Friday, February 26, 2010

Di sebalik air kolah

Abah berkongsi dan memberi melalui pengalaman dan ilmu daripada kelas pengajiannya setiap hujung minggu. Moga Allah sentiasa merahmati beliau.

"Kakak, nanti kalau kak ada peluang cubalah kak kaji molekul air dalam kolam di masjid. Macamana strukturnya, apa yang ada padanya. Air kolah di masjid bukan sembarangan air! Kenapa abah kata macam tu, kak?"

Abah lebih suka meninggalkan persoalan untuk kami adik beradik jawab sebelum diberi jawapan yang sebenar. Inkuiri.

"Ha! Sebab orang yang datang nak ambil wudu' akan guna air kolah, betul?"

"Betul, tapi itu lebih kepada mengeratkan ukhwah antara umat Islam di qariyah tu dan juga orang yang bermusafir. Apa lagi kehebatan air kolah di masjid?"

"Hm...." termenung seketika memikirkan jawapan kepada soalan abah.

"Air kolah di masjid ni bukan sembarangan sebab air ni 'mendengar' azan dan juga ayat-ayat Allah setiap kali waktu solat. Secara saintifiknya, kakak selidiklah..."

Mengimbau. Teringat satu kisah ajaib yang berlaku dengan izin Allah. 3 tahun lepas, doktor mengatakan ada katarak yang sedang mengganggu penglihatan abah di mata kiri. Kalau nak lakukan pembedahan, kena tunggu katarak menutup semua anak mata dengan kata lain katarak menjadi matang (tidak boleh melihat/buta) supaya lebih mudah dibuang. Komplikasi lebih tinggi sebab abah mengidap kencing manis. Subhanallah! Abah menerima dengan tenang. Katarak itu mengganggu terutama ketika memandu. Kesian abah.

Pelik. Setiap kali terjumpa masjid dalam perjalanan ke kampung atau menziarahi saudara, abah akan berhenti untuk solat sunat dan membasuh muka serta merendamkan matanya ke dalam air kolah. Kekadang, sengaja tidak menggunakan highway supaya dapat singgah di masjid. Walaupun perjalanan hampir tengah malam, abah akan berhenti di masjid jika keadaan mengizinkan. Situasi ini berlarutan.

Subhanallah! Doktor terkejut dengan pemeriksaan kesihatan abah selepas itu. Katanya, katarak abah dah hilang! Subhanallah. Kuasa Allah tiada tara. Syukur ke hadratNYA.
Bila Allah menyebut kun fayakun (jadilah maka terus terjadi)

2 comments:

Nazihah bt. Idris a.k.a Marfu'atul Imtiyaz said...

MashaAllah, inspiring story=). Kak percaya, Allah consciousness all the time adalah hikmah dalam kisah ni=)termasuklah pada air kolah surau/masjid~

Asrari said...

Semuanya dalam pemeliharaan dan kuasa DIA

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers