Friday, January 15, 2010

Pencarian bermula


Mengajar untuk belajar
Redha DIA ku pohon selalu
Rahmat DIA ku nanti tiap waktu
Hanya DIA yang tahu
Kuatlah wahai hatiku
Moga pencarian itu dipertemukan buatku
~ Asrari

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS 2) dan praktikum yang mengambil masa kira-kira 16 minggu telah bermula. Langkah sedang diatur dalam pencarian ini. Datang dari sekolah dan kini kembali ke sekolah semula namun dengan taklifan berbeza. Pendidik. Bukan mudah, tapi berusahalah. Buka minda, buka hati!

Dalam menyelusuri pencarian redha Yang Esa, blog ini mungkin tidak dapat dikemaskini sekerap sebelum ini. Insyaallah, jika berpeluang untuk menulis, entri akan dipos jua. Doakan saya dalam pencarian redha Allah s.w.t.


Buat sahabat sahabiah yang turut serta dalam motif pencarian yang serupa, berusahalah. Allah mengira setiap langkah dan tangga perjuangan kita, Insyaallah.

Saturday, January 9, 2010

Dilema hidup

Salah tafsiran...
Memberi itu mengurangkan. Kita yang susah-susah mencari, dia pula senang-senang mendapat. Bagaimana seseorang boleh suka akan sifat ini?

Fahami konsep memberi...
Realiti, fitrah kehidupan tidak begitu. Memberi tidak akan mengurangkan. Hukama mengatakan, harta milik kita yang hakiki ialah harta yang diberi ke jalan Allah. Yang lain, kita hanya tukang simpan, bila kita mati harta itu ditinggalkan segala. Pakar motivasi turut bersetuju bahawa memberi lebih menggembirakan daripada menerima. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, begitu maksud hadis. Kenapa tidak percaya dengan janji Allah?
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga." (Al-Israa' 17:7)
Perguruan...
Kerjaya guru memang sinonim dengan konsep memberi. Tugasnya memang untuk memberi dan berkongsi. Kita mesti sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain beerti memberi kepada diri sendiri walaupun itu bukan niat ketika kita mula memberi. Kita memberi kerana Allah memberi. Mencontohi Allah al-Wahhab!
Istilah 'give and take' dimulakan dengan perkataan memberi (give) dan diikuti dengan perkataan menerima (take) bukan sebaliknya. Benar. Bila kita memberi, kemudian barulah kita menerima. Kalau kita memberi, pasti ada yang menerima tetapi kalau semua tunggu untuk menerima, siapa yang hendak memberi?

Dilema praktikum...
Bukan berbicara tentang 10 jam kredit semata-mata tetapi mengajar diri mengenal dunia perguruan. Kehidupan baru bermula dengan langkah ini. Segalanya ada di sana. Bagaimana pergaulan dengan guru-guru? Bagaimana pergaulan dengan pihak sekolah? Bagaimana pergaulan dengan pelajar sekolah? Yang paling utama, bagaimana pergaulan dan hubungan diri dengan Allah?
"Ala...praktikum dah nak start dah...aku nervous la..."
"Kamu dah sedia ke nak praktikum ni?"
"Korang dah prepare ke?"
"Macam tak ready lagi je nak jadi cikgu nie...huhu"
"Betul ke nak jadi cikgu nie?"
Jika masih ada keraguan dalam diri, kikislah ia. Kata orang, kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita dapat. Insyaallah, moga Allah terus meminjamkan sedikit kekuatanNYA kepada kita untuk mengasah diri menjadi hambaNYa yang sentiasa ingin memberi.

Ceriakanlah kembali diri dengan memberi. Memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan diri tetapi memberi kerana Allah. Ya, kita akan lebih banyak menerima jika kita memberi bukan untuk menerima. Apa yang hendak diberi? When there is will, there is a way! Doa juga salah satu pemberian.

p/s: Perkongsian buat semua sahabat-sahabat yang bakal menempuh sesi praktikum 18 Januari 2010. Good luck for you guys. Miss you all =)

Friday, January 8, 2010

Ikan sepat vs ikan puyu

Entri kali ini berkaitan dengan aktiviti pada cuti semester lepas (bulan Disember, 2009). Memang menarik sebab kebetulan musim padi sedang menguning. Subhanallah, memang cantik! Kuasa Allah tiada tandingan. Hanya sesiapa yang menyedari akan merasa sangat dekat denganNya. Bila padi sedang masak, ikan dalam bendang pun banyak. Apa lagi, jom menyauk ikan!!!

"Kak, nak guna apa nak sauk ikan nie?? Hmmm...takkan nak korek guna tangan ja..."
"Tuuu...kipas tu dah rosak kan cik, amek cover kipas tu la untuk sauk ikan....hehe....pi minta izin kat makngah dulu..."
"hentam la...janji boleh sauk...haha...". Petang tu memang rezeki kami adik beradik nak menyauk ikan. Riuh bendang sebelah rumah makngah dengan suara adik-adik sepupu.

Penggunaan alat menyauk di dalam gambar di atas tidak dibenarkan sama sekali. Hehe..tetapi sebab dah takde alat yang sepatutnya, guna la apa yang ada depan mata...bak kata pepatah, tiada rotan akar pun berguna. Sentiasa berfikiran kreatif.

"Cepat abang cik, ikan sepat tu melompat!"
"Cik, sana ada ikan!"
"Alamak, lintah la!!"
"Abang cik, sini!"

Macam-macam gelagat adik-adik sepupu di bendang petang tu. Seronok dapat berkumpul setiap kali cuti sekolah dengan semua. Moga kalian sentiasa dirahmati Allah. Cepat besar ye adik-adikku, moga jadi insan yang dibangga ibu ayah, ameen. Mama dengan abah pun ada sekali sambil berkongsi cerita dulu-dulu.


Tukar selera! Asyik makan ayam je tiap hari, jom kita ubah selera. Best juga kekadang kita makan lauk yang simple tapi sedap. Menu kami malam tu gulai/kari ikan, sayur manis, petai bakar, ulaman, sambal belacan dan ikan sepat, ikan puyu goreng.

Esoknya, kami meneruskan misi yang masih belum selesai.
"Cik, hari ni kita nak buat apa lagi cik?"
"Kak, jom mandi parit la plak...hehe...ishh, tapi adik-adik kecik ramai la plak...bahaya kan kak..."
"Tau takpa...tak payah la...cik menjala la plak..."
"Ok gak tu, jom!"

Bukan senang nak menjala ni. Pada yang pakar memang takde masalah. Tapi yang tak biasa, kena belajar dulu nak tebar jala bagi terbuka, kalau tak terbuka macamana ikan nak di terperangkap dalam jala. Menjala hasilnya lebih banyak berbanding cara yang lain. Kekadang, ikan haruan pun boleh dapat kalau ada rezeki.

Inilah antara aktiviti yang boleh dibuat di kampung Tanjong Piandang, Parit Buntar, Perak.

Thursday, December 24, 2009

Nak aiskrim...

“Abah, kalau kita minta daripada Allah tapi kita tak dapat maknanya mungkin Allah belum nak bagi lagi kan, atau mungkin kita ada dosa yang kita buat tapi kita tak sedar, atau mungkin ada perancangan lain yang Allah nak bagi kan...tapi...
kalau kita minta sesuatu daripada Allah...dapat,minta...dapat,minta...dapat walaupun kita tau kita ada/banyak buat dosa padaNya secara terang atau tersembunyi...macam mana ye abah?” Persoalan yang bermain di fikiran terus ditanya pada abah. Kali ini dapur pula menjadi tempat berkongsi idea kami.

“Owhhh..senang je. Meh abah cerita”. Abah sibuk memasukkan sayur yang telah dipotong ke dalam kuali. Malam ini abah saja nak goreng mee untuk kami anak-beranak.
........................................
Ada seorang anak kecil nie...dia nak sangat makan aiskrim...nak sangat-sangat...
“ayah, adik nak aiskrim boleh?”
“tak payah la...nanti batuk”, jawab si ayah
“ala...boleh la ayah...sekali je”, rayu si anak kecil
“tak boleh nanti sakit susah, dua hari lepas kan dah makan”, tegas si ayah
“ala ayah, sekali ni je”
“tak boleh”
“nak juga aiskrim tu...boleh la ayah”, rengek si anak hampir menangis
“nah duitnya!” Akhirnya, si ayah menyeluk saku dan menghulurkan wang kepada si anak kecil.
.........................................
“Kakak faham tak cerita abah tadi?”
“Faham”. Tersentap ketika mendengar analogi mudah itu.
“Dalam cerita tu, apa yang jadi?”
Otak ligat berfikir mencari jawapan kepada soalan abah, “Ayah tu bagi duit secara terpaksa”
“Ha, betullah tu. Samalah situasinya dengan yang kakak tanya tadi. Allah bagi dalam keadaan yang tidak diredhaiNya..tapi Dia tetap bagi. Itu menunjukkan betapa Allah Maha Pemurah!” Mee siap di goreng bila sampai di akhir perbualan.

Tuesday, November 24, 2009

Pelangi pagi di KHAR


Pemandangan daripada tingkap rumah 1.6.2 bilik nombor 2, Kolej Harun Aminurrashid. Kebetulan hujan renyai pagi tu...beberapa hari sebelum tinggalkan segalanya.


Akhirnya, semester tujuh sampai ke penghujungnya.
segalanya telah berlalu dengan lancar...segalanya!
Untuk praktikum, hold on dulu =)
kini, menghitung saat yang berbaki sebelum kaki meninggalkan KHAR, UPSI dan seterusnya Tjg Malim
seorang demi seorang tinggalkan KHAR.
Aiiishhh...sayu pulak hati.
Manakan tidak, sejak semester 1, Julai 2006 menetap di KHAR until now.
Almost 4 years!

i'm gonna miss all my friends
i'm gonna miss all the lecturers
i'm gonna miss KHAR
i'm gonna miss UPSI
i'm gonna miss Tjg Malim
i'm gonna miss every single things here

Tanjong Mu'allim...tempat kita mencari, menggali, mengorek, menadah, menyedut segala ilmu yang ada. moga Allah memberkati ilmu yang diperoleh
Segala cerita bercampur dalam memori jangka pendek dan jangka panjang.
Simpanlah ia. Yang manis dijadikan kenangan, yang pahit dijadikan pengalaman.

Sunday, November 22, 2009

Syahidmu di sana senyum bidadari

Suara Duka Angin Gazza, Gegar Jantung Bumi Kita
Nyawa Anak Di Hujung Senjata, Tangisan Bonda Hanya Sia-sia
Masirah Anak Al-durrah, Netzarim Bermandi Darah
Begitu Megah Mata Memandang Dusta
Masirah Dalam Amarah, Hilang Kalam Kebenaran
Kudrat Alam Hanya Menjadi Rebutan
Berbaris-barislah Ke Satu Arah
Jangan Sampai Berpisah Menyusun Langkah Mencari-cari Erti Kedamaian
Di Dalam Jiwa Tersirat Jawapan
Masirah Anak Al-durrah, Netzarim Lambang Perjuangan
Kita Menanti Tangan Pembelaan, Masirah Dalam Amarah
Hilang Kalam Kebenaran, Kudrat Alam Hanya Menjadi Rebutan
Masirah Anak Al-durrah, Netzarim Lambang Perjuangan
Kita Menanti Tangan Pembelaan
Masih Menanti Tangan Pembelaan

Lagu Masirah dinyanyikan oleh M. Nasir dan liriknya ditulis, S.Amin Shahab.

Muhammad Rami Jamal ad-Durrah, anak Palestin berusia 12thn yang menyabung nyawa ditembus peluru Yahudi Israel sekitar thn 2000, saat berlakunya pertembungan berdarah antara polis Israel dan warga Muslim Palestin di Netzarim, Jalur Gaza. Peluru serdadu Israel menerpa ke susuk Muhammad ad-Durrah yang berada di dalam pelukan ayahnya. Akhirnya kaku terkena empat tembakan di pangkuan si ayah. Al-Fatihah buat semua mujahid di sana.

Saudaraku...
Perjuanganmu di sana impianku selalu, Jihadmu di sana harapanku selalu, Syurgamu di sana cita-citaku, Tangismu di sana menyejukkan bumimu, Syahidmu di sana senyum bidadari, Dinginmu di sana selimut Firdausi, Cintamu di sana cinta abadi.


*petikan daripada penulisan Abban Lo'baw. Syukran, ukhti Jamilah hadiahkan ana buku ini. Akan dihabiskan dalam masa terdekat, insyaAllah =)

Monday, November 16, 2009

Anak mama dah pandai solat...

Dinihari terasa penuh dengan kerinduan...
Rindu pada ibu yang telah melahirkan...mendidik...mengasuh...segalanya.

Teringat masa dulu-dulu...dalam umur 6 tahun, mama ajar ana solat...
Mama nurse dekat Hospital Kulim. Kalau mama tak kerja shif petang, lepas asar mama duduk tepi sejadah tunggu ana dengan akh ana...nak check bacaan dalam solat kami...salah ke tak...siap la...rotan di sebelah.

Tak kira masa tu tengah buat apa pun, kena juga solat depan mama...tak pakai baju yang sesuai pun takpe...kena juga. Ada suatu hari pakai baju kembang, mama kata "jom, hari ni mama nak check bacaan kak. Mai tunjuk kat mama..."
Hmmm...Kalau malas, kena rotan kat betis...huhu...mama ajar setiap bacaan dalam solat.

Hari ini anak mama dah pandai solat...alhamdulillah. Doa titipan setiap kali solat untuk mama dan abah. Terima kasih atas didikan mama dulu...kena rotan pun xpe =)

Sunday, November 15, 2009

Jom pantau makmal Sains UPSI

Makmal Sains di UPSI
Jom buat pemantauan berkaitan makmal di UPSI di Bangunan Pakar (bersebelahan SITC). Peralatan yang cukup lengkap. Syabas kepada pihak pengurusan makmal dan Fakulti Sains dan Teknologi UPSI.

Tingkat 2 adalah makmal Kimia manakala tingkat 3 dan 4 adalah makmal Biologi. Bukan saja-saja pantau, mungkin ada informasi berguna dalam penyediaan makmal. Boleh diaplikasikan di sekolah kelak =)

Makmal Kimia~

Lengkap dengan segala kemudahan, teratur dan selamat.
Terima kasih buat pembantu makmal kimia, En Ibrahim yang melayan kerenah kami, pelajar sem 7 untuk menyiapkan projek Bioteknologi yang lepas. Macam-macam kes ada, nak pinjam yang tu la...yang ni la...hehe... En Ibrahim, 5 set penyulingan tu kami dah hantar tau =)

Kebuk wasap

Chemical solutions
.........................................................................................................................................................

Makmal Biologi~

Pensyarah-pensyarah Biologi yang caring ~Thanks alot Dr Haniza =)

Bilik khas untuk menjalankan projek kultur tisu dan projek mikrob

Alatan komputer yang canggih:
Demonstrasi daripada Dr Haniza untuk mendapatkan data daripada sampel DNA (gel elektrolisis)

Terima kasih buat semua staf di Bangunan Blok Pakar terutama di makmal biologi: Pn Erawati, Pn Ira, Pn Lily, En Haizi, En Adi dan En Khairul...semua-semua la...yang telah membantu kami sepanjang kami di UPSI.

Saturday, November 14, 2009

KeredhaanMu

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

(Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.)

Tuesday, November 10, 2009

Prebet Sapu


Menghitung sisa-sisa minit yang berbaki sebelum kaki melangkah meninggalkan Tanjong Muallim ini, segalanya di rasakan sangat manis. Setiap hal di ambil kira dalam meniti kehidupan sepanjang 7 semester di UPSI. Salah satunya ialah perkhidmatan prebet sapu. Walaupun tidak dihebahkan secara besar-besaran namun perkhidmatan ini sangat diperlukan oleh penuntut yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Kalau di tanya pada yang bermotosikal atau berkereta semestinya tidak tahu, tidak disenangi atau senang kata (mungkin) menyampah dengan adanya pakcik-pakcik prebet ini.

Berbeza pula kalau di tanya pada yang tiada kenderaan. Pakcik-pakcik ini yang sedikit sebanyak membantu dalam urusan seharian di UPSI. Manakan tidak, kekadang bas UPSI tidak ada bila ia diperlukan dalam masa yang terburu-buru. Misalnya nak ke klinik atau ke pekan. Pakcik-pakcik prebet inilah yang membantu. Walaupun bayarannya tidak menentu tetapi tidak salah kalau saya katakan bayarannya berpatutan dengan kedudukan kita yang berstatus pelajar dan lebih murah berbanding teksi yang ada.

Bagi yang menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM), prebet sapu diperlukan untuk sampai ke stesen KTM. Begitu juga daripada stesen KTM ke rumah/kolej semula selepas balik dari kampung. Walaupun seawal jam 3 atau 4 pagi, pakcik-pakcik prebet sapu ni tidak kisah untuk memberi perkhidmatan mereka. Memanglah mereka dapat bayaran daripada penumpang...tetapi cuba buka fikiran kita ke konteks yang lebih besar. Kalau yang mahasiswa, bila sampai je di stesen KTM, kawan dah tunggu di atas motosikal. 5 minit dah sampai rumah. Mahasiswi macamana pula keadaannya? Bukan nak salahkan sesiapa...tetapi inilah realitinya pada yang menggunakan
public vehicle. Siapa yang tolong gadis-gadis ni supaya selamat sampai ke rumah masing-masing sekitar jam 3-4 pagi? Siap bagi nasihat, "kamu jangan naik kereta yang pemandunya India, bahaya, kekadang diorang charge mahal."

Di dalam konteks yang lebih luas, pakcik-pakcik ini membantu anak-anak muda Islam umumnya dalam proses berjihad. Diorang juga mendapat saham pahala! Subhanallah...
Artikel kali ini sengaja ditulis bagi mengingati jasa pakcik-pakcik prebet sapu yang ada di sekitar UPSI.
(*tolong promote sekali nie hehe...)

Untuk adik-adik junior UPSI, carilah pakcik-pakcik prebet yang 'ok' daripada senior-senior kamu ye. Insyaallah, apa-apapun kita letak segala kepercayaan pada Allah...sebab kita tidak tahu disebalik hati-hati manusia.
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers