Thursday, May 20, 2010

Perasaan itu bercampur

Pencarian itu berakhir dan akan bersambung kelak. Perasaan itu bercampur. Gembira sebab dah di penghujung tetapi sedih untuk meninggalkan segalanya di situ. SMKPBG – Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang. Terpahat sejuta kenangan di sana. Bermula 18hb Januari hingga 14hb Mei 2010, pelbagai rasa untuk dikenang.


Belajar mengenal Allah dan diri sendiri

Sepanjang misi praktikum, kini lebih mengenal siapa diri yang sebenarnya.Ya! Segalanya dipinjam dari DIA yang maha memberi. Misalnya, dulu tidak yakin dengan diri tetapi sekarang Allah pinjamkan keyakinan itu untukku. Allah pinjamkan kekuatan untuk terus memberi dari hari pertama hingga hari terakhir. Alhamdulillah =)


Belajar mendahului sahabat-sahabat

Sungguh! Nikmat mendahului sahabat sangat manis. Sepanjang misi ini, makna mendahului sahabat itu sangat jelas. Tidak berkira sama sekali. Ya Allah, KAU titipkanlah kasih sayang buat kami yang bersahabat keranaMU Ya Allah...ameen.


Belajar untuk terus memberi dengan ikhlas

Ya! Setiap pagi doa dipohon moga hati ini ikhlas untuk memberi. Minda dibuka sepenuhnya supaya terus memberi dan memberi walau payah sekalipun. Kadang, masalah tiba tidak diduga namun tugas memberi perlu dilaksanakan. Hati perlu kuat. Jiwa perlu tabah. Jangan dicampurkan masalah peribadi dengan tugas memberi kerana pelajar menanti dan menadah ilmu setiap hari.


Belajar untuk memiliki empati

Meletakkan diri di tempat orang lain. Tidak mudah tetapi usaha untuk memahami kondisi orang lain samada cikgu seperjuangan mahupun pelajar sendiri. Tidak mementingkan diri. Pengalaman itu sungguh unik.


Terima kasih buat sahabat yang sangat disayangi. Moga kalian dalam rahmat Allah selalu...ameen. Ukhwah itu sungguh indah, Ya Allah!

Yusra Abu Hamad

Siti Suria Shafie

Zahidatul Aziah Mohd Zuki

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers