa yang utama mengikut kemaslahatan kehidupan kampus. Minda mahasiswa bergerak pantas sepantas teknologi.

Teringat masa dulu, betapa peritnya untuk memastikan terlaksananya program kerohanian. Kelas, kuliah, ceramah agama sebagai ilmu tambahan sangat sukar dijalankan. Kerenah birokrasi, kerenah kepimpinan, kerenah audience cukup 'mematangkan' barisan teraju program. Hebahan program sangat sukar mendapat sambutan. Namun, tahun silih berganti. Sekarang, kuliah dan program kerohanian bertindih-tindih, Subhanallah. Hebahannya sangat hebat di ruangan blog juga Facebook junior-junior universiti. Hebat!


p/s: Teguran itu perlu untuk menjadi lebih baik. Perubahan juga perlu untuk menjadi lebih hebat.

No comments:

Post a Comment