"Kak, nak guna apa nak sauk ikan nie?? Hmmm...takkan nak korek guna tangan ja..."
"Tuuu...kipas tu dah rosak kan cik, amek cover kipas tu la untuk sauk ikan....hehe....pi minta izin kat makngah dulu..."
"hentam la...janji boleh sauk...haha...". Petang tu memang rezeki kami adik beradik nak menyauk ikan. Riuh bendang sebelah rumah makngah dengan suara adik-adik sepupu.
"Cik, sana ada ikan!"
"Alamak, lintah la!!"
"Abang cik, sini!"
Macam-macam gelagat adik-adik sepupu di bendang petang tu. Seronok dapat berkumpul setiap kali cuti sekolah dengan semua. Moga kalian sentiasa dirahmati Allah. Cepat besar ye adik-adikku, moga jadi insan yang dibangga ibu ayah, ameen. Mama dengan abah pun ada sekali sambil berkongsi cerita dulu-dulu.
Tukar selera! Asyik makan ayam je tiap hari, jom kita ubah selera. Best juga kekadang kita makan lauk yang simple tapi sedap. Menu kami malam tu gulai/kari ikan, sayur manis, petai bakar, ulaman, sambal belacan dan ikan sepat, ikan puyu goreng.Esoknya, kami meneruskan misi yang masih belum selesai.
"Cik, hari ni kita nak buat apa lagi cik?"
"Kak, jom mandi parit la plak...hehe...ishh, tapi adik-adik kecik ramai la plak...bahaya kan kak..."
"Tau takpa...tak payah la...cik menjala la plak..."
"Ok gak tu, jom!"
Bukan senang nak menjala ni. Pada yang pakar memang takde masalah. Tapi yang tak biasa, kena belajar dulu nak tebar jala bagi terbuka, kalau tak terbuka macamana ikan nak di terperangkap dalam jala. Menjala hasilnya lebih banyak berbanding cara yang lain. Kekadang, ikan haruan pun boleh dapat kalau ada rezeki.Inilah antara aktiviti yang boleh dibuat di kampung Tanjong Piandang, Parit Buntar, Perak.



No comments:
Post a Comment