Monday, May 16, 2011

Sambutan kali pertama

Selamat Hari Guru!

Berbeza. Dahulunya mengucapkan ucapan keramat itu kepada guru-guru. Sekarang, menerima pula ucapan itu. Perasaan itu berbeza. Dinihari Subuh, doa dipanjatkan kepada Dia Yang Maha Pemurah atas segala nikmatNYA. Kurniaan taklifan guru dariNYA sangat disyukuri. Mengapa tidak, guru adalah cita-cita sejak kecil jauh nun di sudut naluri yang paling dalam walau ada cita-cita lain bersilih ganti. Sungguh. Lagu 'Guru Malaysia' dihafal sejak sekolah rendah lagi. Ya, remeh! Tapi itulah kisah bermulanya niat untuk bergelar pendidik.

Dapat banyak hadiah?
Jujur. Tidak langsung terfikir tentang hadiah yang akan dapat untuk kali pertama menyambut Hari Guru tahun ini.
Banyak tak hadiah yang dapat esok?
Ada pelajar yang nak bagi hadiah tak?
Kali ini perasaan itu sangat neutral. Kenapa? Kerana niat asal melangkah masuk sebagai guru 7 bulan yang lalu adalah untuk mendidik 100%, tiada balasan, Lillahita'ala. Bekerja kerana Allah.

Situasi kali ini sangat berbeza andai dibandingkan dengan pengalaman sewaktu berpraktikum. Dulu, sebagai guru praktikum 2 beg
hadiah dibawa pulang sebagai kenangan. Kali ini natijahnya sangat berbeza. Tidak mengharapkan langsung hadiah atau cenderahati sebagai penghargaan tetapi cukuplah dengan adanya sambutan hari istimewa ini dan ucapan Hari Guru yang bertalu-talu daripada para pelajar dan rakan sejawat. Ya, cukup dengan itu! Alhamdulillah~

p/s: Selamat Hari Guru buat barisan guru yang pernah mendidik diri ini hingga menjadi insan, hamba Allah yang akan terus bersyukur. Barisan guru di taska, tadika, pra sekolah SK Terap, SK Sri Limau, SMK Kulim, SMKA Kedah, Kolej Matrikulasi MARA Kulim, UPSI, alfadhil ustaz & ustazah yg pernah berkongsi segala ilmu Akhirat dalam setiap slot kerohanian. InshaAllah, kalian adalah barisan pejuang agama Allah yang telah mendidik diri ini turut menjadi pejuang agama Allah bagi generasi seterusnya. Moga kalian diberkati Allah di dunia & akhirat, ameen ya Rabb~
Terima Kasih, Cikgu!

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers