Monday, May 31, 2010

senandung Labib bin Rabi'ah

Dia, seorang penyair ternama, memiliki perhatian yang besar pada bait-bait syair, berani mati kerana urusan yang remeh, terbuai dengan indahnya syair nukilan sendiri hingga rela mengorbankan hidup untuk sebuah syair. Namun, ketika Allah memberikan hidayah melalui seorang yang terpercaya iaitu Nabi Muhammad s.a.w, maka dia bertaubat dari segala kelalaian dan kesia-siaan. Kemudian, dia kembali ke mihrab untuk bersujud membaca Al-Quran dan menyenandungkan puisi ini:

"Puji hanya bagiMU, ya Allah...
Mujur ajalku belum tiba...

Kesempatan yang diberikan ini tak ku persiakan...

Akan kujadikan Islam pakaian hidupku"

~senandung Labib bin Rabi'ah


Dia pernah berkata,
"Surah Al-Baqarah lebih memuaskanku daripada ribuan syair yang pernah ku karang dan baca"

*petikan daripada penulisan Abban Lo'baw, terbitan Hijjaz Record Publishing. Syukran 'ala ukhti Jamilah hadiahkan ana buku ini. Akan dihabiskan dalam masa terdekat, insyaAllah =)

No comments:

Post a Comment