Thursday, December 16, 2010

Angiogram

12.12.2010: Daftar masuk. Stand by untuk operation esok.

Wad CRW: Thank you for your kindness, Dr Billy.

Esok dah nak operate, abah masih mengukir senyum! Tapi dalam hatinya hanya Allah yang tahu

Tekanan darah perlu stabil untuk jalani proses hari esok.

Sampel darah diambil~ kesian abah...5 kali cuba, masih belum dapat masukkan jarum. Salur darah mengecil ye abah?? Finally, kena ambil di lengan. Alhamdulillah, sekali ja...

13/12/2010: Selesai~ baru keluar dari bilik bedah sekitar jam 5 petang. Alhamdulillah, segala pujian buatMU ya Allah...Allah lindungi abah seluruhnya. Kesiannya tengok keadaan abah, mata abah merah, tapi abah cuba bersembang macam biasa.

Jama' Takhir~ Kemudahan Allah untuk yang bermusafir diguna sebaiknya. Selesai dari bilik bedah, abah terus nak solat. Tiada tangguh. (Nurse, jangan marah ya...kami pusing katil abah untuk abah solat...)

Syukran kathir buat Pak Cik Zan sekeluarga, luangkan masa ziarah abah~ Abah berbual macam biasa. Pengalaman masuk bilik bedah bla...bla...bla...

Apa yang berlaku?
Abah disarankan oleh doktor pakar untuk jalani Coronary Angiogram Procedure disebabkan keputusan stress test abah yang positive. Its about THE HEART! Main organ in the body which pumps the blood through the blood vessels. Risiko. Dua salur darah di jantung abah dikatakan tersumbat atau block. Rawatan terkini adalah memasukkan stand untuk membantu membuka salur darah bagi mengepam darah ke seluruh badan. Bukan cerita mudah untuk memasukkan bendasing ke dalam badan manusia walau ia sekecil biji saga. Kenapa? Sistem pertahanan badan mungkin bertindak negatif (tidak menerima) kerana tidak sesuai dengan sistem badan pesakit. Jangkitan kuman juga boleh berlaku dengan wujudnya bendasing dalam badan. Abah kuat semangat. Serahkan segala pada Allah. Tawakal.

13/12/2010: Operation day. Dr. Billy memasukkan kamera melalui paha abah hingga ke jantung bagi mengetahui situasi jantung abah dengan lebih tepat. Kuasa Allah~ Subhanallah, Allahu Akbar. Kalimah pujian bagi Allah. Menurut Dr, block pada jantung abah masih boleh dikawal oleh pemakanan & ubatan. Tidak perlu memasukkan stand sebagai bantuan. Alhamdulillah~ Allah Maha Berkuasa. Bila DIA menghendaki sesuatu, maka berlakulah ia. Kuasa Allah tiada tara. Pengalaman abah tentang kuasa Allah sangat menakjubkan. Sila rujuk entri sebelum ini: Di Sebalik Air Kolah. Allah Maha Berkuasa! Allahu Akbar!

Ucapan penghargaan buat seluruh kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star. Khususnya buat Dr, Staffnurse di wad CRW atas layanan. Inshaa Allah moga Allah merahmati kalian, ameen~

p/s: Abah pesan, kita kena rajin solat & berdoa...jangan tinggal. Mungkin ni lah keajaiban Allah untuk hambaNYA =)

3 comments:

Wardah alisya said...

Alhamdulillah...operation berjaya..ayah fara juga pernah buat pembedahan angiogram..sekarang tak boleh tinggal ubat langsung..salam buat ukhti dan family..

aba cenna said...

semoga abah syitar cpt sembuh... ameenn

Asrari said...

Ukhti fara: iye? alhamdulillah~ kalimah teragung untuk mensyukuri nikmatNYA. Moga ayah fara sihat dalam rahmat & kasih sayang Allah =)

Akh azwan: Ameen~ pembedahan asal tidak dijalankan mcm yg dirancang, jadi abah dah sembuh~ mohon Allah terus titipkan nikmat sihat buat kita semua, ameen =)

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers