Saturday, February 20, 2010

Aku diuji lagi...


Drama Nur Kasih pernah mendapat rating tertinggi di tv3. Sesiapa sahaja seperti diseru untuk menontonnya. Nur diuji dengan pelbagai ujian sebelum mendapat sesuatu yang sangat diharapkannya dalam sebuah kehidupan setelah berkahwin. Sedih, kecewa, sebak, hilang punca segalanya silih berganti.

Allah s.w.t menguji hambaNYA untuk menguji tahap iman dalam diri. Namun, segalanya berakhir dengan baik dan terbaik!
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta" (Al-Ankabut: 2-3)
Aku diuji...
Kenapa Allah s.w.t menguji hambaNYA? Allah s.w.t akan menguji sebelum Dia memberi sesuatu kelak. Subhanallah. Hidup diuji bertalu-talu ketika menerima keputusan abah supaya berpindah sekolah apabila mendapat keputusan cemerlang PMR 2002. Diri ini sentiasa bertanya kenapa harus berpindah ke sekolah agama negeri sedangkan aku berada di sekolah elit? Namun, aku menerima cadangan abah sebulat hati kerana aku tahu setiap cadangan ibu bapa adalah yang terbaik untuk anak-anak. Bukan mudah untuk sesuaikan diri di tempat asing, jauh dari keluarga, cara belajar yang 100% berbeza (lebih advance dari sekolah lama). Namun, aku sedar Allah s.w.t merancang sesuatu untuk aku.

Dulu. Itu dulu! Bila difikirkan kembali perjalanan hidupku. Subhanallah, selepas ujian-ujian tersebut diri ini terus dilimpahi nikmatNYA meneruskan ibadah dalam mencari ilmu Allah s.w.t. Pintu peluang sentiasa ada untukku, terbuka satu persatu. Sungguh! Betapa ujian dulu mengajar aku bersyukur dengan segalanya.
Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah.
Lembaran sejarah mengungkap kisah-kisah nabi yang sentiasa diuji Allah. Hidup manusia adalah ujian Allah samada kesenangan atau kepayahan. Allah menguji seseorang itu kerana Allah s.w.t mempunyai rahsianya tersendiri samada hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Mehnah hidup
untuk menginsafi hakikat diri
untuk muhasabah iman tersembunyi
untuk memperbaiki kelemahan di hati
untuk mengenali siapa Tuhan yang hakiki
~asrari

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers