Tuesday, November 22, 2011

Berehat sebentar...

Tiba satu ketika kamu akan letih dengan mehnah dunia wahai insan! Terduduk di tepi jalanan yang penuh ragam. Ketenangan, kesungguhan, kekuatan yang dijinjing sebagai bekal di awal perjalanan habis digunakan sepanjang langkahan. Sekarang bagaimana? Mahu diteruskan perjalanan tetapi sudah letih terdiam, mahu berhenti di sini sajakah? Mana mungkin berhenti di sini kerana berhenti bermaksud MATI.

Hmmm~ mencari konklusi seketika.

Ya, daripada DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali. Ketenangan, kekuatan, keupayaan itu datangnya dari Allah, Tuhan yang satu! Kembali kepada fitrah asal. Andai letih menongkah arus dunia yang mencabar, balik ke fitrah insani. Jangan bongkak, takbur atau membangga diri.
Ohh tak, saya tidak pernah letih menerima dugaan saban hari! Saya sentiasa kuatdan bersemangat.
Kita adalah manusia. Manusia sifatnya tidak sempurna. Kuat, letih, gembira, sedih, sibuk, lapang, silih berganti. Tetapi bila kamu di paras bahaya, sibuk menjengah, sedih menerpa, letih melanda...jangan sekali lupa kembali ke asal iaitu Allah. DIA punya ketenangan hakiki. Mohon sedikit daripadaNYA untuk teruskan perjalanan di medan juang dunia.

BerUZLAHlah. Itu sunnah. Rasulullah beruzlah ke Gua Hira' mencari ketenangan apabila diasak oleh kejahilan kaum Musyrikin Mekah. Kita contohi Baginda. Beruzlah satu kaedah untuk baiki hubungan kita semula dengan Allah. Bila sibuk mengejar dunia, mungkin lalai kewajipan sebagai hamba hina. Muhasabah diri. Kembali mencari diri sendiri. Bila tadhiyyan (pengorbanan) tidak dinilai manusia, bila cabaran datang menduga, beruzlahlah wahai pemuda pemudi Islam. Larikan diri seketika untuk mencari ketenangan hakiki.

p/s: Masjid/surau adalah tempat yang terbaik untuk menyendiri. Alhamdulillah, di sana kutemui ketenangan itu kembali.

1 comment:

aba cenna said...

"jgn berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikian lah hidup ini diciptakan.."-imam syafie

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers