Saturday, January 22, 2011

Bait kata

.:: Istimewa buat ::.
Sahabat sahabiah yang bakal menjalani praktikum
Akh wa Ukht Lujnah Lughatul 'Arabiah UPSI,
Ex-roomate/housemate KHAR,
Adik-adik junior di Jabatan Sains & Teknologi UPSI


Buat adik-adikku...tahniah buat kalian kerana telah berjaya mengharungi 7 semester yang lalu. Congratulation for the coming practicum as a true teacher. Alhamdulillah, segala pujian buat Allah yang mengizinkannya. Takut? Seriau? Gementar? Risau? Seronok? Ya, semuanya bercampur bagai rojak buah. Yang pasti, tetapkan matlamat dalam diri. Definisi guru sebagai pendidik cukup luas. Pengalaman bakal kalian kutip satu persatu bagi memahami makna sebenar. Dulu, kita semua bermula di sekolah dan sekarang, kita kembali ke sekolah tetapi dengan tanggungjawab atau taklifan yang berbeza. Dulu pelajar, sekarang guru. Senang ke? Tak! Kalian (atau lebih tepat adalah kita) sedang menempah sukar, tetapi berusahalah! Stay focus, Stay smile & go forward. Ingatlah, kita kuat dalam melangkah adalah kerana Allah. DIA pinjamkan kita kekuatan itu. Moga kalian gagah membuat langkahan sepanjang praktikum kelak. Mohonlah dari DIA Yang Maha Kuat. Do read the previous entries during my practicum last year. Perkongsian yang tidak seberapa masa praktikum sepanjang Bulan Januari-Mei 2010 yang lalu.
1-Betul ke nak jadi cikgu nie @ Dilema hidup
2-Pencarian bermula
3-Sedang 'bercinta'
4-Perasaan itu bercampur

Berkongsi bait nasihat daripada seorang tutor di Jabatan Kimia:
"Well, it is not a big deal to get an 'A' for practicum. As long you write the lesson plan, create creative teaching materials, as well as participate in all school activities, you already one step away for 'A'. The most crucial moment is during the classroom instruction. During that point, you should show your very best in terms of delivering the lesson, interaction with students, instruction clarity, lesson fluency, and also your creativity. Try to impress your supervisor during the observation by doing a creative lessons that can attract students' attention and make them understand the concepts. Also, be open minded to accept any critic or suggestion in order to improve your skills."
Thanks for your great words Sir Ibrahim! It helps me a lot, Alhamdulillah =)
Ya Allah, adik-adikku bakal melangkah ke dunia pendidikan yang sebenar sebagai pendidik,lapangkanlah fikiran mereka, tenangkanlah hati mereka dalam menyusuri perjalanan itu, Inshaa Allah mereka bakal mendidik pejuang-pejuang kecil Islam yang sedang membesar & dahagakan ilmu. Permudahkan urusan mereka Ya Allah, Rabbuna yassir wa la tu'assir~

No worries my dear brothers & sisters. Just go with smile, enjoy the life...lots of experience there, make sure you enjoy each moments yea~
Wishing you all the best!

p/s: Buka minda, buka hati, kenali diri & Ilahi

Friday, January 14, 2011

'Kisah itu'

Kisah itu makin kompleks.
Kamu nak tahu sesuatu? Warnanya telah bertambah! Sungguh!
Jadi kenapa? Sesakkah? Ohh tidak...inshaaAllah tidak sama sekali. Hadirnya menambah seni pada kain putih itu. Pengalaman.
Jika datang, ya dipersilakan! Persoalannya, bagaimana boleh bertambah? Allah sahaja tahu jawabnya.
Andai bertambah warna, hasil lukisan nanti pasti cantik dan menawan kan! Tetapi rasanya kain putih itu tidak mengharapkan jumlah warna yang bakal mewarnainya tetapi mengharapkan kualiti warna itu agar mencanteng dengan baik. Warna utama perlu 'kuat' untuk menonjolkan seni warnanya.
Allahumma yassir wa la tu'assir, ameen...

p/s: Faham tak? Kalau tak faham, abaikan saja...senyum.

Wednesday, January 12, 2011

Sibuk ya?

Kamu sibuk tak?
Ohh saya sangat sibuk, banyak taklifan yang perlu diselesaikan...belum selesai yang ini, dah dapat amanah baru yang itu
Rasanya tidak perlu dirakamkan di sini senarai taklifan itu. Biasalah...memegang title pendidik yang baru memulakan langkah, tugasan menanti bersusun-susun. Normal.

Sibuk atau dalam bahasa arab, "Mashghul". Jika sibuk kenapa? Masalah besarkah? Perang dunia ketiga? Bom atom bakal meletup? Kamu jadi bagaimana? Lumpuh? Tidak boleh bergerak? Hm...

Andai sibuk, terimalah situasi itu dengan tenang dan sabar. Tidak perlu bersedih, tidak perlu gusar, tidak perlu menangis. Jika meraung, menjerit sekalipun tugasan itu belum tentu boleh selesai dengan mudah. Jadi bagaimana?

Tarik nafas...hembus...
Ya, selesaikan satu persatu tugasan itu. Memang kamu layak untuk sibuk. Kamu sudah cukup matang untuk memegang setiap taklifan itu. Ingat! Setiap tanggungjawab yang diterima sebenarnya adalah amanah dari Allah.

Sibuk bermakna kamu melakukan sesuatu yang berfaedah. Setiap saat itu akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak. Jadi, jangan bersedih jika sibuk. Ambil ia sebagai cabaran. Kamu pejuang Islam! Hadapi segalanya dengan bersemangat! Yang pasti, kesibukan itu bakal memberikan pengalaman baru buat kamu!
Jangan kesibukan itu menjadi debu yang berterbangan sia-sia tidak bermakna
Oppss...sibuk tapi masih sempat update entri baru hehe =)
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers