Wednesday, October 13, 2010

Ukiran kenangan SKSK~

Perkongsian dalam kereta sangat terkesan. Hanya berdua. Berbicara dari hati ke hati dengan seorang yang bergelar abah tidak dapat diungkapkan dengan aksara. Alhamdulillah~ Ya Rabb, Engkau kurniakanku seorang insan yang terbaik. Dari soal remeh temeh hingga ke soal rumah, kereta, kerjaya, semua diadun bersama dalam diskusi sepanjang perjalanan ke Sungai Petani.

Pesan abah:
Kita bekerja perlu dengan hati. Ikhlas. Kerja & tanggungjawab kita perlu jalankan dengan sebaiknya. Laksanakan apa sahaja yang diberi dengan senang hati. Jika tiada hati, kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja dengan baik. Terbeban!

Saling membantu juga kunci dalam kerjaya seorang guru. Kadang-kala kita tidak perlu berkira dengan rakan sekerja. Kerja kita dah selesai, tiada salahnya kita bantu selesaikan tugas rakan lain.Mereka akan rasa dihargai. Menghargai agar dihargai.
Majlis paluan berundur~
~Banner buat yang dirai~

Dirancang teliti oleh guru-guru SK Sri Kulim. Hebat. Rapi. Besar-besaran. Belum pernah lagi ada majlis persaraan, dijalankan di sekolah sehari suntuk ditambah dengan jamuan suprise (makan tengah hari) di rumah cikgu yang diraikan. Disusuli pula dengan lawatan hebat ke Sabah nun jauh di Bumi Borneo selama 3 hari 2 malam beserta sambutan hari lahir yang ke 56.

Subhanallah~ Sungguh! Aku amat berterima kasih atas kenangan terakhir yang mereka ukirkan buat abah bagi meletakkan titik noktah dalam perjalanan kerjayanya. 9 Oktober 2010 merupakan tarikh istimewa buat abah. Mungkin abah adalah insan yg sememangnya istimewa buat mereka. May Allah showers HIS blessing towards us~ ameen.
Moga Allah limpahkan nikmat kesihatan, kesabaran, kekuatan buat abah hingga akhirat inshaa allah. Ku mohon Allah titipkan kekuatan, kesabaran, semangat, dedikasi, wibawa seperti abah untukku sambung perjuangannya sebagai insan bergelar guru.

Memetik ucapan Ust Mohsin di majlis paluan berundur:
Pak Din adalah Penolong Kanan Pentadbiran di SKSK tetapi cara beliau bekerja tidak seperti beliau berjawatan tinggi. Kita yang bekerja dengannya terlupa yang beliau adalah PK. Sifat mesranya, wibawanya, ramahnya dirasai oleh kita.
~Perarakan masuk bagi yang dirai~

~Band Sekolah mengalunkan lagu 'Jangan Tinggal Daku' semasa sesi bersalaman dengan pelajar SKSK~

Birthday~ 9th October 2010


Sajak nukilan Cikgu Suhaimi untuk abah sengaja kutitipkan disini:
Biarlah air itu mengalir...
Terpahat segala kenangan pada batu...

Selamat tinggal semua...
Selamat tinggal segala dan wadah...
Selamat tinggal sekolah!


p/s 1: Maaf, entri ini lewat dipos. Minggu tersebut sangat sesak dgn pelbagai urusan juga kekangan
~ such a hectic week =)
p/s 2: Abah dah boleh selalu dating dengan mama. Alhamdulillah~ pray for their happiness!

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers