Sunday, December 5, 2010

Fikir dan zikir

Mengimbau kisah sebelum ini, betapa perancangan Allah sangat teliti. Dengan izin Allah, Tuhan Maha Agung, tidak keterlaluan jarak langkahan kaki ini dalam mengejar ilmu dunia selama bergelar pelajar sehingga penempatan posting. Alhamdulillah, syukurku panjatkan padaNYA. Jom imbas semula takat langkah perjalanan itu:
Tahun 1 - 6 : SK Sri Limau, Lunas, Kedah
Tingk. 1 - 3 : SMK Kulim, Kulim, Kedah
Tingk. 4 - 5 : SMK Agama Kedah, Mergong, Kedah
Matrikulasi : Kolej Matrikulasi MARA Kulim, Kulim, Kedah
Universiti : Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
Posting : SMK Padang Serai, Kulim, Kedah
Allahu akbar! Langkahan kaki ini tidak jauh dari pandangan mama abah. Betapa Allah meletakkanku di tempat yang paling sesuai. Alhamdulillah~syukur...Allah is the ultimate planner!
Wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin~ kita merancang tetapi Allah ada perancangan yang lebih baik dari apa yang kita rancang
Susunan langkah-langkah itu Allah yang tentukan. Hanya berusaha memohon dengan tiada kepastian dalam penempatan di setiap takat perubahan langkah itu. Tawakal itu sungguh indah. Betapa besarnya kuasaMU Ya Rabb. Ada juga sahabat-sahabat lain yang senasib tetapi ada juga yang terpaksa merantau jauh. Kisah kita semua berbeza. Didikan Allah untuk hambaNYA.

Fikir dan zikir
Kalimah akhir dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS) seorang sahabat baru-baru ini:
"Berhati-hati dengan istidraj"
Terkesan. Fikir dan zikir. Susunan perjalanan itu sungguh sempurna walau ranjaunya penuh suka duka. Apakah di sebalik qada' dan qadar itu? Jauhkanku dari istidraj ya Rabb, na'uzubillah... Istidraj itu bahaya. Allah menguji hambaNYA dengan nikmat dan kesenangan. Manusia leka dengan nikmat yang dikurnia hingga lupa untuk terus bersyukur dan beribadah padaNYA. Peringatan! Berhati-hati dalam melangkah wahai mujahidah Islam...Allah melihat setiap langkahanmu. Terus berpegang pada taliNYA. Ya Allah, pimpinlah aku, didiklah aku, dalam meletakkan sesuatu yang haq dan yang batil, mohon redhaMU Ya Allah...ameen~
Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus (Surah Az-Zukhruf: 43)
p/s: Input berkaitan Istidraj di SaifulIslam.com

2 comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers