Wednesday, March 17, 2010

Berfikir di luar kotak minda

Di suatu ketika dulu dalam perjalanan melihat kekuasaan Allah sekitar Malaysia, pernah berdialog dengan abah di tempat parkir kereta R&R.

"Abah, kenapa abah tak marah atau melenting pun kalau kakak dengan mama lambat keluar dari masjid? Perjalanan kita kan jauh lagi nak sampai ke Melaka..."

Abah diam.

"Hmm...kenapa pula nak marah...orang perempuan kan kena siap, lama la sikit...nak ambil air sembahyang kena buka tudung dulu, nak solat kena pakai telekung pulak...dah siap solat, nak pakai tudung balik...stokin lagi..semua tu bertujuan nak tutup aurat kan!"

"ooOoo...gitu ye..."

"Abah, abang, adik-adik lelaki yang tunggu ni bukan tunggu saja-saja...Insyaallah, kami pun dapat pahala sebab tunggu kakak dengan mama ikut perintah Allah"

Hatiku berbunga mekar mendengar pendapat abah. Tidak semua berfikir sebegitu.

"Ishh, asyik lambat je...ni kenapa lambat??! Solat pun lambat! Nak keluar pergi kedai pun lambat!"

Dialog di atas memang selalu di dengar tetapi bukan dari mulut abah. Alhamdulillah, moga Allah sentiasa merahmati abah dunia dan akhirat.

*Persoalan ditinggalkan di sini: Siapa wanita pada anda? ~

No comments:

Post a Comment