Thursday, July 30, 2009

Field Trip to Gunung Lang, Ipoh

Field Trip to Gunung Lang, Ipoh
24-26 Julai 09
the best experinces =)

24 Julai 09 (Jumaat)

2.45 pm
- berkumpul di hadapan auditorium (semua pelajar Biologi sem 7)
- 3 destinasi berbeza untuk 3 kumpulan (Gunung Lang, Sungkai dan Kuala Selangor)
3.30 pm
- bertolak ke destinasi masing-masing
5.00 pm
- solat asar di R&R
5.30 pm
- tiba di Gunung Lang, berkumpul dan bergerak ke jeti
- tiket bot RM3, tapak perkhemahan RM6, makan RM35
(semua kata mahal termasuk Dr Husni,Ecology's Lecturer)
6.00 pm
- Tiba di tapak perkhemahan
- kami ditemani oleh Dr Fatimah yg sporting, En Zahid, lab assistant (en Faizi dan Pn Irawati), seorang komando (En Nizam)
- dirikan khemah
8.00 pm
- makan malam, tiada pengisian berat hanya taklimat keselamatan oleh En Nizam, semua kumpulan kecil berbincang berkaitan task masing-masing
- setiap kumpulan perlu siapkan 2 task
- untuk kump 4, water quality dan herbarium (wild species)
9.30 pm - tidur

25 Julai 09 (Sabtu)
8.00 am
- sarapan (kuih karipap, donat, cucur badak)
8.30 am
- semua kumpulan bersiap sedia untuk siapkan task masing-masing.
- task kump 4 overlap dgn kump lain (salah faham dengan arahan daripada Dr Fatimah)
9.15 am
- balik semula ke tapak perkhemahan untuk siapkan Water quality
- ambil sampel air di setiap kolam yg ada
2.30 pm
- jungle tracking
- taklimat oleh Uncle Den (suami Dr Hasimah, KJ)
- naik gunung dan masuk gua
4.30 pm
- selesai jungle tracking
- Dr Fatimah beri cadangan naik ke puncak untuk siasat pokok cycad yang boleh diperhati dari bawah..
- sepatutnya cycad boleh tumbuh di kawasan lembap je, so Dr nk pastikan betul ke itu cycad
- En Zahid turut serta
- sahabat-sahabat lain semua kembali ke tapak perkhemahan, yang tinggal hanya kak zi, yus, chuah, izati, hazim, alawi, jimmy, en faizi, asyraf (RA Dr Husni) dan anak Dr Fatimah, Zulkarnain
- En Nizam mengetuai aktiviti spontan ini
- kawasan itu sgt curam, agak sukar untuk kaum banat nak naik ke atas.
- semua berdegil, akhirnya semua sampai ke atas kecuali Dr Fatimah dan Izzati...mungkin keletihan
- memang dapat lihat pokok cycad walau agak jauh.
6.30 pm
- tiba di tapak perkhemahan
8.00 pm
- makan malam, topik utama perbualan makanan mahal tapi tidak cukup untuk semua, briefing aktiviti esok oleh ketua (reza) dan Dr Fatimah
8.30 pm
- mandi, bersihkan diri dan solat
9.30 pm
- berbual berkaitan PBA sampai lewat malam, sahabat lain berbual sambil menyanyi, hilangkan keletihan, kenangan sem akhir
12.15 am - tidur

26 Julai (hari terakhir)
8.30 am
- sarapan (bihun goreng), hujan turun agak lebat, sarapan bersama Dr Fatimah =)
- En Zahid tiba di tapak perkhemahan (berulang alik dari rumah)
- berbual dengan Dr Fatimah dan En Zahid sampai hujan berhenti, macam-macam cerita yang dikongsi
- bermula dengan macam mana nak kenal pasti spesis pokok (akademik) hinggalah kepada kenangan lalu di UKM
- En Zahid junior Dr Fatimah, seronok dengar mereka mengimbau kenangan lama, campus of life
- salah satu cerita, ada 2 orang student UKM (India) nak bunuh diri akibat tension dengan pelajaran
- couple tu nak terjun di kolam dlm UKM, kedua dah bersedia.
- Si lelaki menyorok daripada si wanita
- Si wanita tu terjun selepas menoleh ke kiri dan kanan bila si lelaki dah tiada di sisi
- sebenarnya, tempat yang si wanita terjun tu cetek je...Dr Fatimah kata semua student keluar dari kolej, sambil ketawa
- tak jadi bunuh diri he...he...
11.30am
- hujan dah reda, matahari dah keluar...suasana lembap bertukar panas
- track untuk panjat gunung tak lah licin
- hanya yang berminat menyertai aktiviti ini, tiada paksaan, lebih kurang 25 org shj, yang lain mungkin tidak suka dengan aktiviti lasak
- semua berkumpul, menaiki bot untuk ke gunung yang lain, bertentangan gunung kemarin
- melihat spesis pokok di gunung yang berbeza
- sesuatu yang menarik di situ, terdapat gua bilik, apabila masuk ke dalamnya, hanya muat untuk seorang, terpaksa merangkak
- tetapi kami masuk, sampai 4 orang, berhimpit untuk lihat kekuasaan allah
- dinding gua sangat unik, stalaktik, stalakmig, air bukit subhanallah...tidak dapat dihuraikan dgn kata
- Dr Fatimah tidak dapat masuk kerana perlu merangkak dan luasnya agak terhad
1.30 pm
- Dr nak naik ke atas puncak untuk lihat spesis di sana
- shbt lelaki dah siap sedia di sisi gunung utk membantu shbt wanita, En Nizam, Hazim, Jimmy.
- Liza , naik dahulu diikuti Dr Fatimah dan Hajar
- Yang lain tidak dibenarkan naik sbb space limited
- agak kecewa
2.00 pm
- akibat ingin mengetahui apa yang ada di puncak, kami 3 sahabat mencari jalan yg lain...degil betul he..he..
- berjaya ke kumpulan Dr Fatimah walau ada bahaya...alhamdulillah
- sahabat2 yang lain ikut track yg kami guna...semua nak ke puncak.
- alhamdulillah, dapat lihat spesis cycad, byk juga tumbuh di situ...kalau dijual mahal harganya hampir mencecah ribuan ringgit

- kami bertiga agak lasak kerana dah biasa dgn aktiviti ini, shbt lain mcm terkejut juga...muslimah pun boleh!
3.30 pm
- kami naik bot yang kedua ke tapak perkhemahan semula, yg tinggal hanya 7 wanita termasuk Dr Fatimah, 4 lelaki
3.35 pm
- tiba di tapak perkhemahan, makan tengah hari, bersihkan diri, solat, kemas khemah
4.30 pm
- Dr Fatimah balik dgn staf UPSI naik pajero
- 2 bas menunggu utk kembali ke UPSI

p/s: sahabat-sahabat, kenangan yang wujud takkan dilupakan...the best memories with you!!
nanti kita gathering semula di Gunung Lang.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers