Wednesday, January 12, 2011

Sibuk ya?

Kamu sibuk tak?
Ohh saya sangat sibuk, banyak taklifan yang perlu diselesaikan...belum selesai yang ini, dah dapat amanah baru yang itu
Rasanya tidak perlu dirakamkan di sini senarai taklifan itu. Biasalah...memegang title pendidik yang baru memulakan langkah, tugasan menanti bersusun-susun. Normal.

Sibuk atau dalam bahasa arab, "Mashghul". Jika sibuk kenapa? Masalah besarkah? Perang dunia ketiga? Bom atom bakal meletup? Kamu jadi bagaimana? Lumpuh? Tidak boleh bergerak? Hm...

Andai sibuk, terimalah situasi itu dengan tenang dan sabar. Tidak perlu bersedih, tidak perlu gusar, tidak perlu menangis. Jika meraung, menjerit sekalipun tugasan itu belum tentu boleh selesai dengan mudah. Jadi bagaimana?

Tarik nafas...hembus...
Ya, selesaikan satu persatu tugasan itu. Memang kamu layak untuk sibuk. Kamu sudah cukup matang untuk memegang setiap taklifan itu. Ingat! Setiap tanggungjawab yang diterima sebenarnya adalah amanah dari Allah.

Sibuk bermakna kamu melakukan sesuatu yang berfaedah. Setiap saat itu akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak. Jadi, jangan bersedih jika sibuk. Ambil ia sebagai cabaran. Kamu pejuang Islam! Hadapi segalanya dengan bersemangat! Yang pasti, kesibukan itu bakal memberikan pengalaman baru buat kamu!
Jangan kesibukan itu menjadi debu yang berterbangan sia-sia tidak bermakna
Oppss...sibuk tapi masih sempat update entri baru hehe =)

No comments:

Post a Comment