Tuesday, April 6, 2010

Riadah itu melatih diri

Riadah; kata yang dikaitkan dengan jasmani dan fizikal. Namun, Islam itu syumul. Riadah rohani juga wujud jika kita mencari ilmu secara konsisten. Alhamdulillah, ilmu Allah sangat luas. Syukran atas perkongsian bersama Alfadhil Ustaz Muthalib.

Riadah maknanya melatih diri.
Dari sudut pandang jasmani dan fizikal contoh mudah adalah berjoging di hujung minggu. Mana mungkin kita merasa mudah untuk bangun di hujung minggu semata-mata berjoging di taman rekreasi. Hujung minggu yang sepatutnya dilapangkan untuk berehat selepas seminggu berhempas pulas bekerja di pejabat atau ke kuliah. Namun, mudah bagi yang sudah membiasakan diri berjoging di pagi hari. Jika tidak, dirasakan harinya tidak sempurna...ada saja yang tak kena.

Riadah rohani

Konsep yang sama. Melatih diri. Contoh mudah berzikir selepas solat 5 waktu. Subhanallah. Memang susah untuk diamalkan.
Alaa....tak sempat la...ada keja ni
Lepas-lepas ni la zikir...
Susah la...
Zikir apa ye...banyak sangat zikirnya...nanti la...
Pelbagai alasan diberi. Ya, bila tidak dilatih itulah situasinya! Allah... Bagaimana? Tidak susah. Amalkan selalu. Latih diri. Nak buat sesuatu kebaikan, sesuatu yang Allah suka memang selalu diuji. Nafsu. Berusahalah...Susah nak berzikir lepas tiap-tiap waktu solat? Latih diri untuk berzikir dua waktu solat dulu...kemudian tambahkan lagi. Lepas solat kejap tadi terlupa berzikir? Solat kejap lagi zikir la...jangan culas! Zikir yang paling afdhol ialah 'La ilaha ilallah, Tiada Tuhan Melainkan Allah'. Pendek. Tapi tinggi nilainya.

Susah nak bangun untuk solat malam. Malam pertama, tidak mampu bangun. Malam kedua, kunci jam...tapi bangun lambat dari waktu yang dah di setkan. Snooze. Bangun juga walau lambat. Malam ketiga. Kunci jam. Bangun, tapi lambat juga. Latih diri dan yakin pada Allah. Berusahalah untuk malam seterusnya. Insyaallah. Nikmatnya sangat tinggi.


Analogi

Lama tidak bersenam. Memang susah nak mulakan semula. Latih diri. Lari juga. Hari ini lari, sakit seluruh badan. Esok lari lagi. Lusa lari lagi. Sakit akan hilang. Nikmatnya adalah kesihatan yang baik.


P/s: Peringatan buat diri sendiri. Bukan mudah tapi tak mustahil. Have faith in HIM. Allah ada... Maaf, ayat berterabur. Selagi tidak ditulis, segalanya berlegar di kepala (^^)v

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers