Saturday, January 9, 2010

Dilema hidup

Salah tafsiran...
Memberi itu mengurangkan. Kita yang susah-susah mencari, dia pula senang-senang mendapat. Bagaimana seseorang boleh suka akan sifat ini?

Fahami konsep memberi...
Realiti, fitrah kehidupan tidak begitu. Memberi tidak akan mengurangkan. Hukama mengatakan, harta milik kita yang hakiki ialah harta yang diberi ke jalan Allah. Yang lain, kita hanya tukang simpan, bila kita mati harta itu ditinggalkan segala. Pakar motivasi turut bersetuju bahawa memberi lebih menggembirakan daripada menerima. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, begitu maksud hadis. Kenapa tidak percaya dengan janji Allah?
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga." (Al-Israa' 17:7)
Perguruan...
Kerjaya guru memang sinonim dengan konsep memberi. Tugasnya memang untuk memberi dan berkongsi. Kita mesti sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain beerti memberi kepada diri sendiri walaupun itu bukan niat ketika kita mula memberi. Kita memberi kerana Allah memberi. Mencontohi Allah al-Wahhab!
Istilah 'give and take' dimulakan dengan perkataan memberi (give) dan diikuti dengan perkataan menerima (take) bukan sebaliknya. Benar. Bila kita memberi, kemudian barulah kita menerima. Kalau kita memberi, pasti ada yang menerima tetapi kalau semua tunggu untuk menerima, siapa yang hendak memberi?

Dilema praktikum...
Bukan berbicara tentang 10 jam kredit semata-mata tetapi mengajar diri mengenal dunia perguruan. Kehidupan baru bermula dengan langkah ini. Segalanya ada di sana. Bagaimana pergaulan dengan guru-guru? Bagaimana pergaulan dengan pihak sekolah? Bagaimana pergaulan dengan pelajar sekolah? Yang paling utama, bagaimana pergaulan dan hubungan diri dengan Allah?
"Ala...praktikum dah nak start dah...aku nervous la..."
"Kamu dah sedia ke nak praktikum ni?"
"Korang dah prepare ke?"
"Macam tak ready lagi je nak jadi cikgu nie...huhu"
"Betul ke nak jadi cikgu nie?"
Jika masih ada keraguan dalam diri, kikislah ia. Kata orang, kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita dapat. Insyaallah, moga Allah terus meminjamkan sedikit kekuatanNYA kepada kita untuk mengasah diri menjadi hambaNYa yang sentiasa ingin memberi.

Ceriakanlah kembali diri dengan memberi. Memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan diri tetapi memberi kerana Allah. Ya, kita akan lebih banyak menerima jika kita memberi bukan untuk menerima. Apa yang hendak diberi? When there is will, there is a way! Doa juga salah satu pemberian.

p/s: Perkongsian buat semua sahabat-sahabat yang bakal menempuh sesi praktikum 18 Januari 2010. Good luck for you guys. Miss you all =)

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers